Wednesday 20 June 2012

Exco Kanan Selangor Suka Sampah


Yang Berhormat Teresa Kok cukup memahami masalah sampah sarap di Selangor. Beliau juga kerap membincangkan hal berkenaan sampah ini setiap kali beliau berceramah (tapi tak tau la kat mana?) Keprihatinan beliau tentang masalah sampah di Selangor menyebabkan beliau terlupa yang sampah dihadapan pejabat beliau di Pusat Perniagaan Kinrara juga bermasalah.


Dalam sibuk mencari pelabur masuk ke Selangor (macam takde je) bekerja sebagai wakil rakyat dan exco kanan negeri serta berceramah ke sana sini, Teresa Kok terleka mengenai kawasan yang diwakili beliau di Kinrara.

Kalau pon terlalu sibuk, mana pegi pegawai beliau yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kawasan yang beliau wakili? semua tidur atau memang sudah biasa dengan sampah dihadapan pejabat mereka? atau mereka sendiri tahu yang kerajaan yang didokong oleh mereka, memang tak mampu menyelesaikan masalah sampah ini.


Atau mungkin betul apa yang bekas pengawai beliau katakan yang beliau ini adalah seorang yang pemalas dan hanya suka mencari publisiti? Anda saksikanlah sendiri bagaimana keadaan dihadapan pejabat Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Kinrara .













No comments:

Post a Comment