Wednesday, 30 May 2012

MB ke 10 Perak : Asyik Menipu Dengan Fakta Celaru!!


Nizar cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.

Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1. 

Tengku Mahkota Johor di twitternya membidas kenyataan Nizar berhubung isu  nombor kenderaan WWW1 tersebut. 


“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.”

ps: kepada Nizar dan juga pemimpin pembangkang serta penyokongnya, selidik la dulu sebelum buat kenyataan. jangan la memalukan diri sendiri.

Thursday, 17 May 2012

Azmin Ali : Anwar Ibrahim Babi ?


Anda perlukan kelucuan hari ini? saksikan video dibawah, pasti akan menyebabkan anda terbahak-bahak gelak (kalau anda tak menyokong PR lah), Hahahahaha



Tuesday, 15 May 2012

Main SMS sambil berjalan akan DISAMAN!!


Kepada pejalan kaki yang suka main khidmat pesanan ringkas (SMS), Anda dinasihatkan berhati-hati kerana kegiatan anda menggunakan SMS semasa berjalan kaki akan menyebabkan anda disaman  sebanyak RM255 (AS $85) jika anda berada di Fort Lee,New Jersey, Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli, New Jersey telah menyaksikan 3 kematian di kalangan pejalan kaki yang bermain SMS semasa berjalan. Beliau berharap tindakan menyaman ini akan menjadikan pejalan kaki lebih menjaga keselamatan merekja.

Menurut dua profesor dari University Brook,New York yang menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca SMS berkemungkinan 60% akan menyebabkan anda terbabas.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip SMS pada telefon" kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian tersebut .



Undang-Undang Kejam Hanya Untuk Pemberi Maklumat PR


Bagi menjayakan kelangsungan politik Pakatan Rakyat, maka setiap undang-undang yang ada, yang menyekat atau menghalang pemberi maklumat Pakatan Rakyat harus ditentang. Undang-undang yang sedia ada,yang berfungsi dengan baik bagi menjaga kerahsiaan pelanggan adalah salah sekiranya itu terpalit kepada pemberi maklumat Pakatan Rakyat. Lihat video dibawah bagaimana Rafizi Ramli cuba "make sense" untuk defend Johari the whistleblower



Penderhaka DAP keluar parti


Akhirnya penderhaka kepada Democratic Action Party (DAP) telah mengumumkan keluar parti.  Terbukti di dalam Pakatan Rakyat, anda hanya perlu berbeza pendapat dengan pemimpin untuk mengakibatkan anda dipecat atau tidak disambung kontrak sebagai senator.
Perbezaan pendapat antara anda dan pemimpin parti adalah perkara besar dalam Pakatan Rakyat yang gemar melaungkan "Kuasa Rakyat" "Rakyat Hakim Negara" "Kebebasan Bersuara" didalam siri ceramah mereka. Tunku Abdul Aziz adalah contoh terkini didalam berbeza pendapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sudah pasti selepas ini ramai beruk serta musibat dari PAS,PKR dan DAP akan menggelarkan Tunku Abdul Aziz sebagai agen BN/UMNO. Maka seluruh keluarga serta sahabat Tunku Abdul Aziz turut akan menerima tempias hasil dari tindakan Tunku Abdul Aziz berbeza pendapat dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Nota : Jom Tolak Pakatan Rakyat, Setiap Undian Membawa Sial.

S.O.P Pakatan Rakyat (membodohkan rakyat)


Senario politik pembangkang hari ini sudah menampakkan kecelaruan yang amat. Sebarang isu yang timbul hasil dari pentadbiran auta yang mereka gambarkan cekap hari ini sudah mempunyai S.O.P atau Standard Operating Procedures dalam memberi jawapan kepada masyarakat.

Di sini seronok untuk aku share kan beberapa S.O.P dari Pakatan Rakyat yang cuba menggambarkan mereka ini malaikat penyelamat kepada masyarakat setempat.

Sekiranya tiada isu :
bangkitkan kemarahan rakyat. (contoh: isu bersih dan lynas)

Sekiranya ada isu :
Tambahkan api,bakar kepercayaan rakyat dan salahkan BN/UMNO (contoh: isu teoh beng hock atau bible yang stuck kat port)

Sekiranya terdapat cubaan bersuara secara bebas dalam Pakatan Rakyat :
Pecat mereka yang bersuara,tuduh sebagai agen BN/UMNO (contoh: Dr.Hasan Ali, Tak sambung senatorship Tunku Aziz & Dr. Cheah pon bakal kene sepak.)

Sekiranya terdapat pembangunan yang membazir di tempat tinggal anda :
Salahkan BN/UMNO, katakan ini telah diluluskan sebelum 8 Mac 2008, bukan sewaktu pentadbiran Pakatan Rakyat, Kami tidak boleh berbuat apa-apa.

Sekiranya terdapat sampah yang tidak dikutip :
Salahkan kontraktor UMNO/BN,katakan mereka telah sabotaj. (Walaupon YB Ronnie telah lantik kontraktor baru,bersama lori-lori baru sampai hari ni tak selesai lafi masalah sampah,lepas ni nak salahkan lori dengan driver plak ke?)

Sekiranya terdapat tanah runtuh,banjir dan malapetaka :
Salahkan BN/UMNO kerana tidak memberi amaran awal kepada masyarakat.

Sekiranya berlaku tindakan liar dari peserta mana-mana demonstrasi :
Salahkan BN/UMNO,katakan mereka berpakat dengan polis untuk sabotaj demonstrasi tersebut.

Sekiranya berlaku kesalahan atau kecuai dalam pembangunan & pentadbiran :
Salahkan kerajaan BN/UMNO, pekerja kerajaan lembab,mereka semua makan gaji buta,semuanya datang dari kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat Menang Pilihanraya :
Mereka kata ini Kuasa Rakyat, Rakyat Hakim Negara

Sekiranya BN Menang Pilihanraya :
BN guna gangster, BN Rasuah Politik , BN Tipu Undi Pos (padahal korang yang buat askar& polis sakit hati)

Sekiranya pilihanraya nak dekat :
Pakatan Rakyat kata, janji apa yang boleh janji (contoh: Manifesto 2008) tunai tak perlu difikirkan.

Sekiranya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat tak boleh jawap soalan :
Mereka akan kata "I need to check first...can i come back to you?"

Sekiranya masih lagi gagal menjawap soalan :
Aiya..kita baru 4 tahun memerintah...bagi lagi 45 tahun lah...baru kita boleh buat macam-macam.


Nota : Jom Tolak Pakatan Rakyat, Setiap Undian Membawa Sial

Monday, 14 May 2012

Polis tak tangkap brother burger!


Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara tempohari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengatakan peniaga burger tersebut boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah Datuk S. Ambiga selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis dimana boleh berhimpun. 


"Mereka berniaga di hadapan rumah Ambiga dan mereka buat 'public space', mereka tidak menganggu orang awam...jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh ambil tindakan"

nota kaki : Terima kasih kepada brother burger and the gang pasal berjaya mengambarkan kepada Ambiga bagai mana perhimpunan aman harus berlaku :)







Duduk & Jilat 1.0






Duduk & Jilat Aiskrim di Dataran Shah Alam.

Sumber : Gerakan Timur



Ustaz Budak Menipu Lagi?


Ustaz Budak : Saya tidak berpihak pada mana-mana parti politik, saya belum mengundi dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS.

Diatas ini kenyataan dari Ustaz Budak yang pernah mengemparkan negara dalam klip video yang menyamakan Nik Aziz dengan Nabi S.A.W. Dalam wawancara beliau dengan akhbar Sinar Harian, beliau mengatakan beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti dan kebetulan apa yang diperjuangkan oleh PAS seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh beliau.

Hari ini macam-macam cerita kelakar mulai membanjiri pasaran. Kenyataan Ustaz budak ini juga boleh dikategorikan sebagai kelakar. Beliau mendakwa tidak berpihak kepada mana-mana parti tetapi berceramah atas pentas PAS dan mengutuk parti lawan itu bukan menunjukkan yang beliau sudah memihak kepada sebuah parti?

Hari ini Ustaz Budak atau Shamsul Zaman Sukri mahu membersihkan namanya kononnya beliau tidak menyamakan Nik Aziz dengan Nabi S.A.W itu secara fizikal tetapi menjadikan contoh Nik Aziz dalam pentadbiran yang sama dengan Nabi S.A.W.

Kita saksikan kembali Video Ustaz Budak ini, adakah dia menipu sekali lagi atau tidak ?


Kalau sudah terlanjur bercakap atau berceramah,minta maaf adalah jalan yang sesuai dan terbaik, bukannya cuba untuk menegakkan benang yang basah.

sumber : Sinar Harian

Friday, 11 May 2012

Malapetaka si bangsat


Keburukkan pemimpin perlu didedahkan


Penderhaka DAP tidak sambung kontrak

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak dilantik semula bagi mewakili DAP dalam dewan negara selepas ini. Semua ini gara-gara tindakan beliau yang mengkritik perhimpunan bersih 3.0 yang didokongi oleh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tindakan beliau menentang perhimpunan bersih 3.0 bukan kerana beliau tidak bersetuju dengan pilihanraya yang bersih tetapi beliau tidak bersetuju dengan tindakan perhimpunan tersebut yang jelas melanggar undang-undang negara ini.

"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita melanggar undang-undang."

"Tetapi, mungkin dalam fikiran parti, saya dah buat salah besar. Jadi mereka merasakan susah saya nak dilantik semula. Kalau begitu, saya katakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng biar saya undur diri."



Inilah tahap demokrasi yang berada dalam sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai DEMOCRATIC ACTION PARTY. Jelas tiada beza diantara parti-parti didalam Pakatan Rakyat. Tunku Abdul Aziz tidak disambung kerana mengkritik, Dr.Hasan Ali dipecat kerana mengkritik, kini yang tinggal didalam parti Pakatan Rakyat adalah mereka yang hanya boleh menghanggukkan kepala atas dan bawah sahaja.

Jom Tolak Pakatan Rakyat : Setiap Undian Membawa Sial 






Rumah Kos Rendah Takde, Tapi POLISTYRENE ada..


Sudahlah rumah kos rendah tak dibina, projek perumahan yang direncana zaman BN dulu disuruh sambung pun payah. Terbaru,lebih kurang 300 org berhimpun didepan SUK bagi menuntut janji MB Selangor versi PR kepada rakyat.

Vijayakumar M Krishnan yang mewakili Pertubuhan Perikatan Malaysia (NGO) mengatakan mereka (masyarakat India) telah ditipu oleh kerajaan PR Negeri Selangor dalam berbagai hal sejak PRU 12. Isu penjualan tanah sekolah, peningkatan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), pemberian tanah kuil dan biasiswa pendidikan masyarakat India adalah antara janji MB Selangor kepada masyarakat India.

Penyelewengan pembelian tanah SRJK (T) Midlands yang didirikan I-City yang mana Vijayakumar mendakwa tanah  tersebut sepatutnya berharga RM25 juta tetapi pihak pemaju hanya memberikan pampasan sebanyak RM3 juta sahaja kepada pihak sekolah.

Vijakumar yang mewakili perserta perhimpunan didepan bangunan SUK Selangor juga berkata, kadar sewa rumah projek perumahan rakyat (PPR) juga telah dinaikkan dari RM124 kepada RM248 sebulan.

Masyarakat India di Selangor seperti dianiaya oleh kerajaan PR Selangor dimana hanya 4 orang pelajar India yang mendapat biasiswa Yayasan Selangor daripada 525 biasiswa yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar seluruh Selangor.

Isu pembinaan rumah dengan menggunakan papas alas polysterene dikawasan U5 Mahsing Subang juga menjadi antara pertikaian yang dituntut oleh mereka kepada MB Selangor untuk diselesaikan.

Inilah sikap sebenar kerajaan PR yang didokongi oleh PAS,PKR dan DAP. Mereka tidak menjenguk rakyat apabila berkuasa,tetapi hanya perlu melakukan provokasi dan fitnah mengenai pemimpin BN untuk memacing undi rakyat. Hasilnya masalah yang sedia ada tidak diselesaikan, masalah yang baru semakin mendatang.

Jom Tolak Pakatan Rakyat : Setiap Undian Membawa Sial.

sumber : GAP dan Antarapos








Sekitar Program Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional Selangor (PAKAR)










Thursday, 10 May 2012

Kedai Burger didepan rumah Ambiga


Sebagai tanda protes, seorang peniaga burger telah mendirikan sebuah gerai burger dihadapan rumah Datuk S. Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Peniaga burger tersebut merupakan salah seornag dari 4 peniaga yang menyertai protes meminta Ambiga membayar ganti rugi serta maaf kepada peniaga  yang tidak dapat berniaga kerana perhimpunan bersih 3.0


Apa yang menarik hasil dari protes ini, Ambiga berkata beliau akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Lebih menarik lagi beliau juga mengatakan protest tersebut menggangu beliau dan juga jiran mereka.

Inilah dia manusia hipokrit yang hanya memikirkan diri sendiri dan nafsu serakah mereka untuk menguasai kerajaan tanpa melalui pilihanraya. Mereka berdemo, merosakkan harata awam, mengganggu pelancong dan peniaga di Kuala Lumpur itu bukan satu bentuk gangguan?

Pada periuk nasi peniaga yang terjejas ekoran tindakan biadap mereka,itu bukan gangguan, itu demokrasi yang cuba mereka sampaikan, tetapi bila peniaga melakukan protes pula, itu satu bentuk gangguan. Sekarang kita sudah pasti mereka ini menggunakan kelemahan demokrasi dalam menjayakan agenda celaka meraka untuk menghancurkan negara.

Ingat pembaca sekali, Pakatan Rakyat hanya membawa sial kepada kita semua :)

Anwar Ibrahim diserang penyakit biol

Setelah kegagal Bersih 3.0 , Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan diserang dengan penyakit murung dan kebiolan ditahap 3. Penyakit tersebut mula menyerang Anwar Ibrahim sejak beliau diasak oleh Benji Lim sewaktu sidang akbar di ibu pejabat parti yang tak pernah ADiL.

Kebiolan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggakan beliau mabuk dalam penyampaian lagu madu dan racun versi parody bagi meloyakan tekak masyarakat hari ini yang mengatakan Pakatan lebih baik dari BN. Video dibawah ini menunjukkan kebiolan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hahahahahhaha...


Beruk Kuning Semakin Tersepit


Beruk-beruk kuning yang berkeliaran pada 28 April 2012 di ibu kota kini semakin tersepit kerana telah diminta menyerahkan diri mereka yang kurang berguna itu kepada pihak polis. Kedegilan mereka untuk melakukan penyerahan diri mereka akan menyebabkan mereka diburu dirumah masing-masing.

Kebodohan yang dilakukan oleh pengikut Bersih 3.0 yang layak digelar beruk kuning ini nyata dan jelas mahu merosakkan keamanan negara. Barangkali kehadiran yang membrengsetkan membuatkan mereka hanya mampu untuk menjadi beruk kuning disekitar Kuala Lumpur.


Mungkin ramai juga beruk-beruk kuning ini kecewa dengan kegagalan Bersih 3.0 untuk menghuru-harakan negara. Bekalan duit poket oleh parti-parti politik penyamun seperti PAS,DAP,KEADILAN tidak berjaya menyemarakkan berahi huru-hara beruk-beruk kuning ini di Kuala Lumpur.

Akhirnya setelah penat berfoya-foya jadi beruk kuning di Kuala Lumpur, mereka diberi notis 7 hari untuk menyerahkan diri kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung Bersih 3.0. Kepada mana-mana yang gambar mereka disiarkan oleh pihak polis,silalah menyerah diri :)


Wednesday, 9 May 2012

Ramai Wanita Kini Bertukar Menjadi Binatang


video
Apa yang difikirkan oleh perempuan yang berhati binatang seperti video diatas? Adakah ini situasi yang selalu berlaku di rumah asuhan kanak-kanak? Berapa ramaikah kanak-kanak yang sering diperlakukan oleh penjaga mereka seperti ini? 

Takkan Semua Salah UMNO?


Kedutaan Malaysia diserang gara-gara perempuan berjiwa kacau


Ini bukan kali pertama Irene Fernandez mengeluarkan kenyataan dakal berbaur hasutan. Sebelum ini kes amah dirogol atau dicabul oleh seorang menteri juga adalah hasil kolaborasi perempuan berjiwa kacau ini dengan pengasas Kelab Penyokong Pas, Alex Ong.

Kini perempuan ini kembali mengeluarkan kenyataan baru mengatakan bahawa pekerja Indonesia tidak selamat bekerja di Malaysia. Hasil dari penyelidikan songsang perempuan berjiwa kacau ini yang mendapati pekerja Indonesia terancam sewaktu bekerja di Malaysia menyebabkan kedutaan Malaysia di Jakarta menjadi sasaran Komando Pejuang Merah Putih (KPMP)

Pada tahun 1995 perempuan berjiwa kacau ini pernah menerbitkan laporan yang bertajuk  "Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres" kononnya hasil penyelidikan dari Steven Gan dan team The Sun yang mendapati bawah 59 tahanan bangladesh mati di kem tahanan Semenyih. Hasil dari laporan itu, perempuan berjiwa kacau tersebut didapati bersalah di Mahkamah dan dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2003.


Sebagai rakyat Malaysia yang yang berfikiran waras, adakah kita perlu percaya dengan kata-kata orang kuat Parti Keadilan Rakyat ini? Bersih 3.0 menyaksikan bagaimana keamanan dan kemakmuran yang cuba dibawa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat, namun apabila berbagai video dikeluarkan menunjukkan bagaimana pihak polis di asak oleh penyokong bersih, mereka yang menjadi pemimpin bersih memutar-belitkan kenyataan mengatakan itu provokasi pihak polis.

Tiada apa yang perlu dihairankan apabila menbaca kenyataan dari kebanyakkan kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini. Mereka lebih rela melihat Malaysia yang aman ini diporak-perandakan demi menuju cita-cita menawan Putrajaya mereka hatta merosakkan imej Malaysia diperingkat antarabangsa .