Sunday 8 January 2012

Akhirnya Dr.Hasan Ali dipecat juga dari PAS #SaveSgor


Setelah macam-macam peristiwa yang berkait rapat dengan tokoh PAS Selangor ini keluar,maka hari ini 8 Januari 2012, Dr. Hasan Ali telah dipecat secara rasminya.

PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Berikut adalah kenyataan Presiden PAS mengenai pemecatan Dr. Hasan Ali :

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.



Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS


No comments:

Post a Comment