Tuesday, 15 May 2012
S.O.P Pakatan Rakyat (membodohkan rakyat)
Senario politik pembangkang hari ini sudah menampakkan kecelaruan yang amat. Sebarang isu yang timbul hasil dari pentadbiran auta yang mereka gambarkan cekap hari ini sudah mempunyai S.O.P atau Standard Operating Procedures dalam memberi jawapan kepada masyarakat.
Di sini seronok untuk aku share kan beberapa S.O.P dari Pakatan Rakyat yang cuba menggambarkan mereka ini malaikat penyelamat kepada masyarakat setempat.
Sekiranya tiada isu :
bangkitkan kemarahan rakyat. (contoh: isu bersih dan lynas)
Sekiranya ada isu :
Tambahkan api,bakar kepercayaan rakyat dan salahkan BN/UMNO (contoh: isu teoh beng hock atau bible yang stuck kat port)
Sekiranya terdapat cubaan bersuara secara bebas dalam Pakatan Rakyat :
Pecat mereka yang bersuara,tuduh sebagai agen BN/UMNO (contoh: Dr.Hasan Ali, Tak sambung senatorship Tunku Aziz & Dr. Cheah pon bakal kene sepak.)
Sekiranya terdapat pembangunan yang membazir di tempat tinggal anda :
Salahkan BN/UMNO, katakan ini telah diluluskan sebelum 8 Mac 2008, bukan sewaktu pentadbiran Pakatan Rakyat, Kami tidak boleh berbuat apa-apa.
Sekiranya terdapat sampah yang tidak dikutip :
Salahkan kontraktor UMNO/BN,katakan mereka telah sabotaj. (Walaupon YB Ronnie telah lantik kontraktor baru,bersama lori-lori baru sampai hari ni tak selesai lafi masalah sampah,lepas ni nak salahkan lori dengan driver plak ke?)
Sekiranya terdapat tanah runtuh,banjir dan malapetaka :
Salahkan BN/UMNO kerana tidak memberi amaran awal kepada masyarakat.
Sekiranya berlaku tindakan liar dari peserta mana-mana demonstrasi :
Salahkan BN/UMNO,katakan mereka berpakat dengan polis untuk sabotaj demonstrasi tersebut.
Sekiranya berlaku kesalahan atau kecuai dalam pembangunan & pentadbiran :
Salahkan kerajaan BN/UMNO, pekerja kerajaan lembab,mereka semua makan gaji buta,semuanya datang dari kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri.
Sekiranya Pakatan Rakyat Menang Pilihanraya :
Mereka kata ini Kuasa Rakyat, Rakyat Hakim Negara
Sekiranya BN Menang Pilihanraya :
BN guna gangster, BN Rasuah Politik , BN Tipu Undi Pos (padahal korang yang buat askar& polis sakit hati)
Sekiranya pilihanraya nak dekat :
Pakatan Rakyat kata, janji apa yang boleh janji (contoh: Manifesto 2008) tunai tak perlu difikirkan.
Sekiranya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat tak boleh jawap soalan :
Mereka akan kata "I need to check first...can i come back to you?"
Sekiranya masih lagi gagal menjawap soalan :
Aiya..kita baru 4 tahun memerintah...bagi lagi 45 tahun lah...baru kita boleh buat macam-macam.
Nota : Jom Tolak Pakatan Rakyat, Setiap Undian Membawa Sial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment