Wednesday, 9 May 2012

Kedutaan Malaysia diserang gara-gara perempuan berjiwa kacau


Ini bukan kali pertama Irene Fernandez mengeluarkan kenyataan dakal berbaur hasutan. Sebelum ini kes amah dirogol atau dicabul oleh seorang menteri juga adalah hasil kolaborasi perempuan berjiwa kacau ini dengan pengasas Kelab Penyokong Pas, Alex Ong.

Kini perempuan ini kembali mengeluarkan kenyataan baru mengatakan bahawa pekerja Indonesia tidak selamat bekerja di Malaysia. Hasil dari penyelidikan songsang perempuan berjiwa kacau ini yang mendapati pekerja Indonesia terancam sewaktu bekerja di Malaysia menyebabkan kedutaan Malaysia di Jakarta menjadi sasaran Komando Pejuang Merah Putih (KPMP)

Pada tahun 1995 perempuan berjiwa kacau ini pernah menerbitkan laporan yang bertajuk  "Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres" kononnya hasil penyelidikan dari Steven Gan dan team The Sun yang mendapati bawah 59 tahanan bangladesh mati di kem tahanan Semenyih. Hasil dari laporan itu, perempuan berjiwa kacau tersebut didapati bersalah di Mahkamah dan dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2003.


Sebagai rakyat Malaysia yang yang berfikiran waras, adakah kita perlu percaya dengan kata-kata orang kuat Parti Keadilan Rakyat ini? Bersih 3.0 menyaksikan bagaimana keamanan dan kemakmuran yang cuba dibawa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat, namun apabila berbagai video dikeluarkan menunjukkan bagaimana pihak polis di asak oleh penyokong bersih, mereka yang menjadi pemimpin bersih memutar-belitkan kenyataan mengatakan itu provokasi pihak polis.

Tiada apa yang perlu dihairankan apabila menbaca kenyataan dari kebanyakkan kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini. Mereka lebih rela melihat Malaysia yang aman ini diporak-perandakan demi menuju cita-cita menawan Putrajaya mereka hatta merosakkan imej Malaysia diperingkat antarabangsa .

3 comments:

  1. apa tindakan krajaan.... kalau rakyat biasa..dah masuk mahkamah nie... tak kan takut kot...jgn tunjuk kelemahan..mereka makin naik kepala skrg nie.... patut nya di lucut kan saja kerakyatan betina nie...

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan ko eaddie008

    ReplyDelete
  3. dasar manusia lahanat yang nak untung memanjang saja hingga sanggup burukkan negara sendiri. elok cari dunia lain. menyusahakan jee...

    ReplyDelete