PAS Kelantan Gagal!! |
Sejak mentadbir kerajaan Negeri Kelantan, PAS hanya membina 1 masjid, diulangi 1 masjid dengan menggunakan duit sendiri tanpa meminta bantuan dari kerajaan pusat. Masjid yang dibina itu ialah Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan masjid cina dikalangan orang tempatan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata dengan bangganya "Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat"
Ini mungkin menjadi kebanggaan ahli PAS kerana dalam masa 20 tahun, mereka telah berjaya membina sebuah masjid yang berharga RM9.5 juta hasil dari ilham Menteri Besar Kelantan yang mana hasil dari ilham itu mendapat jolokan masjid cina di negeri yang penduduk cinanya hanya 3.8%
Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau Masjid Cina |
Antara yang menarik lagi, siapa pula yang membina masjid-masjid lain di Kelantan selama PAS memerintah Kelantan? jawapannya sudah tentu KERAJAAN PUSAT atau lebih tepat lagi KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Jelas ini dibuktikan sekali lagi bahawa KERAJAAN BARISAN NASIONAL tidak memilih bulu dalam menterjemahkan slogan Pembela Rakyat.
Inilah hasil dari perjuangan Islam PAS di Kelantan,hanya mampu membina 1 masjid tetapi tokong atau patung buddha begitu pesat membangun disana. Betul juga kata blogger Double Y : Dari Serambi Mekah ke Serambi Tokong
No comments:
Post a Comment