Saturday, 10 August 2013

Kebangkitan Pak Lah


Banyak yang bercakap, menulis dan mengulas mengenai buku  'Awakening -  The Abdullah Badawi Years In Malaysia'. Kebanyakkan mereka mengatakan Pak Lah mengkritik Mahathir. Ramai yang kecewa dengan 'benda' yang diceritakan didalam buku tersebut (seolah-olah Tun Mahathir tersinggung atau dibelasah secukup rasa)

Aku tidak mahu mengulas lagi tentang buku tersebut (pasal belum baca), cuma agak kelakar dengan tempo politik menjelang pemilihan UMNO yang kebanyakkan cuba dan terus menghentam Pak Lah dalam hal ini. Mungkin percubaan tersebut adalah untuk memperkasakan UMNO atau juga untuk memperkasa jurus lobi-dan-promosi.

Apa yang berlaku sekali pun, yang dikritik itu adalah Tun Mahathir Mohamad. Tak mungkin Tun Mahathir akan merengek atau mengharapkan orang lain untuk mempertahankan diri beliau. Beliau sendiri rasanya sudah mampu untuk membalas bukan setakat kritikan Pak Lah, malah kritikan seluruh penulis artikel yang terkandung dalam buku tersebut.

Nota Kaki :
Apa nak pening, layan je lah...





Wednesday, 2 January 2013

PAS juga KAFIR kerana AMANAT HADI ?


"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka"

"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku".


Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981″. Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.


Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).


"Amanat Hadi Awang 1981″ ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid.

Tetapi kini adakah PAS mendokong perjuangan ISLAM seperti yang digambarkan dalam amanat hadi?
kenapa kini negeri yang tadbir oleh PAS sepeti Kelantan dan Kedah masih mengamalkan Perlembagaan Lord Reid?

Kenapa juga PAS yang mana bila berada didalam Pakatan Rakyat bersetuju menukar agenda dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN? 


Kenapa berubah-berubah? Siapa sebenarnya yang menjual ISLAM untuk menjadi umpan kepada politik murahan parti meraka? 

Adakah ISLAM ini hanya menjadi pemboleh ubah kepada kesinambungan perjuangan PAS dalam mencari undi?

Setuju tak saudara-saudari yang hari ini PAS juga telah KAFIR kerana terkena ludah AMANAT HADI kerana sakan mengkafirkan sesama ISLAM?




Monday, 31 December 2012

Koo Ham & Kor Ming Kaki Kencing?


“Seumur hidup saya saya tak pernah beri  satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Sekiranya benar dakwaan Koo Ham yang dia tidak menerima atau memberi rasuah, kenapa seperti bersembunyi? Kenapa tidak beritahu awal-awal keadaan yang sebenar?


Dalam kenyataan terbaru Koo Ham juga memberitahu yang penglibatannya bersama Kor Ming dalam syarikat Upayapadu Sdn.Bhd sebenarnya telah dimaklumkan kepada kebanyakkan pemimpin pakatan pembangkang. Persoalannya kenapa Karpal Singh dalam sidang medianya menuntut penjelasan dan akan membawa isu ini ke Jawatan Kuasa Pusat Kerja (CEC). Adakah Karpal Singh bukan pemimpin pakatan?

Koo Ham juga ada menyatakan yang pemilikan tanah tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana segala urusan berlaku dalam tahun 2006 iaitu sebelum pembangkang menang di Perak. Adakah Koo Ham bercakap benar? 


Mengapakah Koo Ham dan Kor Ming tidak menyatakan yang mereka terlibat dan mempunyai kepentingan dalam Upayapadu Sdn Bhd selepas 2008 dan sebelum tarikh tersebut syarikat berkenaan dikuasai oleh orang lain?



Adakah dengan mengeluarkan statement yang anda pernah memimpin sebuah gereja suatu masa dulu akan membuatkan anda terlepas dari melakukan kesalahan?

Hampir 100 peratus kepentingan syarikat itu milik mereka, kenapa senyap dan berdiam diri?


Sunday, 16 December 2012

“Rainbow Nation” agenda gerakan Kristianisasi Malaysia



Ustaz Muhamad Al-Amin merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam program keagamaan di kaca televisyen.
Beliau juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.
Beliau juga dikenali sebagai seorang pendakwah yang sering ke Palestin, membawa rombongan pelancong Muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya.
Namun kunjungannya ke sana baru-baru ini memberi kesan yang cukup mendalam dan
pahit.
Ia berlaku apabila beliau dengan mata kepalanya sendiri menemui bukti yang beliau sifatkan sebagai ‘agenda Kristian di Malaysia’.
Bacalah pembongkaran beliau mengenai isu tersebut, Wallahualam.



Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke
dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pul
ang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu
pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka n
ak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama
ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya t
ertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding
missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Putar Belit Kenyataan,Itulah Kerja Parti Yang Mengaku ISLAM



1. Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang lalu, akhbar Utusan Malaysia telah membuat temuramah khas bersama baginda Sultan yang telah disiarkan pada 9hb Disember 2012. Saya turut membaca dan menyiarkan sebahagian wawancara tersebut di sini dan menyediakan pautan wawancara penuh di sini. Tujuannya agar pembaca blog saya dapat membaca dan memahami keseluruhan teks titah baginda.
2. Namun saya dikejutkan dengan pertanyaan orang ramai, benarkah baginda Sultan sangat benci kerana dituduh oleh orang UMNO? Maka saya bertanya kembali, dari mana sumber dakwaan tersebut diperolehi? Sepanjang bacaan daan penelitian saya sebelum ini, baginda Sultan tidak pernah sesekali pun bermaksud sedemikian. Mereka menjawab, apa yang didakwa itu disiarkan dalam Harakah (merujuk kenyataan Dr Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor) dan Malaysiakini.
3. Berbangkit dari persoalan yang ditimbulkan itu, maka saya membaca dan meneliti semula ketiga-tiga laporan dari Utusan (laporan wawancara penuh), Malaysiakini dan Harakah. Maka dari situ saya dapati tajuk berita yang digunakan sudah cukup untuk mengelirukan pembaca:
[Utusan] Tajuk Berita: Janji Sultan Sharafuddin – rujuk di sini
[Malaysiakini] Tajuk Berita : Sultan S’gor benci dituduh ‘orang Umno’ – rujuk di sini
[Harakah] Tajuk Berita: Sultan Selangor benci dituduh orang Umno – rujuk di sini
4. Dari tajuk berita yang digunakan, maka ada dikalangan pembaca yang telah menerima tafsiran yang salah terhadap titah baginda Sultan. Maka inilah yang menjadi salah satu punca kekeliruan yang timbul. Tajuk Harakah “Sultan Selangor benci dituduh orang Umno”, jika tidak difahami secara konteks maka ia boleh disalahertikan dengan membawa maksud “Sultan Selangor benci dituduh oleh orang UMNO” sedangkan apa yang dimaksudkan oleh baginda Sultan, “baginda benci apabila sering dituduh orang UMNO (penyokong UMNO) sedangkan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik”.
5. Dalam dunia kewartawanan, sering kali berlaku dimana tajuk berita yang mengelirukan digunakan untuk tujuan tertentu. Salah satunya bagi menarik perhatian pembaca. Kedua, mungkin disebabkan ruang tajuk yang terhad maka ia cuba diringkaskan. Ketiga, ia sengaja dibuat untuk memberi mesej yang salah kepada pembaca atas kepentingan tertentu. Namun walau apa juga alasannya, saya berpendapat bilamana kita melaporkan titah Sultan yang sepatutnya dihormati maka perkara yang mengelirukan seperti ini perlu dielakkan. Apakah terlalu sukar kepada kita untuk memberikan sedikit perhormatan kepada baginda Sultan dengan tidak memanipulasi titah baginda.
6. Maka atas dasar itu saya agak keberatan untuk mengulas tentang isu ini pada awalnya, kerana mungkin dituduh oleh sesetengah pihak cuba mengheret Sultan dalam kancah politik. Dalam tulisan saya sebelum ini pun, saya cuba untuk tidak mengulas lebih lanjut titah baginda Sultan, sekadar menyiarkannya petikan dan pautan untuk dibaca agar dihayati semua pembaca dengan penuh keinsafan. Namun kali ini, saya merasa bertanggungjawab untuk membetulkan kekeliruan yang timbul hasil dari permainan politik sempit pihak tertentu ini.
7. Berikut adalah titah baginda sultan Selangor yang menjadi sumber rujukan asal:
SULTAN SHARAFUDDIN: Saya tidak boleh cakap banyak mengenai politik. Saya baca semua akhbar dan blog walaupun ramai kawan-kawan kata jangan baca blog. Tapi bagi saya maklumat ialah kuasa, jadi saya perlu membaca semua laman blog dan portal. Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca. Tapi malangnya, dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang UMNO, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
boleh rujuk printscreen berikut:
titah sultan
titah2
8. Berikut pula apa yang dilaporkan oleh Harakah:
Sultan Selangor benci dituduh orang Umno
Mohd Rashidi Hassan, 12 Dis 2012
Kepimpinan PAS Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan Umno, tidak menyokong Umno dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang Umno.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda dan mahu hasrat Sultan dipatuhi semua pihak.
9. Jika dibandingkan antara kenyataan asal (Utusan) dan laporan oleh Harakah, walaupun kelihatan sama tetapi ia mendorong pembaca untuk membuat satu tafsiran yang salah tentang maksud sebenar baginda Sultan. Seandainya, akhbar pro UMNO ingin memanipulasi kenyataan baginda Sultan itu sepertimana dilakukan Harakah, ia boleh menterbalikkan perkataan UMNO dengan PAS sebagaimana berikut:
Kepimpinan UMNO Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan PAStidak menyokong PAS dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang PAS.
Dengan kenyataan itu, maka pembaca diberikan persepsi yang buruk terhadap PAS kerana tidak disokong dan dibenci oleh baginda Sultan sedangkan hakikatnya Sultan tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahu pun berniat sedemikian. Kedudukan baginda sendiri jelas berada diatas politik sebagaimana yang ditegaskan. Tentunya kedua-dua kenyataan tersebut tidak bertentangan dengan kenyataan baginda Sultan, tetapi ia sangat berniat jahat untuk memberikan persepsi yang buruk dengan memanipulasi titah baginda Sultan.
10. Dalam kenyataan Dr Rani berikutnya pula ditambah:
Mengulas lanjut perkara tersebut, Dr Rani mengharapkan semua pihak, khususnya Umno, supaya tidak lagi cuba ‘mempengaruhi’ Sultan untuk kelihatan ‘bias’, yang akhirnya persepsi negatif dilemparkan terhadap baginda.
Tegas Dr Rani, pihak yang terbabit menasihati Sultan sama ada di Istana, mahupun dalam MAIS, JAIS dan SUK harus berhati-hati dan jangan sekali-kali mencemar kemuliaan baginda dengan agenda Umno.
“PAS Selangor amat menyanjungi Tuanku dan berharap para penasihat Sultan memastikan selepas ini sebarang kenyataan yang hendak dibuat atas nama baginda, hendaklah berhati-hati harus tidak dilihat ‘bias’,” ujarnya.
11. Saya merasakan kenyataan yang dibuat ini sangat biadap terhadap baginda Sultan. Jika Dr Rani meneliti titah berikutnya, baginda Sultan bertitah dengan membuat penegasan sebagaimana berikut:
Hakikatnya Najib ada banyak kerja lain hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri.
Saya ada sebutkan kepada Menteri Besar, “apa ni sikit-sikit saya dikatakan orang UMNO di dalam blog”. Saya yakin sekarang kerana beri wawancara kepada Utusan, orang akan kata saya orang Utusan. Padahal pihak Utusan yang minta jumpa.
Macam kes Talam dan sebagainya, saya tidak campur tangan. Kalau tidak suka kepada isu pentadbiran, saya akan minta setiausaha sulit menulis surat kepada kerajaan negeri bahawa perkara itu tidak betul.
Kalau perkara lebih penting, saya akan tulis sendiri kepada Menteri Besar. Tetapi kalau melibatkan agama, bangsa Melayu dan perpecahan perpaduan, saya akan kritik secara terbuka dalam ucapan, itu prinsip saya.
Kalau dalam soal pentadbiran, saya akan tegur Menteri Besar kalau tidak betul, sama ada melalui perjumpaan atau menulis surat, tetapi tidak secara terbuka.
Malangnya, terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang UMNO. Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas.
12. Jika baginda Sultan sendiri telah membuat penegasan bahawa apa juga tindakan baginda dibuat berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri Selangor tanpa dipengaruhi oleh kepentingan parti politik tertentu, maka apa pula maksud Dr Rani mengeluarkan kenyataan tersebut? Apakah Dr Rani berfikir, bahawa setiap keputusan baginda Sultan yang tidak menyebelahi partinya disebabkan oleh pengaruh UMNO? Apakah pada pandangan Dr Rani, bahawa semua penasihat istana, MAIS, JAIS dan SUK adalah orang UMNO dan tiada integriti? Saya tidak mahu membuat tuduhan, tetapi semua boleh menilai pihak mana yang dimaksudkan oleh baginda Sultan yang bercakap ikut sedap mulut! Pastinya baginda lebih arif tentang siapa yang dimaksudkan. Baginda telah memberi nasihat dengan penuh bijaksana dan cukup berhati-hati untuk menjaga nama baik semua pihak. Apakah manusia seperti Dr Rani ini begitu susah untuk menerima nasihat tanpa banyak kerenah. Jika nasihat dari seorang Sultan pun susah untuk diterima, apakah jaminan orang ini sanggup menerima nasihat dari rakyat kebanyakan?
13. Saya mengharapkan Dr Rani sedar tidak terus menunjukkan keangkuhan dan kesombongan semata-mata kerana beliau telah dipilih oleh rakyat. Mana-mana sultan sekali pun, akan bertindak berdasarkan lunas undang-undang yang telah diperuntukkan kepada baginda dengan cukup berhati-hati berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri. Berdasarkan perlembagaan negara, Sultan dan Raja berada diatas politik. Dengan bahasa mudahnya, sehebat mana pun pemimpin parti politik, beliau tetap rakyat yang berada dibawah naungan Sultan sebagaimana yang diamalkan dalam sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
14. Dalam kenyataannya yang disiarkan Harakah itu, saya dapati banyak tuduhan-tuduhan yang dibuat kepada UMNO yang kononnya menggunakan istana untuk kepentingan politik. Apa yang cuba digambarkan seolah-olah Sultan langsung tidak mampu untuk berfikir dan mengikut sahaja arahan dari pemimpin UMNO. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang tuduhan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor ini, saya akan siarkan petikan tuduhan yang telah dibuat dan biarlah rakyat menilainya. Berikut tuduhan dan fitnah yang cuba disebarkan terhadap UMNO dan Istana oleh Dr Rani dan Harakah:
Namun orang politik ada juga ragam dan karenahnya. Khususnya bagi Umno yang sering mempergunakan Raja untuk kepentingan mereka, tambahan pula juak-juak Umno yang puluhan tahun mendominasi institusi Istana, tidak mudah untuk menerima perubahan yang berlaku dalam kerajaan Selangor.
Di Perak, walaupun ditekan dengan begitu hebat selama 11 bulan dan dilaga-lagakan dengan Sultan, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menunjukkan sikap profesional beliau, sehinggalah Umno menggunakan Raja untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Ini berbeza dengan Umno. Mereka bukan sahaja meminda Perlembagaan. Mereka juga memaki hamun Raja-Raja dalam Perhimpunan Agung Umno. Menderhaka kepada Sultan, menabalkan Sultan ‘boneka’ di Kelantan, malahan membinatangkan Sultan Terengganu dalam satu demonstrasi di hadapan Istana Terengganu.
Sehinggakan ada kalangan Istana tertentu yang secara terbuka menyokong Umno dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.
Justeru, molek benarlah jika Sultan Selangor sendiri sudah bertitah, baginda cukup benci dituduh orang Umno. Malah apa yang dititahkan Sultan Selangor, harus juga dicontohi Sultan Perak, Sultan Johor dan Sultan Pahang.
Bagi membantu pembaca memahaminya, saya letakkan pautan kenyataan penuh dari Harakah yang boleh diakses di sini.
15. Pada pandangan saya, apa yang cuba dilaporkan oleh akhbar Harakah jelas satu bentuk pemberitaan yang tidak bertanggungjawab serta cuba memanipulasi kenyataan istana untuk meraih keuntungan politik. Perbuatan sebegini mengambarkan bahawa golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa hinggakan sanggup memanipulasi dan memutarkan belit fakta untuk mengelirukan rakyat.
16. Sebelum ini kita sudah cukup faham pun dengan gaya pemberitaan sensasi dan fitnah yang diamalkan oleh Harakah dan akhbar pakatan rakyat. Namun, kali ini saya agak terkilan bila mana titah baginda Sultan pun turut sama menjadi bahan propaganda murahan mereka. Maka dengan apa yang berlaku ini, saya mula faham kenapa Harakah yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang kononnya memperjuang Islam telah dkritik hebat oleh ahli Pas sendiri sewaktu Muktamar yang lalu. Dengan apa yang dilakukan ini, seolah-olah wujud usaha-usaha terancang untuk memburukkan instusi raja dengan cara yang cukup halus. Maka tidak hairanlah bila orang seperti Datuk Hasan Ali yang cuba mempertahankan Melayu, Islam dan Raja dipecat kerana dianggap sudah tidak sealiran dengan mereka ini.
17. Kepada baginda Sultan Selangor, saya memohon ampun kerana terpaksa membangkitkan isu ini. Apa yang cuba saya lakukan hanyalah untuk menjelaskan segala kekeliruan yang cuba dipropagandakan. Semoga kita semua dibukakan hati, dilapangkan dada untuk menerima segala nasihat dan teguran untuk menjadi insan berhati mulia.
Satim Diman
Ketua Pembangkang Dun Selangor

Saturday, 15 December 2012

Tiada Tender Terbuka Bagi @teresakok Untuk Kompleks Sukan


Adalah menjadi sesuatu yang pelik bagi kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang keadilan, tetapi tidak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Mereka mahu membuat tender terbuka kepada semua projek didalam pentadbiran mereka. Tetapi setelah kurang lebih 4 tahun pemerintahan mereka, terlalu banyak benda busuk yang dihidu.

Setelah bermacam-macam onar yang dilakukan,kini mereka cuba sekali lagi memutar belitkan keadaan dengan Skandal Penswastaan Tanah Kompleks Sukan Bukit Puchong.

Tanah seluas 15.012 ekar yang diberi milik oleh Pejabat Tanah Petaling kepada MPSJ untuk pembangunan Kompleks Sukan kini diswastakan dan diusahakan dengan sesuka hati oleh kerajaan PR. Tanah ini ditukar dengan tanah yang lain kononnya untuk menyelamatkan kepadatan di SJKC Sin Ming. Tiada tender terbuka atau pendengaran awam dibuat bagi mendapatkan pendapat penduduk sekitar. Atas nama URGENCY (segera) semua boleh "dirunding terus".

 Ini menunjukkan kerajaan PR Selangor hanya berbohong dalam mengisi wawasan pemerintahan mereka.