Friday 15 June 2012

Sapa Nak Meniaga Bazaar Ramadhan MPSJ?


Kepada yang berminat untuk berniaga di bazaar Ramadhan dalam kawasan Majlis Perbandaraan Subang Jaya (MPSJ)? Amacam berminat? kalau berminat kenalah mematuhi prosedur yang tekah ditetapkan oleh MPSJ. Selain dari prosedur tetap dari MPSJ anda juga perlu ditemuramah oleh Ahli Majlis dikawasan  yang anda ingin meniaga.

Terbaru pada 11 Jun 2012 iaitu hari Isnin, satu sesi temuramah untuk mereka yang ingin berniaga ditapak bazar ramadhan MPSJ telah berlansung. Dengar kabar yang menjadi 'Tukang Interview' nya ialah Ahli Majlis dari Zon 20 iaitu Sufari Tinnin dan Ahli Majlis dari Zon 14 iaitu Norhesni Ismail. Aku menyokong sesi interview seperti yang dilakukan oleh MPSJ ni. Selain dapat melihat dengan lebih terperinci siapa yang ingin meniaga tu, pihak berwajib juga boleh mengesan tahap kesihatan mereka dengan lebih dekat.


Tapi ada beberapa cerita yang tak syok nak didengar semasa sesi interview ni berlaku. Menurut salah seorang yang datang untuk diinterview, mereka ditanya dengan  berbagai soalan sampaikan undi parti mana masa pilihanraya yang lepas pon ditanya sekali. Malah kata 'si interviewer' ini lagi ada yang datang ke situ dengan memakai baju bersih lagi? Benarkah perkara ini berlaku?

Aku harap perkara yang diceritakan kepada aku tu hanyalah satu siri simpati oleh mereka yang kecewa kerana tak dapat permit untuk meniaga di bazaar ramadhan kelolaan MPSJ je lah dan perkara tu tak berlaku pon. Tetapi sekiranya berlaku seperti apa yang dikatakan oleh 'si interviewer' ni, maka pihak MPSJ serta Ahli Majlis mereka haruslah berubah sikap. Professional lah sikit. Takkan nak meniaga pon kene ikut bendera parti? Tolong jangan jadikan bazar ramadhan ni macam medan kempen pilihanraya. 


No comments:

Post a Comment