Friday 28 September 2012

YB @ngehkooham Adalah Bukti Dakwah PAS Terhadap DAP Berjaya


Pemilik Old Town White Coffee : "Pertama kali saya dengar minum kopi mesti ada label halal. Manusia jgn tambah tambah syarat,membebankan. Tuhan membebaskan"

Pemilik Old Town White Coffee : "Tuhan tak kata bagitu.Lain negara tak ada sijil halal bagaimana?Minum kopi haram? "



Ini adalah bukti dakwah PAS cukup berjaya dalam mengenalkan ISLAM kepada DAP. Pengerusi DAP Perak merangkap pemilik Old Town White Coffee tidak mengetahui bahawa umat ISLAM wajib makan dan minum dari benda yang halal. 

Semoga warga PAS yang KONON memperjuangkan ISLAM sensetif sedikit dengan perangai mereka yang seronok berceramah menggunakan ayat Al-Quran tetapi TIDAK beriman dengan ayat yang dibaca DINASIHATKAN supaya memahami dan menjaga sensetiviti umat ISLAM yang lain.

Manifesto Pakatan Rakyat , Manifesto Penipu


Setelah hampir 4 tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, inilah hasil manifesto mereka. Rakyat terpaksa berdemo untuk menuntut janji-janji yang mereka tabur ketika PRU12 yang lepas. Inilah bukti kerajaan kebajikan yang mereka war-warkan.



Thursday 27 September 2012

Innocence of Muslims: Serangan Persepsi Terhadap Islam


1. Perkara yang menjadi tunjang asas kepada seseorang yang mengaku dirinya Islam ada dua:
  • Pertama, percaya dan mengakui bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah Yang Esa.
  • Keduanya, mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah swt sebagai Rasul terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia.
Kedua-dua penyaksian ini terkandung dalam lafaz syahadah yang diikrarkan oleh setiap umat Islam setiap kali solat.
2. Di atas kepercayaan dan tauhid ini, Islam melarang keras perbuatan mensyirikkan Allah swt dengan sesuatu yang lain. Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia dengan membawa kitab suci Al Quran sebagai panduan hidup manusia hingga ke akhir zaman. Allah swt, Nabi Muhammad saw dan Al Quran merupakan asas kepada kepercayaan umat Islam, maka atas dasar itu ketiga-tiganya menjadi subjek sasaran pihak tertentu.
3. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw telah tertulis dalam kitab yang diturunkan kepada nabi yang terdahulu. Sebagaimana para utusan Allah sebelumnya, beliau adalah manusia yang telah dipilih untuk memberi rahmat kepada sekalian alam ini. Sebagaimana Al-Quran, begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh baginda. Sejak dari kecil hingga wafat, Nabi Muhammad saw mempamerkan akhlak terpuji sebagai tauladan kepada umatnya.
4. Nabi Muhammad saw diutuskan untuk memberi panduan kepada manusia bagi mencapai kebahagian diakhirat melalui cara hidup Islam. Baginda mengajar manusia untuk melakukan kebaikan sesama manusia dan alam ciptaan tuhan. Dalam masa yang sama juga, baginda menyampaikan peringatan Allah swt, tentang wujudnya hari pembalasan serta amaran terhadap manusia yang melakukan kezaliman.
5. Sepanjang kajian oleh para pengkaji Islam dan barat, tidak pernah ada sebarang kecacatan yang ditemui berkait tingkah laku baginda sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Mana-mana para ulamak Islam, pasti sanggup berhujah dan bersedia memberikan bukti yang jelas dan nyata tentang akhlak baginda sekiranya ada yang mempertikaikannya.Tetapi ia tidak berlaku, kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini hanya cuba untuk memburukkan Nabi Muhammad melalui serangan persepsi berdasarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh.
6. Menerusi filem, serangan persepsi samada baik atau buruk boleh dipropagandakan kepada khalayak umum. Sejak tahun 60-an lagi, filem dieksplotasi untuk memberikan gambaran kehebatan tentera Amerika dalam peperangan Vietnam. Penonton diberikan persepsi bahawa Amerika adalah hero manakala tentera Veitcong (yang mempertahankan negaranya dari dijajah) sebagai musuh yang jahat. Antaranya filem The Green Berrets, The Deer Hunter dan puluhan lagi filem propaganda persepsi yang dihasilkan penerbit Hollywood.  Begitulah peranan filem yang berjaya dipropagandakan oleh dunia barat.

7. Sebagaimana filem dalam peperangan Vietnam, filem Innocence of Muslims adalah satu serangan terancang untuk memberikan persepsi buruk kepada Nabi Muhammad saw dan Islam. Menggunakan individu seperti Nakoula Basseley Nakoula, sejumlah dana diperuntukkan bagi menerbit filem bagi mencapai matlamat tersebut.
8. Semua ini dilakukan atas prinsip kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang telah diterapkan sejak sekian lama melalui NGO tertentu di pelbagai negara seluruh dunia. Apakah ini ‘test market’ untuk menguji sejauh mana doktrin kebebasan bersuara berjaya dihadamkan oleh umat Islam. Mungkinkah satu hari nanti, segala sensitiviti umat Islam yang ditonjolkan dalam siri penentangan terhadap filem sebegini akan hilang setelah doktrin kebebasan bersuara ini berjaya didoktrinkan sepenuhnya?
9. Di dunia barat, kebebasan bersuara telah pun menjadi satu prinsip hidup. Maka tidak hairanlah bila mereka bebas untuk menghina dan mempersenda siapa saja yang mereka suka. Kini mereka sudah berani menghina Nabi Muhammad saw yang sangat tinggi kedudukannya dalam Islam. Tidak cukup dengan itu, mereka dengan tidak sedikit pun rasa bersalah terus menyiarkan kartun untuk mempersenda Nabi Muhammad saw.
10. Apa yang dilakukan ini merupakan satu penghinaan darjah tertinggi kepada seluruh umat Islam. Maka amat wajar umat Islam seluruh dunia bangkit untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan. Pemimpin Iran, Ayatullah Khomeni satu masa dulu pernah mengeluarkan arahan bunuh kepada Salman Rushdie yang menghina Al Quran melalui bukunya ‘The Satanic Versus’. Hari ini kita menyaksikan bagaimana seorang menteri Pakistan, Ghulam Ahmed Bilour pula menawarkan AS$100,000 kepada sesiapa yang berjaya membunuh Nakoula. Semua ini adalah tindakbalas yang sememangnya kita jangkakan.
11. Kenyataan pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang menyatakan bantahan yang dilakukan oleh umat Islam sebagai membuang masa juga amat biadap. Siapa beliau untuk mengajar umat Islam tentang perkara yang berkait dengan pegangan agama Islam? Jika umat Islam gagal menunjukkan bantahan, pasti akan lebih banyak penghinaan akan dilakukan. Ini bukan soal sekadar penghinaan kepada parti politik atau bangsa, tetapi ia melibatkan penghinaan terhadap agama Islam. Apakah pemimpin DAP ini ingin berkata bahawa ratusan juta umat Islam yang sedang membantah penerbitan filem ini juga sedang membuang masa?
12. Kita boleh lihat pemuda UMNO dan pemuda Pas turut sama memberikan komitmen untuk menyertai bantahan yang turut dilakukan di seluruh dunia. Majlis Tertinggi UMNO juga telah mengeluarkan kenyataan bantahan yang tegas. Tetapi apa yang menjadi kemusyikalan kita, dimana suara bantahan dari pemimpin PKR? Apakah mereka sependapat dengan pemimpin DAP, bahawa apa juga bantahan sebagai membuang masa? Atau mereka tidak sanggup lagi untuk membuat ‘tour’ meminta maaf buat kali kedua sekiranya menunjukkan kelantangan mengkritik yahudi?
13. Disebabkan kecaman pelbagai pihak, Ngeh Koo Ham telah pun meminta maaf atas sikap biadap beliau. Namun kita sangsi apakah permohonan maaf itu, benar-benar ikhlas atau sekadar terpaksa demi meraih undi pilihanraya? Apakah jaminan bahawa beliau tidak akan mengulangi perbuatan biadapnya itu pada masa depan, seandainya berkuasa kelak? Kita perlu mengingatkan pemimpin ini agar menjaga sensitiviti umat Islam. Jangan sesekali cuba mencurahkan minyak ke api. Sebagai warganegara kita bebas untuk berpolitik dan menyuarakan pendapat tetapi ia tidak harus melampaui batas.
14. Kita bimbang jika kebebasan ini disalah guna, maka kemarahan ini akan diterjemahkan dalam bentuk keganasan yang sukar untuk kita bendung. Sepanjang negara ini merdeka, belum ada lagi rusuhan yang melibatkan agama sebagaimana berlaku di sesetengah negara. Tragedi seumpama 13 Mei harus dielakkan dengan langkah-langkah pencegahan. Mencegah itu lebih baik dari merawati. Maka semua pihak harus hormat menghormati dan sentiasa menunjukkan akhlak mulia sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Muhaamad saw.
15. Persoalan tentang kepercayaan agama ini lebih kompleks dari pegangan politik yang boleh berubah mengikut masa. Jika tidak ditangani, ia boleh membawa implikasi yang sangat buruk. Di Eropah, penganut kristian Protestan dan Katholik sanggup berperang kerana memperjuangkan kepercayaan mereka.
16. Di Timur Tengah juga berlaku perkara yang sama antara golongan Sunni dan Syiah. Akhirnya, peperangan menyebabkan mereka menjadi sasaran serangan kuasa asing. Tragedi 911 muncul dari kemarahan umat Islam kepada Zionis Israel yang menzalimi umat Islam di Palestin. Kesudahannya ia menyebabkan dunia tidak lagi aman dan peperangan berterusan. Kesannya, banyak pihak termasuk negara kita turut menerima tempias dari konflik yang melanda.
17. Di India, pernah berlaku konflik agama yang melibatkan penganut Islam dan Hindu sehingga berlakunya pertumpahan darah. Biar pun ia telah berlalu, namun proses memulihkan masyarakat yang dilanda konflik agama ini amat sukar dan mengambil masa yang panjang.
18. Maka atas sebab itu, kita tidak bersetuju dengan hujah sesetengah pemimpin Pas dari golongan Anwarinas yang memandang remeh tentang apa yang diungkapkan oleh pemimpin Dap. Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya cuba membela pemimpin DAP kononnya ia bersifat peribadi.
19. Kenyataan sebegini memberikan satu mesej yang salah kepada masyarakat. Jika ianya diterima, apakah nanti sesiapa sahaja bebas menghina umat Islam, para Nabi dan Allah swt atas dasar mengeluarkan pandangan peribadi? Sudah pasti penerbit filem Innocence of Muslims dan Salman Rushdie juga boleh berkata bahawa apa yang dilakukan mereka juga merupakan pandangan peribadi!
[bila pemimpin Pas sudah satu kapal dengan PKR, maka nadanya juga sudah berbeza]
20. Disebabkan itu suka saya menyatakan dengan jelas kepada pemimpin Pas, usahlah meletakkan kepentingan politik lebih dari kepentingan Islam. Ada ketikanya kita terpaksa melupakan politik seketika demi menunaikan amanah Allah dan RasulNya demi kemaslahatan umat. Kuasa bukan satu jaminan mutlak untuk membawa kita ke syurga Allah swt, akan sampai masanya kita terpaksa meninggalkannya untuk mengadap Illahi!
Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor