Showing posts with label Jentik Jentik. Show all posts
Showing posts with label Jentik Jentik. Show all posts

Friday, 10 August 2012

OLD TOWN WHITE COFFEE Ada Perisa Jentik- Jentik ?


Perkara ini terjadi kepada saya sendiri hari ini, 7/4/2012, waktu lebih kurang jam 7.40pm di OLD TOWN WHITE COFFEE, Jalan Tunku Abdul Rahman, bersebelahan bangunan CIMB, Kuala Lumpur.



Saya dan teman saya order nasi lemak, mee, 2 gelas air coklat dan 2 gelas air kosong. Setelah minuman dan makanan sampai, perkara pertama yang teman saya buat ialah minum air kosong tersebut. Namun belum sempat menelan air tersebut, beliau terlihat suatu objek asing di dalam gelas yang diminum. Apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat, kami dapati ia adalah kepompong jentik-jentik yang masih baru. Adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kami apabila melihat air minuman yang di-order mengandungi kepompong jentik-jentik.

Kami terus menangkap gambar minuman tersebut dan memanggil salah seorang pelayan untuk membuat aduan. Namun, tanpa rasa bersalah dan tanpa meminta maaf, apa yang dilakukan oleh pelayan tersebut adalah hanya menukar air. Selain itu, kami lihat perihal pelayan tersebut yang bersahaja dan sempat bergurau dengan pekerja lain yang membuat air. Sudahlah cuai, sempat bergurau senda pula. Langsung tiada tindak balas yang sepatutnya diberikan. Apatah lagi ucapan meminta maaf atas kecuaian dalam menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti. Tidak pernah saya membayangkan di dalam minuman akan terkandung kepompong jentik-jentik. Bagaimana mereka sebagai salah satu restoran yang boleh dikatakan terkenal menjaga kebersihan dapur serta barang- barang masakan, minuman yang akn dihidangkan kepada para pelanggan?. Ditambah lagi dengan khidmat pelanggan yang sangat mengecewakan.
Dan setelah itu, sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter, saya memaklumkan kembali perkara tersebut secara baik kepada seorang wanita yang saya percaya manager (uniform kemeja merah) restoran tersebut yang bernama Nora (nametag) sebagai peringatan untuk diambil perhatian dan lebih berhati-hati selepas kejadian itu. Namun, sekali lagi saya kecewa kerana jawapan yang diberi sungguh tidak boleh diterima akal apabila yang saya terima dari mulut Cik Nora itu hanyalah “yeah?” dan dia hanya diam tanpa sebarang reaksi seperti tiada perasaan. Sekali lagi, tiada ucapan meminta maaf.
Sebagai pelanggan, kami rasakan bahawa mereka tiada sifat tanggunggjawab dan tidak langsung peka dan perihatin dengan apa yang diberikan kepada para pelanggan. Bukan hanya produk, malahan kualiti khidmat pelanggan diabaikan. Kami bukan mahukan ganti rugi wang atau makanan percuma, yang kami mahukan adalah rasa tanggungjawab mereka kepada masalah-masalah sebegitu. Mungkin, jentik-jentik di dalam minuman adalah perkara biasa bagi mereka.
Kecewa dengan kebersihan dan keprihatinan kakitangan dan pengurusan Old Town White Coffee Jln TAR membuatkan saya ingin mengetengahkan perkara ini kepada media
By: Hanafi