Wednesday, 1 August 2012

MPSJ Menjadi Samseng Dibawah PR


Belum reda isu penindasan terhadap kontraktor oleh MPSJ, kini muncul pula isu MPSJ menindas peniaga di pasar ramadhan Taman Seri Serdang. Presiden Persatuan Penjaja Pasar Malam dan Peniaga Serdang, Chik Zi bin Jamaludin mendakwa, peralatan yang ditinggalkan oleh peniaga di pasar ramadhan tersebut dirampas oleh MPSJ tanpa berbincang terlebih dahulu dengan peniaga.


Menurut Chik Zi lagi, sewaktu taklimat kepada peniaga pasar ramadhan oleh MPSJ, pihak MPSJ membenarkan mereka meletakkan peralatan seperti meja atau keperluan memasak di tepi jalan dengan syarat tidak mengganggu lalu lintas dikawasan tersebut. Peniaga mematuhi arahan tersebut tetapi lain pula jadinya hari ini.


Ada tempat pembakar ayam peniaga yang dipecahkan oleh pegawai MPSJ walaupun peralatan tersebut diletakkan ditepi jalan. Bila ditanya mengenai ahli majlis, Chik Zi berkata Ahli Majlis dikawasan ini dipinjam dari Bangi. Sufari Tinnin didakwa beliau tidak tinggal dikawasan tersebut dan tidak mahu menjenguk masalah mereka.


Tindakan seperti samseng ini tidak berlaku di zaman BN memerintah kata Chik Zi lagi. Berikutan kejadian itu, beliau telah membuat satu laporan di Balai Polis Serdang dan menuntut MPSJ memulangkan kembali peralatan yang mereka rampas dari peniaga dan beliau juga menasihatkan MPSJ supaya menggunakan budi bicara dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

No comments:

Post a Comment