Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan.
"Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13.
Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor.
"Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya.
Nota Kaki :
Ulasan yang memalukan dari mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang ISLAM, tetapi bergelumang dengan cerita "phone Sex" yang tak berkesudahan.
quote... "Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
ReplyDeleteiyo lah tu, masa menang, menang, menang dan menang dulu idak pula disebut daftar pemilih meragukan ke haper. sekarang ni jer dok mula berkokok benda ni
silap quote daaa.. "Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan."
DeletePR ni sebenarnya syok sendiri je, perasan boleh menang, tapi kalau undi yang diperolehi dari pengundi yang terpengaruh dengan fitnah pembohongan ianya tidak kekal lama kerana rakyat yang telah ditipu tidak boleh ditipu selamanya...kecuali penganut totok mereka. PRU 1q3 nanti PAS PKR akan hilang separuh kerusi tahun 2008, kecuali DAP kita tidak tahu kerana sentimen pengundi cina tidak dapat diramalkan kerana mereka bukan berpolitik macam orang Melayu dan india.
ReplyDeletekihkihkih....org sabah ramai ye kt selangor???...yg jd calon pkr xde lak mat sabu kecoh...tu ustaz badrol amin leh lak ngundi kt selangor...kn die org sabah...
ReplyDeletekalau kita amati kaum cina ni susah nak kenal pasti parti mana yg disokongnya,tidak seperti orang melayu kita boleh nampak mereka ni condong keparti mana sehingga ada penyokong tegar tu sanggup mengecat bumbung rumahnya dengan warna dan simbul parti ikutanya.
ReplyDelete