Thursday 15 December 2011

Ahli Majlis MPSJ Cukup Celaka?


Dahulu bila masyarakat menghadapi masalah sampah dan longkang,ahli PAS,DAP atau PKR kawasan akan lebih dahulu kedepan untuk menambahkan api yang menyala ke masyarakat terhadap ahli majlis BN. 

Tetapi hari ini apabila kuasa ditangan mereka, polisi PBT ditangan mereka,lain yang mereka buat. Masalah rakyat adalah perkara kedua dan mungkin yang terakhir, yang paling penting keselesaan mereka dalam  menjawat jawatan ahli majlis adalah keutamaan.

Jangan terkejut ada ahli majlis yang tidak tinggal dikawasan yang mereka. Semasa BN memerintah Selangor, elaun tetap ahli majlis MPSJ adalah sebanyak RM500 sebulan,manakala elaun mesyuarat adalah sebanyak RM50 setiap mesyuarat.

Kini Setelah Pakatan Rakyat memerintah, elaun tetap ahli majlis MPSJ telah dinaikkan ke RM1000,manakala elaun mesyuarat telah dinaikkan kepada RM150 setiap mesyuarat. Maka berlakulah pergelutan dalaman antara ketiga-tiga parti yang tak pernah bersatu ini. 

Semua mahu merebut jawatan sebagai ahli majlis. Hasilnya segala permasalahan rakyat tidak dihiraukan. Semua mahu melobi untuk menjadi ahli majlis dikawasan masing-masing walaupun ada diantara mereka hanya boleh dilihat dibangunan pejabat MPSJ sahaja!

Inilah yang berlaku kepada masyarakat bila PR memerintah. Masalah sampah dan longkang bukanlah perkara baru bagi masyarakat di Puchong. Mahu mengharapkan keprihatinan ahli majlis? sudah berulat barulah mereka mahu mengambil tindakan. Tindakan pertama yang mereka ambil tak lain tak bukan, mereka akan menyalahkan BN dan UMNO keatas apa yang berlaku.

Inilah mentaliti pemimpin masyarakat Pakatan Rakyat di Puchong!!!

No comments:

Post a Comment