Thursday 20 October 2011

Perhimpunan Sejuta Umat

Seperti yang kita semua tahu Himpunan Sejuta Umat akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 oktober dari pukul 2 hingga 6 petang. Perhimpunan ini menyasarkan lebih sejuta umat dengan tema Selamatkan Aqidah Umat menghimpunkan berbagai NGO.

Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011. Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :

Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan). Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Sumber: himpun.org

Published with Blogger-droid v1.7.4

Anwar Ibrahim Makin Senak Perut?


Ini perkembangan terbaru mengenai saman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dan KDN terlibat merencanakan video seks ‘amoi’ yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Okt untuk mendengar permohonan Hishammuddin untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar  dalam kes saman tersebut.
Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin, memberitahu permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V T Singham.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.
Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.
Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.
Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.

sumber : http://agendadaily.com