Saturday, 24 December 2011

Datum Jelatek : Rakyat juga yang susah!!


PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, antara matlamat asal PKNS adalah untuk membawa Bumiputera/Melayu ke bandar yang dikuasai oleh bukan Bumiputera. Idea ini dipelopori oleh bekas Menteri Besar Selangor iaitu Allahyarham Dato' Harun Idris.

Semua idea dan perlaksaan itu berjalan lancar sehinggalah kedatangan Menteri Besar ke 14 Selangor yang penuh dengan idea perniagaan yang hebat tetapi kurang dan tidak peka langsung dengan keadaan persekitaran orang Melayu.

Projek Datum Jelatek adalah antara projek mega yang dijalankan oelh PKNS tanpa memikirkan keadaan ornag Melayu disekeliling kawasan tersebut. Projek ini adalah projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat.

Sebahagian besar dari penduduk dikawasan perumahan kos rendah ini berpendapatan kurang dari RM5000 sebulan dan mereka ini akan  terpaksa keluar dari kawasan ini setelah projek mega PKNS ini dijalankan.

Pada peringkat awal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjanjikan  akan membayar pampasan sebanyak RM250,000 bagi rumah kediaman dan RM500,000 bagi rumah kedai. Tetapi selepas itu pihak yang berkenaan menggunakan akta pengambilan tanah Selangor untuk memaksa penduduk menerima pampasan sebanyak RM 130,000 bagi rumah kediaman dan RM155,000 bagi rumah kedai. Inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor oelh Pakatan Rakyat yang penuh dengan muslihat!

Sudahlah objektif penubuhan PKNS itu tidak diteruskan, kini mereka pula yang menjadi dalang mengeluarkan orang Melayu dari kawasan bandar. Menurut sumber harga seunit Kondo Jenis "STUDIO TYPE" ialah RM 600,000. Bagi Kondo 2 bilik ialah RM900,000 dan 3 bilik ialah RM1.5 juta. Adakah kebanyakkan orang Melayu dikawasan tersebut mampu memiliki rumah mewah seperti ini?

Ini yang terjadi kepada PKNS dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, mereka langsung tidak memikirkan masalah golongan yang berpendapatan rendah. Rumah kos rendah tidak dibina, yang diambil berat adalah perumahan kos  mewah oleh meraka.

Menurut sumber, PKNS sedang menimbangkan penjualan 2 blok Menara Datum Jelatek kepada pelabur luar negara (difahamkan dari negara China)

Mungkin inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor dan rakyat yang dimaksudkan dari slogan itu adalah rakyat dari negara lain!

2 comments:

  1. Jika BN menang BN sanggup rak rampas balik pembanguan tersebut kerana jelas PKNS telah dijadikan ALAT oleh para pentabiran si GAGAP yang di belakangnya Cina Perkauman.

    Masa tu kena buat style cowboy sikitlah. Milik negarakan dan kembalikan kepada yang hak.

    ReplyDelete
  2. PKNS perlu ada harga siling rumah..sama juga simebabi maaf silap dll syarikat yg dapat tanah dari kerajaan..

    Kalau 500K sampai juta2 cina toke aje yg mampu beli..pelek di putaqjaya harga sampai 1 juta

    ReplyDelete