Friday 3 August 2012

Pelaburan Emas Genneva Adalah HARAM!!


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617 Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my
Siaran Media
1/8/12 - PPIM menerima beberapa aduan mengenai skim yang dilakukan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd beralamat di 11-1, Jalan 3/116D, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur yang mana syarikat terus mengisytiharkan melalui laman sesawang mereka www.genneva-malaysia.com bahawa perniagaan yang mereka lakukan adalah mengikut syariah sedangkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-100 telah dengan jelas mengeluarkan fatwa bahawa Perlaburan Emas Genneva adalah haram dan tidak mengikut Syariah.
Kegiatan ini bukan sahaja melibatkan golongan biasa tapi juga melibatkan ramai pelabur VVIP, Yayasan dan syarikat-syarikat besar. Syarikat ini juga tersenarai sebagai syarikat yang tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah peraturan dan undang-undang Bank Negara Malaysia. Maka PPIM menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap syarikat ini yang telah mengutip dana dari orang ramai berjumlah lebih 5 billion ringgit dan ianya disyaki mengalir ke luar negara.
Sindiket penipuan terancang ini harus ditangani dengan segera kerana ia mampu mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk pada mangsa dan masyarakat. PPIM menyeru supaya semua pelabur yang terlibat dalam perlaburan haram ini segera menuntut semula wang perlaburan mereka
Sekian.



1 comment:

  1. Saudara, pihak PPIM telah mengubah kenyataan mereka semalam. Tiada yang haram. Sila ke http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=818:kenyataan-akhbar-pelaburan-genneva-gold&catid=60:top-news&Itemid=303

    ReplyDelete