Friday, 27 July 2012

Najib Lebih Glamor Dari Anwar


Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kalangan pengundi di Semenanjung "kekal stabil" di tahap positif meskipun merekodkan sedikit penurunan membabitkan kaum Melayu dan India, demikian menurut kajian kendalian Merdeka Center.
Penemuan firma itu, yang dikeluarkan semalam, menunjukkan populariti Najib pada bulan lalu berada di paras 64 peratus berbanding 65 peratus Mei lalu.
Kajian itu juga menunjukkan paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan India, kaum minoriti, masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.
Bagaimanapun sokongan pengundi Cina terhadap prestasi Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.
"Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi Cina," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Baca Selanjutnya

No comments:

Post a Comment