PHNOM PENH: Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.
Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.
Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.
“Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.
Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP
anuar patut dtg tempat ni sentuh kayu balak tu mana lah tahu bleh menang PRU13....jgn lupa bawa kepala babi sebagai pengeras......kah...kah....kah....
ReplyDelete