Wednesday, 25 January 2012
Thursday, 19 January 2012
Shahrizat Saman Mak Lampir & si Muke Sengal!!
Aku ingat kak jat dah malas nak bercerita dan nak senyapkan je cerita NFC dan mengambil langkah bercuti untuk menjernihkan isu yang terpalit dimuka beliau. Rupanya dalam senyap-senyap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia itu telah menyaman dua orang musibat yang suka namanya menjadi contoh kepada baka lembu kacukan versi baru.
Apapon salam takziah aku untuk dua makhluk PR tu dan syabas kepada kak jat!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil petang ini memfailkan saman ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya Rafizi Ramli sebanyak RM100 juta berhubung projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Saman itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Seri Dr Shafee Abdullah .
Pembesar Suara Surau di Puchong Dipertikaikan!!!!!!
Bila Melayu itu berpecah,mereka yang lain seronok memperkotak-katikkan bangsa Melayu. Bila Melayu berpecah secara tak langsung Islam juga dihenyak sedalamnya.
Ini yang terjadi kepada masyarakat Islam yang mendiami apartment Desa Idaman, Puchong Prima,Puchong. Hak mereka sebagai umat Islam kini terjejas. Surau yang telah diiktiraf oleh JAIS kini dalam keadaan terumbang-ambing lantaran ada pihak bukan Islam dikawasan tersebut yang mempertikaikan kebenaran memasang pembesar suara di surau tersebut.
Agak memeranjatkan kenapa perlu dipertikaikan penggunaan pembesar suara di surau tersebut. Menurut kata salah seorang kariah surau berkenaan,surau tersebut dihari biasa hanya digunakan untuk solat Maghrib dan Isyak sahaja,manakala dihujung minggu solat Subuh,Maghrib & Isyak. Beliau juag hairan mengapa ada pihak yang tidak selesa dengan keadaan itu. Kalau mahu memperlahankan pembesar suara itu,adalah logiknya,ini mempertikaikan kebenaran pemasangan speaker pada surau tersebut sesuatu yang melampau!!!
Berikutan itu ada ahli JKP dikawasan tersebut telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Insiden pembesar suara disurau ini dikira sudah selesai selepas laporan polis dibuat,malangnya ada pula pihak lain yang lebih hebat dari Institusi Raja dalam hal ehwal Islam yang cuba campur tangan dan membuat keputusan sendiri.
Ini menyebabkan orang Islam dikawasan tersebut sedih & terkejut dengan kejadian tersebut. Di surau manakah memasang pembesar suara satu kesalahan?
Tuesday, 10 January 2012
Apa pon yang nak jadi @anwaribrahim harus di selamatkan!!!
Dahulu antara jentera yang terkuat bagi PR adalah PAS. Ini dibuktikan melalui beberapa siri pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini. Dari jentera meraih undi sampai kepada jentera menghalalkan cara PAS ternyata adalah yang terbaik dikalangan PR.
Hari ini PAS tidak lagi begitu,ahlinya kita pening kepala memikirkan siapa yang harus mereka dengar. Presiden PAS sendiri lebih mendengar idea dari mereka yang bukan dikalangan PAS.
Siri kepeningan ini ditambahkan lagi dengan pemecatan Dr. Hasan Ali dari PAS. Akhirnya PAS telah membuktikan perjuangan sebenar mereka. Perjuangan yang selama ini bertopengkan ISLAM sebagai dasar adalah untuk mengaburi perjalanan mereka.
Kini negara ISLAM sudah lama diketepikan,apapun yang berlaku bagi PAS,Anwar Ibrahim mesti disokong!!!
Hari ini PAS tidak lagi begitu,ahlinya kita pening kepala memikirkan siapa yang harus mereka dengar. Presiden PAS sendiri lebih mendengar idea dari mereka yang bukan dikalangan PAS.
Siri kepeningan ini ditambahkan lagi dengan pemecatan Dr. Hasan Ali dari PAS. Akhirnya PAS telah membuktikan perjuangan sebenar mereka. Perjuangan yang selama ini bertopengkan ISLAM sebagai dasar adalah untuk mengaburi perjalanan mereka.
Kini negara ISLAM sudah lama diketepikan,apapun yang berlaku bagi PAS,Anwar Ibrahim mesti disokong!!!
Monday, 9 January 2012
Saiful Bukhari : Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.
Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.
Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.
Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.
Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.
Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.
Kepada Allah saya berserah.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Alibi @anwaribrahim Tak Datang #901 berdemo!!!
Pada pagi ini – 9hb Jan 2012, Mahkamah akan membuat keputusan samada DS Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan atau membebaskan beliau dari segala pertuduhan.
Pada pagi ini juga saya akan berada di Shah Alam untuk bermesyuarat bersama ADUN BN dalam misi gerakkerja pilihanraya akan datang pada pukul 10.00 pagi. Saya akan memberi sedikit taklimat kepada ADUN BN, implikasi tentang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang kebetulan Penasihat Ekonominya adalah DS Anwar Ibrahim
Di saat saya sedang menulis artikel ini, pastinya kumpulan yang akan menyertai perhimpunan BebasAnwar901 telah pun bergerak menuju ke Mahkamah Jalan Duta. Jelas sekali Anwar dan Azmin telah bekerja keras sejak beberapa hari yang lalu untuk mengumpulkan seramai mungkin pengikutnya untuk menyertai mereka dalam perhimpunan tersebut.
Pada hemat mereka, hanya dengan cara itu Anwar akan bebas setelah mereka yakin Anwar akan didapati bersalah oleh Mahkamah. Hakikatnya tiada siapa yang tahu apakah keputusan hakim nanti. Berdasarkan pendapat kawan-kawan yang arif dalam bidang perundangan, mereka agak yakin Anwar akan didapati bersalah disebabkan kegagalan barisan peguambela mengemukakan bukti dan saksi bagi mencabar segala keterangan mangsa dan bukti pihak pendakwa.
Namun begitu ianya hanyalah satu andaian semata-mata sebagaimana kita meramalkan Brazil menjuarai Piala Dunia, tetapi ianya hanya akan disahkan setelah tamatnya tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan akhir. Malangnya dalam sukan bolasepak, keputusan pengadil adalah muktamad. Mana-mana pemain yang mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan berdepan dengan hukuman.
Ini berbeza dengan keputusan kes jenayah yang dihadapi oleh Anwar. Jika didapati bersalah sekalipun, peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan masih ada. Tetapi perkara ini seolah cuba disembunyikan kepada penyokongnya. Dalam sesi RoadShow yang diadakan, mereka cuab menggambarkan seolah-olah tiada lagi peluang untuk Anwar membela diri jika hukuman dijatuhkan maka pengikutnya harus memberontak menjatuhkan kerajaan yang ada kerana kononnya bersikap zalim.
Anwar cuba mencipta pelbagai persepsi buruk kepada kerajaan dan institusi kehakiman negara termasuklah pihak keselamatan yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya. Hakikatnya, perbicaraan ini adalah perbicaraan peribadinya atas jenayah yang telah dilakukan. Soal perbicaraan politik yang cuba digambarkan oleh Anwar hanya illusi ciptaannya untuk menarik simpati orang ramai. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Anwar gagal membawa saksi alibi untuk membela dirinya. Anwar juga gagal memberikan keterangan bersumpah di mahkamah untuk membela diri.
Anwar terlupa atau buat-buat lupa bahawa kes liwatnya telah tertangguh bertahun lamanya. Malah ia menjadi rekod perbicaraan paling panjang dalam sejarah negara dengan berpuluh kali penangguhan dipohon oleh peguambela beliau. Bayangkan perbicaraan beliau bermula di era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri. Sungguh pelik dan amat melucukan bilamana beliau masih menuduh DS Najib terlibat berkonspirasi dalam kes liwatnya.
Dalam keadaan itu pun, mahkamah telah bersikap adil kepadanya dengan melayan segala kerenah peguambelanya yang adakalanya dilihat oleh rakyat bahawa ianya seolah menafikan keadilan kepada si mangsa. Peguambela Anwar bukan calang-calang orangnya. Seorang peguam ternama dan terhebat di Malaysia yang mempunyai rekod cemerlang dalam membela anak guamnya. Maka jika dengan peguam terbaik pun beliau masih gagal membela dirinya, maka tiada gunanya untuk beliau menyalahkan pihak mahkamah mengajak rakyat untuk membela dirinya.
Hari ini pihak polis sekali lagi menunjukkan sikap tolak ansur dengan memberikan kebenaran berhimpun kepada penyokong beliau dengan syarat ianya berjalan dengan aman. Namun kebenaran bersyarat tersebut telah diputarbelitkan untuk mengelirukan penyokong pakatan agar hadir menyertai perhimpunan tersebut. Saya yakin mereka berkemungkinan besar mempunyai agenda tersirat yang bersifat jahat untuk membuat huru-hara bagi menggambarkan kepada dunia bahawa polis bertindak kejam kepada mereka. Lantaran itu mereka akan cuba mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku.
Namun begitu kita yakin bahawa pihak polis telah dapat menghidu segala perancangan jahat tersebut dan mereka cukup bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Pastinya akan ada drama dan adegan-adegan pelik yang akan cuba dilakonkan dan disebarkan oleh kumpulan ini dalam misi membebaskan Anwar jika keputusan tidak memihak kepada mereka sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan yang lalu.
Perbuatan sebegini bukan sesuatu yang baik kepada ekonomi dan masyarakat kita. Segala kekecohan yang akan ditimbulkan akan memberi kesan kepada ekonomi. Mereka yang terpaksa bekerja mencari nafkah untuk keluarga akan dilanda kesusahan. Pelabur akan lari meninggalkan negara dan peluang pekerjaan akan semakin berkurangan. Dan pada akhirnya yang akan menghadapi kesusahan adalah rakyat jelata.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjaga dan mengekalkan keamanan dan kenikmataan hidup dibumi bertuah ini. Usah terlibat dalam perhimpunan yang jelas memberikan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara. Negara kita terlalu bertuah untuk dirosakkan begitu sahaja demi membela seorang yang mungkin didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti liwat. Penyokong Anwar lupa bahawa Anwar bukan mangsa dalam kes ini, sebaliknya mangsa yang sebenar adalah Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pekerja/pembantu peribadinya sendiri. Tetapi kerana spin yang dilakukan, pengikutnya sudah menganggap Anwar adalah mangsa dan harus dibela! Jelas apa yang cuba dilakukan ini adalah satu pengkhianatan kepada sistem perundangan negara dan harus ditentang oleh setiap rakyat yang cintakan keamanan!
Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor
9hb Januari 2012
Ketua Pembangkang DUN Selangor
9hb Januari 2012
Sumber : Satim Diman Wordpress
Sunday, 8 January 2012
Akhirnya Dr.Hasan Ali dipecat juga dari PAS #SaveSgor
Setelah macam-macam peristiwa yang berkait rapat dengan tokoh PAS Selangor ini keluar,maka hari ini 8 Januari 2012, Dr. Hasan Ali telah dipecat secara rasminya.
PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Berikut adalah kenyataan Presiden PAS mengenai pemecatan Dr. Hasan Ali :
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
Orang Macam Ni Korang Nak Sokong? #SaveSgor
Aku tetap tak faham kenapa ada yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim. Macam-macam teori konspirasi yang terbit kalau mamat ni ada kes kat mahkamah.
Ada yang bijak pandai jadi balaci kelas wahid untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Bila orang bagi bukti macam-macam orang ini nafikan,selagi tidak dia akan 'protect' Anwar Ibrahim.
Untuk yang masih percaya, taksub serta pencinta Anwar Ibrahim,sila lihat video dibawah ini. Tatkala umat Islam sedang bertakbir di Aidiladha, 'mamat pisang bengkok' ini seronok sehati berdansa bersama pemimpin PKR yang lain.
Inilah contoh orang yang bertopengkan Islam konon untuk perjuangan,walhal mendokong ideologi Pluralisme sebagai jalan kehidupan.
Ada yang bijak pandai jadi balaci kelas wahid untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Bila orang bagi bukti macam-macam orang ini nafikan,selagi tidak dia akan 'protect' Anwar Ibrahim.
Untuk yang masih percaya, taksub serta pencinta Anwar Ibrahim,sila lihat video dibawah ini. Tatkala umat Islam sedang bertakbir di Aidiladha, 'mamat pisang bengkok' ini seronok sehati berdansa bersama pemimpin PKR yang lain.
Inilah contoh orang yang bertopengkan Islam konon untuk perjuangan,walhal mendokong ideologi Pluralisme sebagai jalan kehidupan.
Thursday, 5 January 2012
Pencapaian Akademik Tahap DEWA Untuk Yang Menyertai DEMO!
Sekali lagi kita ditayangkan dengan cerita-cerita sampah yang mengatakan mereka yang berdemo untuk memansuhkan AUKU ini terdiri dari mereka yang cemerlang didalam akademik.
Ada yang menjadi lendir kepada sampah ini sanggup menipu masyarakat bahawa 'pendemo' versi pelajar cap longkang ini kebanyakkan pernah mendapat Anugerah Sijil Dekan.
Inilah antara mereka-meraka yang cemerlang tahap dewa yang terlibat dalam demonstrasi kebodohan yang diterbitkan oleh mereka yang kononnya mahukan demokrasi tapi tak tahu menghormati undang-undang negara.
Kesimpulan :
Adakah para mahasiswa di luar sana ingin menjadikan mereka yang GAGAL ini sebagai ikon?
Mereka terbukti telah gagal dalam pengajian disebabkan terlalu gila berpolitik. Sehinggakan diberhentikan pengajian di IPTA dek pencapaian akademik mereka yang tidak memuaskan?
Ada yang bertanya apa motif saya paparkan maklumat serta wajah pelajar yang terlibat demontrasi?
Apa saya boleh katakan tiada sebarang motif kerana mereka ini bukan musuh saya, jika mereka hanya aktif berpolitik di kampus. Saya sama sekali tidak peduli apa mereka mahu lakukan.
Tapi mereka terlibat dalam hal-hal politik negara, jadi suka atau tidak berhadapanlah dengan serangan daripada para pengamal media online yang menyokong kerajaan.
Boleh faham...?
Sumber : Double Y
Ada yang menjadi lendir kepada sampah ini sanggup menipu masyarakat bahawa 'pendemo' versi pelajar cap longkang ini kebanyakkan pernah mendapat Anugerah Sijil Dekan.
Inilah antara mereka-meraka yang cemerlang tahap dewa yang terlibat dalam demonstrasi kebodohan yang diterbitkan oleh mereka yang kononnya mahukan demokrasi tapi tak tahu menghormati undang-undang negara.
Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun
Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun
Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.
Kesimpulan :
- Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.
- Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior.
Adakah para mahasiswa di luar sana ingin menjadikan mereka yang GAGAL ini sebagai ikon?
Mereka terbukti telah gagal dalam pengajian disebabkan terlalu gila berpolitik. Sehinggakan diberhentikan pengajian di IPTA dek pencapaian akademik mereka yang tidak memuaskan?
Ada yang bertanya apa motif saya paparkan maklumat serta wajah pelajar yang terlibat demontrasi?
Apa saya boleh katakan tiada sebarang motif kerana mereka ini bukan musuh saya, jika mereka hanya aktif berpolitik di kampus. Saya sama sekali tidak peduli apa mereka mahu lakukan.
Tapi mereka terlibat dalam hal-hal politik negara, jadi suka atau tidak berhadapanlah dengan serangan daripada para pengamal media online yang menyokong kerajaan.
Boleh faham...?
Sumber : Double Y