Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.
Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.
"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.
“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.
Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.
"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.
“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.
Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.
“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.
Baca Selanjutnya
sekarang ini warung tom yam pun ada yang dimiliki oleh dapig tetapi yang pelik tu ramai insan bertudung jadi pelanggan.
ReplyDeletesebagai info:
ReplyDeletejangan ingat dalam peti ais dikedai runcit hanya ada lembu, ikan dan sayur, wal hal ada juga peniaga yang stokkan daging kerbau pendek dalam peti ais yang sama. hanya skeptism dapat mengelak dari terkena!
Makan kat rumah jer...
ReplyDeletejadi kalau dah tau kita boikot lah, the power is in our hands
ReplyDelete