Seorang pemimpin Pemuda MIC mempertikai tindakan Pengerusi perhimpunan Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga yang selama ini lantang memperjuang isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedangkan tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.
Ketua Pemuda MIC Bahagian Tebrau, Johor T.Muralitharan berkata tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT, justeru Ambiga harus menyatakan perkara ini terutama dalam aspek pegangan agamanya.
Muralitharan berkata Ambiga sebenarnya telah diperguna oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meraih sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang.
“Kalau dulu Anwar gunakan Hindraf, sekarang beliau gunakan Ambiga dan Bersih untuk raih sokongan masyarakat India.
“Tapi saya tidak fikir kaum India negara ini akan terpedaya dan menyokong Ambiga, terutamanya kerana isu LGBT,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment