Sunday 18 December 2011

Kampus Bebas Politik??

 
 “ Mereka boleh menyertai parti politik di luar kampus tetapi dilarang membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus kerana ia menjejaskan suasana neutral di kampus,” - DS Khaled Nordin.
 
Akta Universiti & Kolej Universiti AUKU diwujudkan pada 1971 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Tujuan: Untuk mengekang pelajar institusi pengajian tinggi daripada terjebak dalam kegiatan politik sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka sebagai pelajar.

Mengapakah dipinda?
Menggariskan secara jelas peruntukan membenarkan pelajar menyertai parti politik, pada masa yang sama mengekalkan larangan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.Pindaan ini juga merupakan sebahagian daripada transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
 
 
 
Petikan untuk dikongsi:

1.     Maksud pendidikan apabila seseorang pelajar memasuki universiti adalah supaya mereka dapat meluaskan pandangan serta memantapkan kematangan. Ia hanya boleh dilakukan apabila pelajar ini tidak jumud atau mengehadkan pemikiran mereka kepada satu aliran sahaja.

2.      Kalau tiada AUKU, universiti akan menjadi gelanggang semua pihak sama ada kepentingan peribadi termasuk politik kepartian. Jika politik kepartian masuk kampus, maka kita tidak akan Berjaya mencapai matlamat pendidikan.

3.      Bebas memegang jawatan penting dalam parti namun terhad di luar kampus. Di luar kampus, mahasiswa bebas untuk melakukan apa sahaja. Kalau dahulu berdasarkan AUKU lama dilarang sama sekali, tetapi apabila dipinda definisi dibenarkan menyertai politik adalah pelbagai. 

4.      Kalau orang yang berpolitik ini sudah sampai ke satu peringkat yang teruk, biarlah mereka dengan kelakuan mereka. Kenapa perlu diheret sama para pelajar ke kancah ini.

5.      Soalnya kenapa pelajar di luar negara lebih matang? Ini kerana mereka lebih berdikari dan bukan bersikap sikit-sikit pergi cari menteri.

*Untuk selebihnya, boleh rujuk Mingguan Malaysia, 18 Disember 2011. Wawancara, m/s: 8.

No comments:

Post a Comment