Showing posts with label Genneva Malaysia Penipu. Show all posts
Showing posts with label Genneva Malaysia Penipu. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

5 Billion Lesap !!



Orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan didakwa antara pelanggan sebuah syarikat pelaburan emas yang setakat ini dikatakan sudah mengumpul lebih RM5 bilion.

Bagaimanapun, syarikat itu, Genneva Malaysia Sdn Bhd disenaraikan entiti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan menjalankan kegiatan pelaburan di bawah undang-undang dan peraturan Bank Negara Malaysia (BNM), kata bank pusat itu dalam kenyataannya, kelmarin.

Awal bulan lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan transaksi pelaburan emas yang dibuat syarikat itu, tidak mematuhi hukum syarak kerana tidak mematuhi garis panduan Pelaburan Emas sebagai mana diperakukan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober tahun lalu.Gagal padamkan maklumat dalam laman web

Semalam, satu laporan polis dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa syarikat itu gagal memadam maklumat dalam laman webnya yang menyatakan pelaburan emas dibuatnya mematuhi hukum syarak.


Pegawai kerja PPIM, Mustafa Hamzah, berkata tindakan itu jelas melanggar ketetapan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bank Negara kerana syarikat berkenaan masih menyatakan pelaburan yang dibuat mematuhi hukum syarak bagi menarik pelanggan.

"PPIM menggesa syarikat itu supaya mengeluarkan perkataan 'produk berlandaskan syariah' yang masih ada dalam laman webnya kerana ia mengelirukan pengguna dan pelabur.

"Laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat syarikat berkenaan bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan skim yang meragukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu namun kes dipindahkan ke IPD Brickfields berikutan syarikat pelaburan berkenaan berpangkalan di Jalan Kuchai Lama.

"Bagaimanapun, polis ingin menasihatkan orang ramai yang mahu membuat pelaburan tidak kira apa juga pelaburan, termasuk emas agar melakukan semakan terlebih dulu sama ada bentuk pelaburan itu sah di sisi undang-undang atau sebaliknya," katanya.

Friday, 3 August 2012

Pelaburan Emas Genneva Adalah HARAM!!


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617 Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my
Siaran Media
1/8/12 - PPIM menerima beberapa aduan mengenai skim yang dilakukan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd beralamat di 11-1, Jalan 3/116D, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur yang mana syarikat terus mengisytiharkan melalui laman sesawang mereka www.genneva-malaysia.com bahawa perniagaan yang mereka lakukan adalah mengikut syariah sedangkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-100 telah dengan jelas mengeluarkan fatwa bahawa Perlaburan Emas Genneva adalah haram dan tidak mengikut Syariah.
Kegiatan ini bukan sahaja melibatkan golongan biasa tapi juga melibatkan ramai pelabur VVIP, Yayasan dan syarikat-syarikat besar. Syarikat ini juga tersenarai sebagai syarikat yang tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah peraturan dan undang-undang Bank Negara Malaysia. Maka PPIM menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap syarikat ini yang telah mengutip dana dari orang ramai berjumlah lebih 5 billion ringgit dan ianya disyaki mengalir ke luar negara.
Sindiket penipuan terancang ini harus ditangani dengan segera kerana ia mampu mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk pada mangsa dan masyarakat. PPIM menyeru supaya semua pelabur yang terlibat dalam perlaburan haram ini segera menuntut semula wang perlaburan mereka
Sekian.