Thursday 29 December 2011

DAP Kuasa Unggul Dalam Pakatan Rakyat!!


Apa lagi pencacai serta balaci Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR hendak katakan lagi? sudah terbukti yang PAS dan PKR hanyalah tunggul dan keldai didalam Pakatan Rakyat. Kalau tak percaya tengok video kat atas tu!

Saturday 24 December 2011

Datum Jelatek : Rakyat juga yang susah!!


PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, antara matlamat asal PKNS adalah untuk membawa Bumiputera/Melayu ke bandar yang dikuasai oleh bukan Bumiputera. Idea ini dipelopori oleh bekas Menteri Besar Selangor iaitu Allahyarham Dato' Harun Idris.

Semua idea dan perlaksaan itu berjalan lancar sehinggalah kedatangan Menteri Besar ke 14 Selangor yang penuh dengan idea perniagaan yang hebat tetapi kurang dan tidak peka langsung dengan keadaan persekitaran orang Melayu.

Projek Datum Jelatek adalah antara projek mega yang dijalankan oelh PKNS tanpa memikirkan keadaan ornag Melayu disekeliling kawasan tersebut. Projek ini adalah projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat.

Sebahagian besar dari penduduk dikawasan perumahan kos rendah ini berpendapatan kurang dari RM5000 sebulan dan mereka ini akan  terpaksa keluar dari kawasan ini setelah projek mega PKNS ini dijalankan.

Pada peringkat awal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjanjikan  akan membayar pampasan sebanyak RM250,000 bagi rumah kediaman dan RM500,000 bagi rumah kedai. Tetapi selepas itu pihak yang berkenaan menggunakan akta pengambilan tanah Selangor untuk memaksa penduduk menerima pampasan sebanyak RM 130,000 bagi rumah kediaman dan RM155,000 bagi rumah kedai. Inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor oelh Pakatan Rakyat yang penuh dengan muslihat!

Sudahlah objektif penubuhan PKNS itu tidak diteruskan, kini mereka pula yang menjadi dalang mengeluarkan orang Melayu dari kawasan bandar. Menurut sumber harga seunit Kondo Jenis "STUDIO TYPE" ialah RM 600,000. Bagi Kondo 2 bilik ialah RM900,000 dan 3 bilik ialah RM1.5 juta. Adakah kebanyakkan orang Melayu dikawasan tersebut mampu memiliki rumah mewah seperti ini?

Ini yang terjadi kepada PKNS dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, mereka langsung tidak memikirkan masalah golongan yang berpendapatan rendah. Rumah kos rendah tidak dibina, yang diambil berat adalah perumahan kos  mewah oleh meraka.

Menurut sumber, PKNS sedang menimbangkan penjualan 2 blok Menara Datum Jelatek kepada pelabur luar negara (difahamkan dari negara China)

Mungkin inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor dan rakyat yang dimaksudkan dari slogan itu adalah rakyat dari negara lain!

Friday 23 December 2011

Kerajaan Pakatan Rakyat Zalim!!!


Saksikan sendiri apa yang diluahkan oleh rakyat Selangor didalam video ini. Bantuan kewangan yang dipohon kepada kerajaan federal untuk rumah ekonomi dan peralatan telah diluluskan tetapi kerajaan PR Selangor tidak memberi kelulusan untuk membina. Inilah politik jenis politik yang dibawa oleh PR hari ini!

Monday 19 December 2011

TV 1Malaysia


Kerajaan telah melancarkan perkhidmatan Internet Protokol Television (IPTV) yang diberi nama 1Malaysia TV. Perkhidmatan ini boleh di akses dan dilihat melalui internet, telefon pintar dan juga komputer tablet.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 1Malaysia TV akan membolehkan kerajaan menyebarkan maklumat yang tepat dan berita secara terus dan real-time.

Dengan teknologi hari ini, orang ramai boleh mendapatkan berita dan maklumat dengan sekelip mata. Kadang-kadang sebelum mesyuarat berakhir, orang telah mendapat maklumat," kata Najib semasa pelancaran di Putra World Trade Centre semalam.

1Malaysia TV boleh di akses melalui  www.1malaysiaiptv.com.my

Pengguna tablet atau telefon pintar Apple, Blackberru dan Androidboleh memuat turunkan aplikasi 1Malaysia TV kedalam peranti masing-masing melalui halaman tersebut.

Perdana Menteri juga berkata sekiranya kerajaan gagal dalam menyebarkan berita atau maklumat,orang ramai mempunyai banyak sumber lain untuk dirujuk.

"Kadang-kadang maklumat diluar sana bercampur dengan berita palsu dan fitnah. Kita (kerajaan) tidak ada pilihan untuk memastikan bahawa kita menyampaikan berita yang tepat pada kelajuan cepat, dan jika boleh, pada kelajuan masa sebenar. "

Najib menegaskan pentingnya memaksimumkan menggunakan sepenuhnya teknologi dan media sosial untuk melibatkan diri dengan rakyat, terutamanya golongan belia.

Beliau berkata Malaysia adalah salah satu negara tertinggi dari segi penggunaan laman media sosial seperti Facebook dan Friendster didunia, sambil menambah bahawa majalah TIME telah digelar negara ini sebagai "negara yang paling cybersocial di dunia".

Sunday 18 December 2011

Kampus Bebas Politik??

 
 “ Mereka boleh menyertai parti politik di luar kampus tetapi dilarang membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus kerana ia menjejaskan suasana neutral di kampus,” - DS Khaled Nordin.
 
Akta Universiti & Kolej Universiti AUKU diwujudkan pada 1971 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Tujuan: Untuk mengekang pelajar institusi pengajian tinggi daripada terjebak dalam kegiatan politik sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka sebagai pelajar.

Mengapakah dipinda?
Menggariskan secara jelas peruntukan membenarkan pelajar menyertai parti politik, pada masa yang sama mengekalkan larangan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.Pindaan ini juga merupakan sebahagian daripada transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
 
 
 
Petikan untuk dikongsi:

1.     Maksud pendidikan apabila seseorang pelajar memasuki universiti adalah supaya mereka dapat meluaskan pandangan serta memantapkan kematangan. Ia hanya boleh dilakukan apabila pelajar ini tidak jumud atau mengehadkan pemikiran mereka kepada satu aliran sahaja.

2.      Kalau tiada AUKU, universiti akan menjadi gelanggang semua pihak sama ada kepentingan peribadi termasuk politik kepartian. Jika politik kepartian masuk kampus, maka kita tidak akan Berjaya mencapai matlamat pendidikan.

3.      Bebas memegang jawatan penting dalam parti namun terhad di luar kampus. Di luar kampus, mahasiswa bebas untuk melakukan apa sahaja. Kalau dahulu berdasarkan AUKU lama dilarang sama sekali, tetapi apabila dipinda definisi dibenarkan menyertai politik adalah pelbagai. 

4.      Kalau orang yang berpolitik ini sudah sampai ke satu peringkat yang teruk, biarlah mereka dengan kelakuan mereka. Kenapa perlu diheret sama para pelajar ke kancah ini.

5.      Soalnya kenapa pelajar di luar negara lebih matang? Ini kerana mereka lebih berdikari dan bukan bersikap sikit-sikit pergi cari menteri.

*Untuk selebihnya, boleh rujuk Mingguan Malaysia, 18 Disember 2011. Wawancara, m/s: 8.

Nik Aziz Kata CELAKA SEMUA SEKALI!!!!

Apa yang aman? Bendera PM pon dia pegi turunkan? aman  atau kurang ajar? siapa yang bagi peluang untuk musibat-musibat ini kurang ajar? kenapa bila dah buat penganjur kata itu diluar kawalan? korang kata perhimpunan aman lepas tu boleh pulak keluar ayat diluar kawalan?

CELAKA SEMUA SEKALI!!!!!




Turunkan bendera-mana jantan UMNO?Saifuddin talibarutnya..!

BENDERA yang memaparkan gambar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak diturunkan. Satu tindakan paling biadap dan kurang ajar dilakukan oleh palajar-pelajar yang menggelarkan diri mereka BEBAS. Apa ahli UMNO dan orang UMNO buat?Presiden mereka dihina sedemikan rupa?Bacul sangatkah hingga biarkan sahaja bendera yang menjadi lambang institusi KePresidenan parti iini dibiarkan dipijak maruahnya oleh anak-anak haram ini.

Di mana kejantanan Pemuda UMNO Malaysia?Pelajar yang biadap,kurang ajar boleh menceroboh masuk di Aras 4 Bangunan UMNO takkan mahU dibiarkan begitu sahaja?Dasar pelajar bangsat ini sebegini bukan boleh dibiarkan dan apa kena mengena AUKU dengan UMNO?Jelas mereka ini adalah pelajar yang tidak mengenang budi dan tidak patut dibiarkan hidup.

Mana suara Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri?Baculkah semuanya? Tidak cukup menurunkan bendera yang berlatarbelakangkan gambar PM Najib, puak-puak bangsat ini melaungkan supaya Najib letak jawatan.Ini tidak semudah mereka lakukan kalau tidak ada dalangnya.

Haramjadah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini yang dilihat seperti bersekongkoi dengan anak-anak bangsat ini.Terrsenyum bagaikan pemimpin yang paling celaka yang pernah UMNO lahirkan. Presidennya dihina sedemikan rupa tapi beliau boleh tersenyum macam sial menerima memorandum anak-anak haram ini.

Kenapa Saifuddin jadi bangsat seperti pelajar-pelajar bangsat ini?Siapa yang bagi mereka jalan ataupun buka pintu untuk masuk ke dalam rumah UMNO dan menghina sedemikan rupa?Saifuddinkah talibarutnya?

Kita cabar kepimpinan UMNO di semua peringkat.Kalau tidak ada tindakan,mereka semua tidak layak untuk jadi pemimpin UMNO dan menjaga maruah UMNO.Dan kepada Saifuddin,jelaslah kamu pun sama bangsatnya dengan pelajar-pelajar itu.

Saturday 17 December 2011

Bebal Atau Buat Buat Bebal?


Ketika Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Balik PulauYusmadi Yusuf kelihatan duduk.

Nak kata bebal atau meraka buat buat bebal?

Friday 16 December 2011

Nga Kor Meng Bagi Projek Kat Pastor Dia??


Inilah yang dinamakan pemerintahan Telus dan Tepus! dulu mereka mengatakan kroni dibawah pemerintahan BN ditahap yang teruk. Ada juga yang mengatakan ahli-ahli perniagaan BN tidak mampu berdikari sekiranya tidak mendapat projek dari BN.

Sepatutnya mereka yang mengeluarkan ayat-ayat cinta versi menghina BN itu berfikir secara matang. Kemakmuran dan kejayaan Malaysia hari ini adalah hasil dari pemerintahan yang baik kerajaan BN bukan kerajaan PR!

Sudah tentu segala projek yang dilaksanakan mestilah dipacu oleh pemerintahan yang bagus macam kerajaan BN!

Kerajaan PR di Perak memerintah tidak sampai setahun tetapi kes tanah pajakan selama 999 tahun cukup menyakitkan hati orang Melayu disana! baca DISINI

Ini satu lagi contoh bagaimana Ahli Parlimen DAP menyamun. Bukan setakat yang besar,yang kecik-kecik pon jadi!
Lihat sendiri syarikat mana yang lebih murah?

Syarikat mana yang dapat?


Selanjutnya boleh baca DISINI

Halizan: Nasib baik tak sampai setahun yop! kalau 3 tahun 9 bulan macam Selangor,lagi parah!!!

Teo Nie Ching u punya emak pon tatau jaga ka?


Ibu kepada Ahli Parlimen DAP dilaporkan meminta tolong kepada MCA kerana tidak dipedulikan lagi oleh anaknya.

Ibu Teo Nie Ching jelas tidak menyakini anaknya lantas meminta tolong kepada Ketua MCA Negeri Sembilan, Datuk Yeow Chai Thiam. Lebih menyedihkan suami kepada Ahli Parlimen DAP ini seorang doktor!

Sesuatu yang pelik, Teo Nie Ching tidak dapat menyelesaikan masalah ibunya,bagaimana dia terpilih untuk menjadi Ahli Parlimen?


Sumber : STOP THE LIES

Thursday 15 December 2011

Gobind Singh Ini Hari Banjir Lagi...Lu Mana?


Banjir lagi. Hujan tak sampai 30 minit banjir kilat akan berlaku di Kampung Kenangan dan Kampung Tengah didalam DUN Kinrara dan Parlimen Puchong. YB Teresa Kok dalam banjir yang sebelum ini tidak turun padang sebaliknya hanya menyerahkan kepada PAS cawangan Kampung Kenangan untuk memberi bantuan. ITU PON SELEPAS SEMINGGU BANJIR BERLAKU!!



YB Gobind Singh Deo? batang hidung dia pon orang kampung tak nampak. Kejadian banjir kilat di Kampung Kenangan didakwa penduduk adalah disebabkan saluran parit dari kawasan industri dibelakang kampung tersebut yang dibuka salurannya dan disalurkan kedalam parit di Kampung Tengah.


Dulu saluran parit dari kawasan industri itu telah ditutup tapi setelah kawasan industri itu kerap banjir,mereka mengadu kepada YB Kinrara untuk membuka saluran itu bagi mengelakkan kilang mereka dinaiki air.

Kini masalah banjir tersebut berpindah pula kepada orang Kampung Tengah. Tahniah YB!!





Halizan : confirm lepas ni orang UMNO jugak yang bagi bantuan

Teresa Kok Kaki Kencing!!!


Inilah wajah sebenar Teresa Kok dan pemimpin DAP yanglain. Mereka semua boleh bercakap mengenai Islam dan memutar belitkan fakta mengenai Islam sesuka hati mereka, tetapi apabila timbul isu Kristian, senang-senang mereka menunding jari kearah BN dan UMNO.

Maka keluarlah cerita yang BN dan UMNO ini anti Kristian. Padahal mereka semua (pemimpin DAP) cuba mencetuskan provokasi dari penganut Kristian terhadap BN dan UMNO. Baca DISINI dan DISINI

Ahli Majlis MPSJ Cukup Celaka?


Dahulu bila masyarakat menghadapi masalah sampah dan longkang,ahli PAS,DAP atau PKR kawasan akan lebih dahulu kedepan untuk menambahkan api yang menyala ke masyarakat terhadap ahli majlis BN. 

Tetapi hari ini apabila kuasa ditangan mereka, polisi PBT ditangan mereka,lain yang mereka buat. Masalah rakyat adalah perkara kedua dan mungkin yang terakhir, yang paling penting keselesaan mereka dalam  menjawat jawatan ahli majlis adalah keutamaan.

Jangan terkejut ada ahli majlis yang tidak tinggal dikawasan yang mereka. Semasa BN memerintah Selangor, elaun tetap ahli majlis MPSJ adalah sebanyak RM500 sebulan,manakala elaun mesyuarat adalah sebanyak RM50 setiap mesyuarat.

Kini Setelah Pakatan Rakyat memerintah, elaun tetap ahli majlis MPSJ telah dinaikkan ke RM1000,manakala elaun mesyuarat telah dinaikkan kepada RM150 setiap mesyuarat. Maka berlakulah pergelutan dalaman antara ketiga-tiga parti yang tak pernah bersatu ini. 

Semua mahu merebut jawatan sebagai ahli majlis. Hasilnya segala permasalahan rakyat tidak dihiraukan. Semua mahu melobi untuk menjadi ahli majlis dikawasan masing-masing walaupun ada diantara mereka hanya boleh dilihat dibangunan pejabat MPSJ sahaja!

Inilah yang berlaku kepada masyarakat bila PR memerintah. Masalah sampah dan longkang bukanlah perkara baru bagi masyarakat di Puchong. Mahu mengharapkan keprihatinan ahli majlis? sudah berulat barulah mereka mahu mengambil tindakan. Tindakan pertama yang mereka ambil tak lain tak bukan, mereka akan menyalahkan BN dan UMNO keatas apa yang berlaku.

Inilah mentaliti pemimpin masyarakat Pakatan Rakyat di Puchong!!!

Apa Nak Jadi Orang Orang PAS Ni?



Apa sudah jadi dengan kepimpinan PAS sekarang ini. Sudah ketandusan calon yang berkaliber atau memang sudah tiada siapa yang boleh diharapkan untuk merasmikan sesuatu majlis bagi orang Islam?

Kenapa sampai perlu memanggil Nga Kor Ming? sudah pupuskah pemimpin PAS dikawasan tersebut?

sumber : Gerakan Anti PKR

Wednesday 14 December 2011

Giliran Nasrudin Hassan Tantawi Pulak!!!



Ingatkan hanya Dr.Hasan Ali je  yang akan jadi mangsa dalam menjadi jambatan perpaduan antara UMNI dan PAS, rupanya Nasrudin Hasan Tantawi pon nak kena sekali.


Lihat dan fikirkan kenapa golongan pro Al Quran untuk memupuk perpaduan UMNO dan PAS cuba disingkirkan.

Mereka cuba langkah demi langkah 'menghapuskan' puak sokong perpaduan terutama dalam PAS seperti Dr Hassan Ali dan terbaru Nasaruddin Tantawi.

Blogger Topeng Perak hari ini telah membuat posting di Facebook tentang perkara tersebut dengan menyerang Ketua Pemuda PAS .

Tindakan ini jelas membuktikan perpaduan adalah senjata utama menguatkan umat Melayu kita kerana ia jelas ditentang habis-habisan oleh semua golongan yang telah 'diberi makan' oleh DAP dan PKR dalam PAS.

Yang menghairankan kenapa mereka kata Kelantan tidak kuat? Lihat print screen di bawah.
Adakah ini mesej tersirat puak Anwarinas mahu melihat Kelantan jatuh untuk malukan PAS ?
Oleh itu musuh Islam ialah sesiapa sahaja yang menolak perpaduan walau dari Parti Iselam.
Sekian, mohon disebarkan... 

sumber : Panglima Perang Cyber

Monday 12 December 2011

PAS Berjaya Menyunatkan Pemahaman DAP!!!


Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh PAS bagi mentarbiah DAP dalam Pakatan Rakyat. Terbukti PAS telah banyak membantu DAP dalam memahami konsep keselamatan SEKS sehinggakan AYAM pon disunatkan oleh kedai orang kuat DAP di Seri Kembangan ini.

 Terima Kasih PAS kerana parti anda terlalu menitik beratkan bab SEKS,patutlah akhbar lidah perjuangan PAS macam harakah penuh dengan iklan ubat kuat.

Sunday 11 December 2011

Kapal Terbang Terhempas Di Puchong


Selain dari peristiwa kapal korek terbalik dan buaya Puchong, Puchong juga ada melakarkan peristiwa kapal terbang terhempas. Pada 19 Februari 1989,sebuah kapal terbang pengangkut kargo jenis B747 telah terhempas di Pematang Kumbang,Puchong.

Kini setelah 22 tahun peristiwa itu berlalu,kawasan Pematang Kumbang telah menjadi kawasan perumahan. Kawasan Pematang Kumbang itu sekarang terletak diantara sempadan Bandar Puteri dan Saujana Puchong,berdekatan dengan kampung orang asli disini.












Saturday 10 December 2011

Azhar Idrus = Raja Sesat!!!


Kenapa saya kata Raja Sesat Malaysia..? Saya akan terangkan di dalam video nanti.

Memang sudah menjadi lumrah ustaz-ustaz di dalam parti PAS, mereka akan menyesatkan, mengkafirkan, melebel dengan gelaran yang buruk & ada yang sampai tahap menggelar orang sebagai ANJING

Fenomena Apakah Yg Melanda Kpd Golongan Agama Ini Bagaimana Ustaz Sebegini Dibiarkan Berceramah Dan Merosakkan Pemikiran Umat Islam Di Malaysia. Akhlaknya Buruk. Pengetahuan Agamanya Juga Sangat Diragui. Dan Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulutnya Tidak Menunjukkan Yang Dia Adalah Seorang Ustaz. Mungkin Inilah Yang Dinamakan Sebagai Syaitan Bertopengkan Manusia.





Berhati-Hatilah Umat Islam Di Malaysia Supaya Tidak Tertipu Dengan Lakonan Orang Sebegini. Melihat Kepada Caranya, Dia Lebih Layak Berlakon Di Dalam Rancangan Raja Lawak Atau Dia Boleh Berlakon Dengan Bob Lokman Dalam Filem Zoo Yang Tak Sedap Tu.

Bob Lokman juga sudah terkena penyakit mengkafirkan orang. Baru² ni dia mengkafirkan Orang Johor Yang Bekerja Di Singapura. Nauzubillahiminzalik..

Dan ingatlah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:



لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ


“Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Mungkin dua artikel yang dilampirkan ini boleh menjadi rujukan untuk Azhar Idrus


1- http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/10/126-kaedah-dan-aturan-dalam-menetapkan.html
2 - http://moslemsunnah.wordpress.com/2011/04/27/bahaya-menuduh-orang-dengan-kata-kafir-atau-fasiq/


sumber : Abu Aqif Studio

Jubur Punya Pasal..Pemuda PAS Hina Anwar Ibrahim!!


Jubur atau dubur adalah perkataan paling sensetif bagi Anwar Ibrahim, pengikut beliau, parti PKR dan juga Pakatan Rakyat. Tahap kesensetifan perkataan jubur ini kepada pengikut Anwar Ibrahim hingga menyebabkan seorang penyanyi kumpulan underground yang agak terkenal dengan lagu syok sendiri menjadi mangsa belasahan akibat dari menggunakan perkataan jubur.


Bagi pengikut setia Anwar Ibrahim, dubur juga adalah perkataan sensetif bagi mereka. Ini kerana kebanyakkan akhbar harian menggunakan perkataan dubur bagi merujuk kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saudara Saiful Bukhari Azlan. Kandungan sperma didalam dubur saiful juga membuatkan pengikut setia Anwar Ibrahim tak lena dalam memikirkan nasib Boss mereka yang kian hampir ke penjara Sungai Buloh.

Satu sumber yang kami dapat secara tertutup, Pemuda PAS juga sekarang ini sudah jelak dengan Anwar Ibrahim. Mungkin kerana Anwar Ibrahim sering menipu dalam segala segi dan mungkin juga kerana Anwar Ibrahim lah reputasi PAS sebagai parti yang mendokong perjuangan Islam tercemar.


Pemuda PAS Taman Meru begitu berani sekali menghina Anwar Ibrahim dengan memaparkan gambar yang memasukkan kepala kedalam lubang jubur. Jelas Anwar Ibrahim terhina dengan tindakan ini kerana ini dan tindakan menghina Anwar Ibrahim dengan gambar ini akan membuatkan pengikut setia Anwar Ibrahim mengamuk sekali lagi seperti di konsert PROTES!!

Friday 9 December 2011

DAP dah besar kepala!!!

 
Semenjak dua menjak ni parti rasis DAP semakin mendabik dada dan membesarkan kepala. Mungkin dia orang dah tahu yang PAS macam mana pon akan tunduk dan lembik dengan dia orang maka dengan  selambe je DAP berhajat nak letakkan calon dia dikawasan yang majoriti Melayu. Amende ni? PAS dah nak melingkop ke? baca SINI dan SINI

Walau macam mane pon, PAS Selangor berkata, cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.”

‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya semalam.

Halizan :
Kalau Khalid Samad kate tindakan DAP tu untuk memecahkan imej perkauman parti rasis tu kepada semua kaum dan langkah tu memerlukan masa. Maknanya memang PAS setujulah dengan cadangan tu cuma masa je yang tak sesuai betul tak? Punah PAS ni!!!




Nasrudin Hassan Tantawi Memeningkan Kepalanya Sendiri



Membaca blog Episod Sebuah Perjuangan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat banyak mendatangkan persoalan dari pelbagai sudut pemikiran saya. Lantas setelah sel sel neuron otak saya diaktifkan, saya terpanggil untuk membalas apa yang ditulis oleh saudara Nasrudin Hassan Tantawi tentang “Kenapa PAS Tidak Bergabung Dengan UMNO” yang banyak beliau sentuh dengan keperluan dalam melakukan kebaikan dalam bergabung. Lebih tepat lagi pengabungan itu perlulah kearah kebaikan, bersatu padu melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah. Kita juga dilarang berkerjasama dalam hal hal yang mendatangkan kemudaratan atau yang menumbuhkan bibit bibit dosa serta permusuhan sesama umat manusia. Anda boleh membaca lebih lanjut tulisan saudara Nasrudin Hassan Tantawi disini

Setelah membaca, saya terfikir adakah Ketua Pemuda PAS Pusat ini menulis dalam keadaan separa sedar ataupun dia menulis sekadar tangkap muat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa sewaktu Forum di UIAM bersama saudara Fathul Bari Mat Jahya dan Dr. Roslan Mohd Nor. Tidakkah beliau sedar yang PAS selama ini telah bergabung bersama sebuah parti yang chauvinis dan rasis? Tidak sedarkah beliau yang pakatan dimana PAS berada itu adalah satu Pakatan yang semakin lama semakin mengecilkan kekuatan Islam didalamnya? Tidak sedarkah Nasrudin Hassan Tantawi bahawa penglibatan PAS hari ini dalam Pakatan Rakyat hanyalah sekadar pelengkap "brochure" untuk memancing undi orang Islam / Melayu? Tidakkah saudara Ketua Pemuda PAS Pusat ini terdetik dalam pemikiran beliau bahawa gabung PAS,PKR dan DAP ini terjadi hanyalah pada keyakinan yang diterbitkan oleh Anwar Ibrahim semata?


Sedar atau tidak, dengan adanya PAS dalam Pakatan Rakyat hari ini telah lebih mencerminkan yang parti itu sebagai sebuah parti yang memanipulasikan Islam lebih dari memperjuangkan Islam itu sendiri. Ini dijelaskan lagi dengan beberapa siri kritikal antara PAS dan DAP dalam hal penarikan arak di Shah Alam serta kes gereja DUMC. Penutupan mulut dan pandangan kritis dari Dr. Hasan Ali dari menerajui PAS Selangor juga dilihat masyarakat sebagai satu hukuman yang didesak oleh DAP dalam hal kepentingan Islam terhadap PAS melalui Pakatan Rakyat. Sekiranya kita menyusur terus kepada dasar, hala tuju dan strategi parti PAS, PKR dan DAP nescaya kita akan bertemu lebih banyak wayar yang berserabut dicelah celah gabungan wayar yang cuba menjana kekuatan yang bersifat sementara.
Nasrudin Hassan Tantawi juga mengatakan perlunya kematangan dalam berpolitik. Mengelakkan politik adu domba, politik fitnah serta politik membuka aib dan caci maki dalam perjuangan. Tragedi kafir-mengkafir yang berlaku berpuluh tahun dalam arena politik tanah air itu datangnya dari siapa? Adu domba politik versi apa dan dari parti mana? Adakah dengan mengkafirkan sesama Islam dan bergabung dengan parti yang chauvinis itu adalah antara sebab yang PAS tidak perlu bergabung dengan UMNO? Dimanakah dalam pengabungan PAS,PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat itu yang menaikan martabat Islam atau sekurang-kurangnya membuat Islam itu lebih dihormati?

Seawal pengabungan PAS dalam Pakatan Rakyat, Presiden PAS dengan riangnya mengatakan bahawa DAP telah menerima dan memahami Islam, tapi secara umumnya rakyat tahu yang DAP hanya menerima Islam dengan PAS dalam hal untuk membentuk kerajaan, tidak lebih dari itu. Tetapi berapa ramai pemimpin PAS yang sedar dalam hal ini? adakah mereka sedar tetapi tidak mampu berbuat apa-apa atau mereka memang jenis yang rela untuk diperkudakan asal kekuasaan tetap milik mereka?



Bagi saya apa jenis pengabungan parti dalam membentuk pemerintahan di Malaysia haruslah menitik beratkan kepentingan Islam dan Melayu bersama. Gabungan yang liberal sehingga cuba menidakkan kepentingan Melayu dan Raja- Raja Melayu hanyalah satu gabungan parti yang mahu melihat Malaysia menjadi seperti Singapura. Mahu tidak mahu keadaan itu pasti akan mencetuskan huru-hara seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Ketidak puasan hati yang meluap-luap setelah ada segelintir masyarakat cina yang rasis dari parti DAP dan GERAKAN yang mencerca melayu dengan ungkapan seperti “Mati Melayu,Sakai pergi masok hutan!” “Melayu sekarang ta' ada kuasa lagi” “Melayu keluar-apa lagi dudok di-sini” dan “Kita hentam lu,sekarang kita besar” telah  menyebabkan pertumpahan darah berlaku di Malaysia. Kebebasan bersuara yang kononnya cuba ditonjolkan Pakatan Rakyat pada hari ini juga sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat. Mainan politik yang mereka lakukan hari ini dengan memproksikan kebebasan bersuara saling tak tumpah seperti apa yang pernah parti rasis mereka mainkan ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Perhimpunan haram, mencerca polis dan pasukan keselamatan lain adalah bibit bibit awal yang mewarnai peristiwa berdarah 1969 itu.


Apakah dengan begitu banyak rentetan peristiwa yang menghiris hati tiga kaum terbesar di Malaysia ini tidak dapat memaksa saudara Nasrudin Hassan Tantawi berfikir yang pengabungan PAS dengan sebuah parti yang berpaksikan perkauman yang cukup kuat seperti DAP itu salah dan boleh mendatangkan keadaan yang tidak sihat dikalangan masyarakat Malaysia dan umat Islam Malaysia khususnya?

Bila ditanya tentang pengabungan UMNO dan PAS saudara Nasrudin Hassan Tantawi menyuruh kita melihat kepada prinsip dan konsep parti secara jujur dan jelas. Suka saya bertanya apakah konsep dan prinsip yang diperjuangkan UMNO itu salah dari segi syarak? UMNO memperjuangkan MELAYU dan adakah perjuangan Melayu itu salah? Saya tidak nampak yang perjuangan UMNO  dalam membela Melayu itu satu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perjuangan Melayu bukanlah satu perjuangan perkauman yang sempit,sekular atau asobiyah. Sebaliknya,ia menjadi tonggak kekuatan dalam membela Islam di Malaysia. Persoalan mengapa isu perjuangan Melayu ini diputar belitkan oleh PAS sedangkan takrif Melayu itu sendiri merujuk kepada agama Islam?

Takrif Melayu :

Seorang yang beragama Islam, lazim bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu..” - Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa tokoh juga merujuk Melayu itu kepada Islam seperti kenyataan Prof Dr. Aziz Bari dan Datuk Seri Harussani Zakaria berkenaan dengan Melayu.

Defini Melayu oleh perlembagaan yang longgar ini bersifat inklusif yakni merangkum dan Islamik kerana selain meletakkan Islam sebagi tonggak,ia juga tidak menjadikan warna kulit, umpamanya sebagai kriteria keMelayuan  - Prof Dr Abdul Aziz Bari

Tidak ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu diMalaysia,yang mana didalam perlembagaan negaranya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ” - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria

Oleh yang demikian, penyataan Saudara Nasrudin Hassan Tantawi yang menyuruh kita melihat konsep dan prinsip parti secara jujur dalam pengabungan antara UMNO dan PAS adalah sekadar hanya untuk menjawab soalan tanpa cuba mencari titik sentuh antara dua parti Melayu terbesar di Malaysia ini. Sebagai rakyat,saya merasakan jika kita terlalu mencari perbezaan,sudah pasti perbezaan juga yang akan kita jumpa. Semoga kita semua berupaya dan diberikan pemikiran yang rasional serta ilham yang bagus dari illahi dalam melihat dan menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan kemashlahatan Islam di Malaysia.