Tuesday, 26 June 2012

Nik Aziz Patut Malu : Billion Projek Gagal 22 tahun Memerintah!


Nik Aziz telah menerajui kerajaan Pas Kelatan sudah lebih 22 tahun. Dalam tempoh itu berbagai janji retorik di tabur oleh Pas untuk terus mengekalkan kuasa!

Setiap kali pilihanraya ada sahaja projek mega ala dongeng raksasa dalam ceritera Ultraman akan dijaja. Untuk PRU13, Pas menjaja projek Mega Lebuhraya Rakyat yang dijamin tak akan siap! Sewaktu rakyat Kelantan mula dengan fanatik dengan sukan bolasepak, mereka umumkan projek mega Stadium Rakyat ala Stadium Emirates!

Sampai sekarang, satu tiang gol pun masih belum disiapkan. Tak usah lah nak cerita bab tiang pilling stadium!
Stadium? Itu jangan tanya, sebab sekarang ni Nik Aziz tengah kumpul derma dalam karung hijaunya...

Cerita bab projek mega ni, sudah bersepah cerita dongeng kerajaan Nik Aziz di Kelantan. Antara projek yang paling gempak yang pernah diumumkan oleh Nik Aziz:

1. Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok. - RM 2 billion
2. Pusat peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang - RM 1.5 billion
3. Bandar Baru pengkalan Kubur - RM 1 billion

Itu belum dikira lagi projek mega yang bersaiz ratusan juta..

1. Bandar Peranginan Bandar Tok Uban - RM 885 juta
2. Bandar Perikanan Tok Bali - RM800 juta
3. Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat - RM360 juta
4. Projek Pelancongan Danau Tok Uban - RM350 juta
5. Terminal Bas Kubang Kerian - RM328juta
6. Projek Agro Tourism Pergau, Jeli - RM250 juta

Semua projek ini jika dicampur berjumlah RM 7.473 billion (Ringgit Malaysia bukan Rupiah)..
Sudah 22 Nik Aziz menipu rakyatnya dengan cerita-cerita dongeng projek raksasa ini.

Bagi Nik Aziz jumlah RM7.4 billion itu mungkin kecil.. Selangor nak selesaikan masalah air yang berjumlah RM2 billion pun tak mampu. Nik Aziz pikir, Kelantan lebih kaya dari Selangor. Sebab dah kantoi, Nik Aziz tukar taktik pula dengan kutip derma untuk buat lebuhraya!

Dalam ceritera Ultraman juga, penonton akhirnya tahu bahawa raksasa yang digambarkan itu hanyalah dongeng semata-mata. Maka samalah dengan cerita dongeng Nik Aziz dengan projek mega raksasanya!

Kalau nak bandingkan Khalid Gagap dan Nik Aziz, ternyata Khalid kalah sebab projek raksasa meganya belum lagi mencecah billion ringgit. Itu pun Khalid terpaksa berbohong untuk bagi rakyatnya khusyuk mendengar cerita dongengnya!!

Untuk baca cerita pembohongan dan dongeng khalid gagap pula, baca di sini..


No comments:

Post a Comment