Saturday 18 August 2012

Puchong : Betul-betul Hadyai Sekarang nih!!!


Usaha keras yang dilakukan oleh PBT dan kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah membuahkan hasil. Puchong yang dahulunya terkenal dengan perlombongan bijih timah kini telah menjadi seperti pusat kegiatan maksiat terbaik di Selangor.

Pujian juga harus diberikan kepada ahli majlis yang duduk didalam MPSJ (terutamanya yang ISLAM) yang redha dengan keadaan ini. Selain dari menjadi pusta kepada rumah urut, Puchong kini terkenal dengan GEDUNG TODI TERBESAR DI MALAYSIA. 



1 comment:

  1. TRANSFORMASI RUMAH URUT DAN KINI GEDUNG TODI TERBESAR DI SELANGOR
    Sekadar pandangan....
    Tulisan Halizan Puchong yang bertajuk PUCHUNG: BETUL BETUL HAYDAI SEKARANG NII ada kebenarannya.

    Sejak PR memerintah Selangor dan Ronnie Liu merajui Portfolio Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan yang bertanggongjawab perihal lesen rumah urut dan lesen todi/arak khasnya, rumah urut dan todi tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Selangor. Pertumbuhannya lebih pesat semasa PR memerintah berbanding dengan pemerintahan BN. Ini adalah salah satu kejayaan ekonomi PR di Selangor

    Sebagai rakyat berugama Islam, kegiatan rumah urut sedemikian wajib dibenteras kerana ia menggalakkan gegala sosial dan keruntuhan moral akhlak rakyat Selangor. Dato Hassan Ali cuba berbuat sesuatu di Selangor tetapi apa kan daya apabila Ronnie Liu dan Teresa Kok membantah hebat dan juga dipersetujui oleh Menteri Besar. Malah PAS memecatnya dari PAS manakala jawatan EXCO digugurkan.

    Ini lah hasilnya dengan memilih PR di dalam PRU12 yang lalu. Pengundi Melayu khasnya di Shah Alam yang kebanyakannya berpendapatan tetap dan tinggi. Majoritinya menjadi Pensyarah dan memiliki kehidupan sendiri. Mereka tidak perlu bantuan mahupun `campur tangan’ daripada BN. Mereka selesa dengan kehidupan mereka. Kebanyakan mereka tidak campur politik. Tidak mengundi pun. Pada mereka tanpa politik ia tidak mengugut kehidupan mereka tetapi orang Melayu Shah Alam khasnya dan Selangor amnya telah menerima bahana dan bala dari tindakan mereka yang lepas. Anak anak muda Melayu ramai yang terlibat dengan kes maksiat, minum arak, judi dan juga murtad.

    Penulis harap rakyat Melayu di Selangor sedar dan jika piliharaya diadakan, pergi lah mengundi ramai-ramai dan pangkah BN. BN pula jika menang pilihanraya Selangor dan mengambil alih kuasa, agenda utamanya ialah berhenti mengeluarkan lesen rumah urut, kedai todi dan bisnes yang sewaktu dengan nya.

    Pada penulis ia akan memberi kesan kepada peniaga Cina di bandar utama Selangor sahaja. Biarlah BN hilang pengundi Cina di bandar. Lagipun pengundi Cina di bandar bandar dan kampong pada asasnya tidak menyokong dan mengundi BN.

    InsyALLAH, penulis percaya ALLAH akan memberikan Rahmat kepada negeri Selangor dan rakyatnya.

    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete