Tuesday 15 May 2012

Main SMS sambil berjalan akan DISAMAN!!


Kepada pejalan kaki yang suka main khidmat pesanan ringkas (SMS), Anda dinasihatkan berhati-hati kerana kegiatan anda menggunakan SMS semasa berjalan kaki akan menyebabkan anda disaman  sebanyak RM255 (AS $85) jika anda berada di Fort Lee,New Jersey, Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli, New Jersey telah menyaksikan 3 kematian di kalangan pejalan kaki yang bermain SMS semasa berjalan. Beliau berharap tindakan menyaman ini akan menjadikan pejalan kaki lebih menjaga keselamatan merekja.

Menurut dua profesor dari University Brook,New York yang menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca SMS berkemungkinan 60% akan menyebabkan anda terbabas.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip SMS pada telefon" kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian tersebut .



1 comment:

  1. Kat M'sia lagi advance...sambil drive or bawak motor boleh layan sms....Kalau accident, pecah kepala, otak bertabor atas jln raya...POLIS jugak yang kena kutip...Dah tu nak marah2 polis pulak...

    ReplyDelete