Friday 11 May 2012

Penderhaka DAP tidak sambung kontrak

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak dilantik semula bagi mewakili DAP dalam dewan negara selepas ini. Semua ini gara-gara tindakan beliau yang mengkritik perhimpunan bersih 3.0 yang didokongi oleh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tindakan beliau menentang perhimpunan bersih 3.0 bukan kerana beliau tidak bersetuju dengan pilihanraya yang bersih tetapi beliau tidak bersetuju dengan tindakan perhimpunan tersebut yang jelas melanggar undang-undang negara ini.

"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita melanggar undang-undang."

"Tetapi, mungkin dalam fikiran parti, saya dah buat salah besar. Jadi mereka merasakan susah saya nak dilantik semula. Kalau begitu, saya katakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng biar saya undur diri."



Inilah tahap demokrasi yang berada dalam sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai DEMOCRATIC ACTION PARTY. Jelas tiada beza diantara parti-parti didalam Pakatan Rakyat. Tunku Abdul Aziz tidak disambung kerana mengkritik, Dr.Hasan Ali dipecat kerana mengkritik, kini yang tinggal didalam parti Pakatan Rakyat adalah mereka yang hanya boleh menghanggukkan kepala atas dan bawah sahaja.

Jom Tolak Pakatan Rakyat : Setiap Undian Membawa Sial 






No comments:

Post a Comment