Friday, 29 June 2012

Dulu Hina Jata Selangor,Kini Nak Tukar Pula?


Dulu Jata Kerajaan Negeri Selangor dipermainkan di setiap papan iklan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berkenaan dengan air percuma (yang sebenarnya tak percuma pun). Selepas segalanya didedahkan, maka semua PBT di Selangor diarahkan menurunkan semua iklan air percuma tersebut dan digantikan dengan yang lain. Yang peliknya bagaimana kalimah Allah di jata itu disampingkan? bolehkah kita katakan kerja itu tidak disengajakan?

Kini isu jata Kerajaan Negeri Selangor kembali hangat diperkatakan. Bukan kerana Kalimah Allah yang disampingkan lagi, tetapi Logo Dewan Undangan Negeri Selangor pula mahu ditukar oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Atas sebab apa mahu ditukar logo tersebut? dengki? sakit hati? atau memang terasa nak kalah di Selangor?

Saksikan sendiri dokumen mesyuarat mereka dibawah :-





Thursday, 28 June 2012

GEMPAR : PAS diperbodohkan DAP


DAP tolak hudud? PAS kata DAP ok dengan hudud? kenapa SPIN isu hudud kepada UMNO pulak? Kenapa tak terang-terang cakap Hudud tidak ada langsung dalam perjuangan Pakatan Rakyat. 

Kesian dengan pemimpin PAS serta balaci tahap lantai mereka yang bermati-mati bertengang leher di kedai-kedai kopi, malah ada yang sampai putus saudara kerana nak menegakkan apa yang PAS mahukan. Tapi kini mereka diperbodohkan oleh parti lain dari dalam Pakatan Haram Rakyat. Tengok sendiri video dibawah ni :



Wednesday, 27 June 2012

Khalid Ibrahim Kecewa Pasal Tak Dapat Sesuatu


Saya dah tolong dia berkali-kali, umpamanya dia tak bayar hutang kepada PNB, saya tangguh, tangguh, tangguh tapi tak dapat bayar juga. Jadi bila PNB take action dia marah lah. Pastu masuk parti lawan..ini bukan orang politik cuma pasal kecewa aja..sekarang ini dia akan hadapi masalah.. - TUN MAHATHIR MOHAMAD



PAS semakin HINA kerana PAKATAN RAKYAT


PAS semakin menjuarai carta PARTI TERHINA diantara 3 parti yang duduk bertentang lutut di dalam Pakatan Rakyat. Semenjak mereka bergabung, sudah berapa banyak dasar perjuangan parti mereka yang digadaikan? sudah berapa banyak hukum-hakam ISLAM yang mereka telah jual? 

Isu Memali, Isu Amanat Hadi, Isu Kafir Mengkafir , Isu Haram Mengantung Gambar Pemimpin, Isu Tak Bagi Perempuan Cantik Bekerja, Isu Tuhan Mencarut, Isu Undi PAS Masuk Syurga dan bermacam-macam lagi adalah antara isu yang sinonim dengan perjuangan PAS masakini.

PAS hari ini lebih menjadi ISLAM sebagai alat bagi membenarkan apa juga kesilapan yang hadir dalam perjuangan parti mereka. Tidak hanya bersetuju menjual Kalimah Allah, hari ini PAS tampil dengan pendekatan yang mempersoalkan RUKUN ISLAM berkenaan menunaikan HAJI.

Semakin jauh perjalanan perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat, KEHINAAN semakin mewarnai bendera LENDIR mereka.

Gambar diatas di hantar melalui email kepada aku. Pengirim gambar ini lebih mahu memaparkan betapa hinanya PAS hinggakan bendera mereka hanya layak dijadikan alas kaki untuk masuk ke jamban!



Tuesday, 26 June 2012

Nik Aziz Patut Malu : Billion Projek Gagal 22 tahun Memerintah!


Nik Aziz telah menerajui kerajaan Pas Kelatan sudah lebih 22 tahun. Dalam tempoh itu berbagai janji retorik di tabur oleh Pas untuk terus mengekalkan kuasa!

Setiap kali pilihanraya ada sahaja projek mega ala dongeng raksasa dalam ceritera Ultraman akan dijaja. Untuk PRU13, Pas menjaja projek Mega Lebuhraya Rakyat yang dijamin tak akan siap! Sewaktu rakyat Kelantan mula dengan fanatik dengan sukan bolasepak, mereka umumkan projek mega Stadium Rakyat ala Stadium Emirates!

Sampai sekarang, satu tiang gol pun masih belum disiapkan. Tak usah lah nak cerita bab tiang pilling stadium!
Stadium? Itu jangan tanya, sebab sekarang ni Nik Aziz tengah kumpul derma dalam karung hijaunya...

Cerita bab projek mega ni, sudah bersepah cerita dongeng kerajaan Nik Aziz di Kelantan. Antara projek yang paling gempak yang pernah diumumkan oleh Nik Aziz:

1. Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok. - RM 2 billion
2. Pusat peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang - RM 1.5 billion
3. Bandar Baru pengkalan Kubur - RM 1 billion

Itu belum dikira lagi projek mega yang bersaiz ratusan juta..

1. Bandar Peranginan Bandar Tok Uban - RM 885 juta
2. Bandar Perikanan Tok Bali - RM800 juta
3. Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat - RM360 juta
4. Projek Pelancongan Danau Tok Uban - RM350 juta
5. Terminal Bas Kubang Kerian - RM328juta
6. Projek Agro Tourism Pergau, Jeli - RM250 juta

Semua projek ini jika dicampur berjumlah RM 7.473 billion (Ringgit Malaysia bukan Rupiah)..
Sudah 22 Nik Aziz menipu rakyatnya dengan cerita-cerita dongeng projek raksasa ini.

Bagi Nik Aziz jumlah RM7.4 billion itu mungkin kecil.. Selangor nak selesaikan masalah air yang berjumlah RM2 billion pun tak mampu. Nik Aziz pikir, Kelantan lebih kaya dari Selangor. Sebab dah kantoi, Nik Aziz tukar taktik pula dengan kutip derma untuk buat lebuhraya!

Dalam ceritera Ultraman juga, penonton akhirnya tahu bahawa raksasa yang digambarkan itu hanyalah dongeng semata-mata. Maka samalah dengan cerita dongeng Nik Aziz dengan projek mega raksasanya!

Kalau nak bandingkan Khalid Gagap dan Nik Aziz, ternyata Khalid kalah sebab projek raksasa meganya belum lagi mencecah billion ringgit. Itu pun Khalid terpaksa berbohong untuk bagi rakyatnya khusyuk mendengar cerita dongengnya!!

Untuk baca cerita pembohongan dan dongeng khalid gagap pula, baca di sini..


Thursday, 21 June 2012

Kad Pengenalan Yang Tidak Boleh Digunakan Untuk Mengundi

Kad pengenalan yang dipaparkan ini adalah kad pengenalan lama bagi negara Malaysia. Mereka yang dipaparkan ini adalah antara pemimpin , orang ternama serta artis tanahair kita. Mereka bukanlah golongan pengundi hantu yang selalu diwar-warkan oleh pihak pembangkang. Sekadar untuk tatapan umum berkenaan kad pengenalan lama Malaysia.

Belakang Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman


Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad
Kad Pengenalan Tun Hussien Onn
Kad Pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kad Pengenalan Tun Abdul Razak
Kad Pengenalan Tan Sri P Ramlee
11







Bendera Punya Pasal : Rafizi Letak Jawatan ?



Pakatan Rakyat di Selangor semakin pening. Phobia mereka terhadap BN semakin menjadi-jadi. Sebelum ini mereka cukup takut dengan 'Gelombang Biru' yang dibawa oleh BN. Bermacam-macam cara mereka lakukan, kononnya pembaziran dan maksiat berlaku ketika perhimpunan Sayangi Selangor,Yakini BN diadakan.

Phobia yang berlaku keatas mereka bukan sekadar gelombang yang dilakukan oleh BN malah, mereka turut phobia dengan bendera BN itu sekali. Dulu PAS,DAP & PKR sibuk mengatakan BN menggunakan jentera kerajaan tempatan untuk membuang bendera parti mereka. Kini air liur yang mereka ludahkan, terpercik ke muka mereka kembali.


Baru-baru ini pada 10 Jun 2012, MPSJ telah diperalatkan untuk mencabut bendera BN yang dipasang berhampiran dengan program sepak takraw di Kampung Seri Aman, Puchong. Kesian melihat gelagat penguat kuasa MPSJ yang serba salah untuk mencabut bendera tersebut. Walaupon ada diantara penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa MPSJ mencabut bendera BN, mereka tidak bertindak liar atau memaki hamun penguat kuasa tersebut. Inilah perbezaan antara penyokong BN dan penyokong Pakatan Rakyat.


Atas alasan bendera tersebut tidak mempunyai permit, maka penguat kuasa MPSJ tersebut mencabut bendera BN. Persoalan yang timbul adakah banner,poster serta bendera PAS,DAP & PKR yang dipasang sekitar Puchong mempunyai permit? adakah mereka yang menguasai kerajaan tempatan itu memohon permit untuk memasang sebarang bentuk program dari parti mereka? Jelas mereka sebenarnya cukup phobia dengan gelombang BN kali ini.






Rohingya : Penghapusan Etnik Versi Baru?


Lebih 800 ribu masyarakat Rohingya tinggal di Rakhine, Utara Myanmar hidup dalam keadaan takut, kebuluran dan ditindas. Pertubuhan Hak Asasi Manusia percaya perkara ini disemarakkan lagi dengan  api keganasan agama diantara penganut Buddha dan Islam.

Masyarakat Rohingya yang tidak diiktiraf kerakyatan mereka oleh kerajaan Myanmar tidak boleh bergerak bebas,sukar untuk berkahwin dan tidak mendapat akses pendidikan atau kesihatan sebagai warganegara. Ramai dari mereka cuba lari ke negara jiran (Bangladesh) untuk mencari kehidupan. Masyarakat Rohingya berasal dari selatan asia dan bercakap dalam dialek Bengali adalah contoh baru siri penghapusan etnik di rantau ini.












Semoga perkara sebegini dihindarkan dari negara kita yang tercinta ini.

Wednesday, 20 June 2012

Exco Kanan Selangor Suka Sampah


Yang Berhormat Teresa Kok cukup memahami masalah sampah sarap di Selangor. Beliau juga kerap membincangkan hal berkenaan sampah ini setiap kali beliau berceramah (tapi tak tau la kat mana?) Keprihatinan beliau tentang masalah sampah di Selangor menyebabkan beliau terlupa yang sampah dihadapan pejabat beliau di Pusat Perniagaan Kinrara juga bermasalah.


Dalam sibuk mencari pelabur masuk ke Selangor (macam takde je) bekerja sebagai wakil rakyat dan exco kanan negeri serta berceramah ke sana sini, Teresa Kok terleka mengenai kawasan yang diwakili beliau di Kinrara.

Kalau pon terlalu sibuk, mana pegi pegawai beliau yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kawasan yang beliau wakili? semua tidur atau memang sudah biasa dengan sampah dihadapan pejabat mereka? atau mereka sendiri tahu yang kerajaan yang didokong oleh mereka, memang tak mampu menyelesaikan masalah sampah ini.


Atau mungkin betul apa yang bekas pengawai beliau katakan yang beliau ini adalah seorang yang pemalas dan hanya suka mencari publisiti? Anda saksikanlah sendiri bagaimana keadaan dihadapan pejabat Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Kinrara .













Bila Kuda GILA Nak Jadi Keldai


Biasanya kita disajikan dengan cerita yang PAS menganjurkan majlis sempena bulan ramadhan dan menjemput DAP ke majlis tersebut,tetapi semenjak bahang PRU 13 nak sampai ni, macam-macam cerita pelik yang berlaku. Sebagai contoh yang pelik tu macam gambar kat atas ni.

DAP pula yang buat majlis sempena ramadhan untuk wakil PAS. Mungkin ini yang dinamakan transformasi. Melihat gambar diatas banyak benda yang bermain difikiran kita. Bagaimana sebuah parti sosialist/chauvinist boleh bergabung bersama sebuah parti yang KONONnya mendokong perjuangan ISLAM.

Banyak perkara yang telah dilakukan oleh DAP secara langsung ataupon senyap-senyap yang menguris perasaan orang Melayu dan Islam. Ayat "langkah dulu mayat saya" oleh pengerusi DAP seakan-akan telah hilang dengan nafsu mereka-mereka yang menjual Islam untuk ke Putrajaya.

Maka tidak hairanlah sekiranya banyak pengikut PAS yang merelakan diri mereka lebih awal menjadi keldai sebelum mereka menjadi kuda bagi perjuangan merosakkan bangsa,agama dan negara.






Tuesday, 19 June 2012

Teknik Terbaru Yang Membebalkan


Gambar kat atas ni contoh keterdesakan PR dalam perjalanan mengharungi PRU13. Terpaksa guna budak untuk wat lawak poster Pakatan yang belum berpakat lagi. Bersediakan Negeri Sembilan menerima kerajaan seperti kerajaan PR? hanya manis pada poster, sepanduk dan ceramah bergerak mereka tetapi melaksanakan janji dan mentadbir negeri adalah perkara terakhir yang mampu mereka lakukan. Lihat saja cukai pintu di negeri Selangor. Janji mereka mahu mengurangkan cukai, bila nak masuk PRU, baru nak kurangkan cukai pintu 25% TETAPI HANYA UNTUK RUMAH FLAT SAHAJA. GAJI HENDAKLAH BAWAH RM1500.HANYA TUAN PUNYA RUMAH YANG DUDUK DIRUMAH BERKENAAN SAHAJA YANG LAYAK. YANG MENYEWAKAN KEPADA ORANG LAIN TIDAK LAYAK. 


Macam ni ke kerajaan yang kita nak untuk menjaga kebajikan kita? harapkan slogan je lebih implementasi hancur!!