Wednesday, 1 August 2012

PR Selangor Sibuk Dengan Kos Guaman Tapi Masalah Negeri Buat Bodoh !!


Kerajaan Selangor hari ini lebih gemar menyelesaikan masalah ahli parti Pakatan Haram mereka dari menyelesaikan masalah rakyat. Ini kerana negeri Selangor kini dilanda berbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri, tetapi mereka (pakatan rakyat Selangor) lebih gemar menyelesaikan masalah lain.

Sampah dan air menjadi tajuk hangat dikalangan rakyat Selangor,tetapi kerajaan negeri yang memerintah sibok dengan kos guaman manusia yang kononnya menjadi pakar didalam kerajaan negeri yang sering menimbulkan masalah. Apakah ahli parti PKR lebih penting dari rakyat Selangor?



Malang bertambah lagi dengan kehadiran exco Selangor yang seronok berceramah tetapi kawasan sendiri tidak tahu dijaganya. Bukan setakat kawasan sendiri,malah didepan pejabat rasmi parti exco kanan negeri Selangor sendiri sampah bertimbun.


Inilah kesan MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR, yang kini rata-rata rakyat Selangor telah merasa impak hasil keberkesanan pentadbiran kerajaan PR Selangor dengan longgokan sampah dan masalah air. 


No comments:

Post a Comment