Friday, 11 May 2012

Rumah Kos Rendah Takde, Tapi POLISTYRENE ada..


Sudahlah rumah kos rendah tak dibina, projek perumahan yang direncana zaman BN dulu disuruh sambung pun payah. Terbaru,lebih kurang 300 org berhimpun didepan SUK bagi menuntut janji MB Selangor versi PR kepada rakyat.

Vijayakumar M Krishnan yang mewakili Pertubuhan Perikatan Malaysia (NGO) mengatakan mereka (masyarakat India) telah ditipu oleh kerajaan PR Negeri Selangor dalam berbagai hal sejak PRU 12. Isu penjualan tanah sekolah, peningkatan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), pemberian tanah kuil dan biasiswa pendidikan masyarakat India adalah antara janji MB Selangor kepada masyarakat India.

Penyelewengan pembelian tanah SRJK (T) Midlands yang didirikan I-City yang mana Vijayakumar mendakwa tanah  tersebut sepatutnya berharga RM25 juta tetapi pihak pemaju hanya memberikan pampasan sebanyak RM3 juta sahaja kepada pihak sekolah.

Vijakumar yang mewakili perserta perhimpunan didepan bangunan SUK Selangor juga berkata, kadar sewa rumah projek perumahan rakyat (PPR) juga telah dinaikkan dari RM124 kepada RM248 sebulan.

Masyarakat India di Selangor seperti dianiaya oleh kerajaan PR Selangor dimana hanya 4 orang pelajar India yang mendapat biasiswa Yayasan Selangor daripada 525 biasiswa yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar seluruh Selangor.

Isu pembinaan rumah dengan menggunakan papas alas polysterene dikawasan U5 Mahsing Subang juga menjadi antara pertikaian yang dituntut oleh mereka kepada MB Selangor untuk diselesaikan.

Inilah sikap sebenar kerajaan PR yang didokongi oleh PAS,PKR dan DAP. Mereka tidak menjenguk rakyat apabila berkuasa,tetapi hanya perlu melakukan provokasi dan fitnah mengenai pemimpin BN untuk memacing undi rakyat. Hasilnya masalah yang sedia ada tidak diselesaikan, masalah yang baru semakin mendatang.

Jom Tolak Pakatan Rakyat : Setiap Undian Membawa Sial.

sumber : GAP dan Antarapos








1 comment:

  1. hahahaha inilah kumpulan pertama yg berjaya memiliki rumah rekaan terbaru dari bahan yg tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ni.tahniah kerajaan pr atas daya usaha ini.kpada pembeli patut ucapkan terima kaseh kepada kerajaan pr semoga pembeli akan terus mengundi pr

    ReplyDelete