Thursday 20 October 2011

Anwar Ibrahim Makin Senak Perut?


Ini perkembangan terbaru mengenai saman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dan KDN terlibat merencanakan video seks ‘amoi’ yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Okt untuk mendengar permohonan Hishammuddin untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar  dalam kes saman tersebut.
Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin, memberitahu permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V T Singham.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.
Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.
Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.
Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.

sumber : http://agendadaily.com

No comments:

Post a Comment