Showing posts with label pakatan rakyat penipu rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat penipu rakyat. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

Tiada Tender Terbuka Bagi @teresakok Untuk Kompleks Sukan


Adalah menjadi sesuatu yang pelik bagi kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang keadilan, tetapi tidak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Mereka mahu membuat tender terbuka kepada semua projek didalam pentadbiran mereka. Tetapi setelah kurang lebih 4 tahun pemerintahan mereka, terlalu banyak benda busuk yang dihidu.

Setelah bermacam-macam onar yang dilakukan,kini mereka cuba sekali lagi memutar belitkan keadaan dengan Skandal Penswastaan Tanah Kompleks Sukan Bukit Puchong.

Tanah seluas 15.012 ekar yang diberi milik oleh Pejabat Tanah Petaling kepada MPSJ untuk pembangunan Kompleks Sukan kini diswastakan dan diusahakan dengan sesuka hati oleh kerajaan PR. Tanah ini ditukar dengan tanah yang lain kononnya untuk menyelamatkan kepadatan di SJKC Sin Ming. Tiada tender terbuka atau pendengaran awam dibuat bagi mendapatkan pendapat penduduk sekitar. Atas nama URGENCY (segera) semua boleh "dirunding terus".

 Ini menunjukkan kerajaan PR Selangor hanya berbohong dalam mengisi wawasan pemerintahan mereka.


Saturday, 11 August 2012

UNISEL Tidak Bermasalah, Tapi PR Selangor Yang Nak Gila !!


Inilah bukti yang mengatakan UNISEL tidak bermasalah. Ya, Mungkin UNISEL tidak bermasalah tetapi yang bermasalah ialah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin sewel dalam menguruskan negeri termaju di Malaysia ini.






Monday, 6 August 2012

Kerajaan MALAYSIA Kuat Berhutang!!


Gambar diatas diambil dari web : http://www.economist.com/content/global_debt_clock 

Kononnya pentadbiran Malaysia memang kuat berhutang. Inilah doktrin serta propaganda yang selalu dimainkan oleh balaci,musibat serta troppers kayu Pakatan Rakyat. Mereka sering menyebut budak yang baru lahir je dah menanggung hutang hasil dari pentadbiran kerajaan yang lemah.

Cerita bodoh seperti ini sering bermain di Facebook bagi memperbodohkan pemikiran mereka yang kurang arif tentang ekonomi. Inilah strategi Pakatan Rakyat. Memperbodohkan Rakyat adalah cara mereka. Dengan cara sedemikian mereka berfikiran yang mereka akan kekal memerintah tanpa perlu berbakti kepada rakyat seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Bagi membuktikan balaci Pakatan Rakyat ini jenis yang penipu, Aku 'compare'kan hutang diantara Malaysia, Amerika Syarikat dan Singapura. Korang tengok lah sendiri hasil perbandingan tu kat gambar bawah ni :-



Berhentilah Menipu Wahai Pencacai / Balaci serta Musibat Pakatan Rakyat!!



Friday, 29 June 2012

Dulu Hina Jata Selangor,Kini Nak Tukar Pula?


Dulu Jata Kerajaan Negeri Selangor dipermainkan di setiap papan iklan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berkenaan dengan air percuma (yang sebenarnya tak percuma pun). Selepas segalanya didedahkan, maka semua PBT di Selangor diarahkan menurunkan semua iklan air percuma tersebut dan digantikan dengan yang lain. Yang peliknya bagaimana kalimah Allah di jata itu disampingkan? bolehkah kita katakan kerja itu tidak disengajakan?

Kini isu jata Kerajaan Negeri Selangor kembali hangat diperkatakan. Bukan kerana Kalimah Allah yang disampingkan lagi, tetapi Logo Dewan Undangan Negeri Selangor pula mahu ditukar oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Atas sebab apa mahu ditukar logo tersebut? dengki? sakit hati? atau memang terasa nak kalah di Selangor?

Saksikan sendiri dokumen mesyuarat mereka dibawah :-