Thursday, 19 January 2012
Pembesar Suara Surau di Puchong Dipertikaikan!!!!!!
Bila Melayu itu berpecah,mereka yang lain seronok memperkotak-katikkan bangsa Melayu. Bila Melayu berpecah secara tak langsung Islam juga dihenyak sedalamnya.
Ini yang terjadi kepada masyarakat Islam yang mendiami apartment Desa Idaman, Puchong Prima,Puchong. Hak mereka sebagai umat Islam kini terjejas. Surau yang telah diiktiraf oleh JAIS kini dalam keadaan terumbang-ambing lantaran ada pihak bukan Islam dikawasan tersebut yang mempertikaikan kebenaran memasang pembesar suara di surau tersebut.
Agak memeranjatkan kenapa perlu dipertikaikan penggunaan pembesar suara di surau tersebut. Menurut kata salah seorang kariah surau berkenaan,surau tersebut dihari biasa hanya digunakan untuk solat Maghrib dan Isyak sahaja,manakala dihujung minggu solat Subuh,Maghrib & Isyak. Beliau juag hairan mengapa ada pihak yang tidak selesa dengan keadaan itu. Kalau mahu memperlahankan pembesar suara itu,adalah logiknya,ini mempertikaikan kebenaran pemasangan speaker pada surau tersebut sesuatu yang melampau!!!
Berikutan itu ada ahli JKP dikawasan tersebut telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Insiden pembesar suara disurau ini dikira sudah selesai selepas laporan polis dibuat,malangnya ada pula pihak lain yang lebih hebat dari Institusi Raja dalam hal ehwal Islam yang cuba campur tangan dan membuat keputusan sendiri.
Ini menyebabkan orang Islam dikawasan tersebut sedih & terkejut dengan kejadian tersebut. Di surau manakah memasang pembesar suara satu kesalahan?
No comments:
Post a Comment