Sunday, 12 August 2012

Alhamdulillah, Tiada Majlis Berbuka Puasa Di Gereja Lagi


Alhamdulillah, di Ramadhan 1433 ini kita tidak mendengar lagi majlis-majlis pelik yang dilakukan dibulan yang mulia ini. Pada tahun lepas iaitu 3 Ramadhan 1432 atau 3 ogos tahun 2011, kita didengarkan dengan satu isu yang menjadi salah satu sebab kenapa PesuruhJaya PAS ketika itu dipecat. Majlis Berbuka Puasa didalam Gereja atau dengan nama lain THANKSGIVING.

Pelik kan? Sudahlah kita mengucap panjang apabila mendengar ada orang Islam yang menyertai thanksgiving dibulan Ramadhan, lebih menyayatkan hati tindakan pesuruhjaya PAS atau Exco yang menjaga hal ehwal Islam Selangor yang melakukan serbuan ketika itu juga dipersoal oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lebih memalukan Menteri Besar Selangor terlebih dahulu memohon maaf kepada pihak gereja tanpa perlu mendapatkan dahulu penjelasan dari exco berkenaan. Pelik kan?



Semoga kita semua terhindar dari dakyah yang memesongkan akidah kita dan semoga Allah merahmati kita semua dan melindungi kita dari perkara-perkara yang menyesatkan.



No comments:

Post a Comment