Showing posts with label pas hina. Show all posts
Showing posts with label pas hina. Show all posts

Friday, 28 September 2012

YB @ngehkooham Adalah Bukti Dakwah PAS Terhadap DAP Berjaya


Pemilik Old Town White Coffee : "Pertama kali saya dengar minum kopi mesti ada label halal. Manusia jgn tambah tambah syarat,membebankan. Tuhan membebaskan"

Pemilik Old Town White Coffee : "Tuhan tak kata bagitu.Lain negara tak ada sijil halal bagaimana?Minum kopi haram? "



Ini adalah bukti dakwah PAS cukup berjaya dalam mengenalkan ISLAM kepada DAP. Pengerusi DAP Perak merangkap pemilik Old Town White Coffee tidak mengetahui bahawa umat ISLAM wajib makan dan minum dari benda yang halal. 

Semoga warga PAS yang KONON memperjuangkan ISLAM sensetif sedikit dengan perangai mereka yang seronok berceramah menggunakan ayat Al-Quran tetapi TIDAK beriman dengan ayat yang dibaca DINASIHATKAN supaya memahami dan menjaga sensetiviti umat ISLAM yang lain.

Tuesday, 31 July 2012

Penipu Adalah Sekufu PAS


"Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Mekah ini, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan bbaldatun tayyibatun warabbun ghafur (negara indah lagi diredhai Allah)" 
(Kempen PAS pada Pilihanraya Umum 1959) 

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam" 
(Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999) 

Pas sedia gugur slogan negara Islam 
"Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........" 
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999) 

"Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama"
(Timbalan Presiden Pas [ni dulu le.. hehe] Abdul Hadi Awang : Berita Harian, 28 Jun 2001) 

"DAP boleh bekerjasama dengan PAS, tetap tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam" 
(Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng : Utusan Malaysia, 22 April 1999) 

"Kenapa disebut benda begitunya, kalau berpakat.... berpakatlah. Kalau berpakat dan bertengkar itu tidak bererti. DAP bukannya tidak mengetahui bahawa PAS sejak berpuluh2 tahun lagi kerja dia (PAS) ialah Islam" 
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 30 Jun 2001) 

PAS Selangor Koma Dan Tak Boleh Terima Keadaan


SHAH ALAM - Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan.

"Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13.

Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor.

"Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya.




Nota Kaki :


Ulasan yang memalukan dari mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang ISLAM, tetapi bergelumang dengan cerita "phone Sex" yang tak berkesudahan.

Wednesday, 27 June 2012

PAS semakin HINA kerana PAKATAN RAKYAT


PAS semakin menjuarai carta PARTI TERHINA diantara 3 parti yang duduk bertentang lutut di dalam Pakatan Rakyat. Semenjak mereka bergabung, sudah berapa banyak dasar perjuangan parti mereka yang digadaikan? sudah berapa banyak hukum-hakam ISLAM yang mereka telah jual? 

Isu Memali, Isu Amanat Hadi, Isu Kafir Mengkafir , Isu Haram Mengantung Gambar Pemimpin, Isu Tak Bagi Perempuan Cantik Bekerja, Isu Tuhan Mencarut, Isu Undi PAS Masuk Syurga dan bermacam-macam lagi adalah antara isu yang sinonim dengan perjuangan PAS masakini.

PAS hari ini lebih menjadi ISLAM sebagai alat bagi membenarkan apa juga kesilapan yang hadir dalam perjuangan parti mereka. Tidak hanya bersetuju menjual Kalimah Allah, hari ini PAS tampil dengan pendekatan yang mempersoalkan RUKUN ISLAM berkenaan menunaikan HAJI.

Semakin jauh perjalanan perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat, KEHINAAN semakin mewarnai bendera LENDIR mereka.

Gambar diatas di hantar melalui email kepada aku. Pengirim gambar ini lebih mahu memaparkan betapa hinanya PAS hinggakan bendera mereka hanya layak dijadikan alas kaki untuk masuk ke jamban!