Banyak yang bercakap, menulis dan mengulas mengenai buku 'Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia'. Kebanyakkan mereka mengatakan Pak Lah mengkritik Mahathir. Ramai yang kecewa dengan 'benda' yang diceritakan didalam buku tersebut (seolah-olah Tun Mahathir tersinggung atau dibelasah secukup rasa)
Aku tidak mahu mengulas lagi tentang buku tersebut (pasal belum baca), cuma agak kelakar dengan tempo politik menjelang pemilihan UMNO yang kebanyakkan cuba dan terus menghentam Pak Lah dalam hal ini. Mungkin percubaan tersebut adalah untuk memperkasakan UMNO atau juga untuk memperkasa jurus lobi-dan-promosi.
Apa yang berlaku sekali pun, yang dikritik itu adalah Tun Mahathir Mohamad. Tak mungkin Tun Mahathir akan merengek atau mengharapkan orang lain untuk mempertahankan diri beliau. Beliau sendiri rasanya sudah mampu untuk membalas bukan setakat kritikan Pak Lah, malah kritikan seluruh penulis artikel yang terkandung dalam buku tersebut.
Nota Kaki :
Apa nak pening, layan je lah...
Nak tanya Pak lah ni Siapa..pencacai kah..
ReplyDeletePak Lah ni sejenis penyakit kuat tido
ReplyDelete