Apa lagi yang boleh diharapkan dengan kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini? semua janji janji mereka sebelum pilhanraya ke 12 itu hanyalah umpama menanam tebu dipinggir bibir. Bila sampai masa menuai tebu,batas batas kering dibiarkan kepada rakyat untuk diabadikan dalam sejarah pemerintahan di Selangor.Perlaksanaan dari janji janji mereka sebelum PRU12 masih ditahap mengecewakan. Mereka hanya akan mengulangkan cerita tentang kebaikan air percuma disetiap ceramah politik mereka dan juga dijadikan modal pamplet dihari jumaat kepada masjid-masjid disekitar Selangor.
Janji janji yang diterbitkan untuk menyelesaikan masalah tanah yang telah membelenggu rakyat sejak dari zaman pemerintahan BN hanyalah kata kata penyedap jiwa dalam memancing undi rakyat Selangor. Kata mereka,penyelesaian akan berlaku sekiranya mereka dipilih untuk memerintah Negeri Selangor. Kini sudah hampir sepenggal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi masalah tanah di Kampung Sri Aman,Goldfield Ijok masih seperti dahulu. Ada penduduk yang marah dan mengamuk mengatakan kenapa berjanji akan memberikan geran tanah kalau sudah tahu yang tanah disitu telah dibeli oleh syarikat tertentu?
Tan Sri Khalid Ibrahim dengan selamba mengatakan yang beliau seorang Menteri Besar Selangor dan beliau harus bertindak dengan undang-undang. Tetapi sebelum PRU12 dimanakan undang-undang itu? Adakah undang-undang itu hanya wujud setelah rakyat mendesak kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji dan hilang setelah musim pilihanraya datang kembali?

Saksikan Sendiri bagaimana penduduk Kampung Sri Aman Goldfield yang marah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video dibawah.
Salam bro...
ReplyDeleteBlog bro dah paut di blog YY.
Selamat berjuang menentang kemunafikkan pembangkang.
yuseriyusoff.blogspot.com
W'salam Bro YY
ReplyDeleteThanks & Salam Perjuangan bro..