Tuesday, 19 June 2012
Gempar! Datuk Seri Lajim Ukin Jumpa Azmin Bincang Sesuatu?
Berita tergempar mula tersebar, Datuk Seri Lajim Ukim kini dikhabarkan sedang berjumpa dengan Azmin Ali di Coffee House Le Meridian, KL Sentral.
Maklumat yang baru diterima, perjumpaan tersebut masih lagi berlangsung dari jam 1 tghari tadi sehinggalah artikel ini ditulis. Agak panjang lebar perbincangan mereka. Apa cerita sebenarnya?
Ramai yang nak tahu, apa yang dibincangkan oleh mereka berdua? Apakah ini satu cubaan untuk memujuk Lajim Ukim untuk melompat menyertai Pakatan? Apakah juga mereka sedang melakukan proses tawar menawar?
Friday, 15 June 2012
Sapa Nak Meniaga Bazaar Ramadhan MPSJ?
Terbaru pada 11 Jun 2012 iaitu hari Isnin, satu sesi temuramah untuk mereka yang ingin berniaga ditapak bazar ramadhan MPSJ telah berlansung. Dengar kabar yang menjadi 'Tukang Interview' nya ialah Ahli Majlis dari Zon 20 iaitu Sufari Tinnin dan Ahli Majlis dari Zon 14 iaitu Norhesni Ismail. Aku menyokong sesi interview seperti yang dilakukan oleh MPSJ ni. Selain dapat melihat dengan lebih terperinci siapa yang ingin meniaga tu, pihak berwajib juga boleh mengesan tahap kesihatan mereka dengan lebih dekat.
Tapi ada beberapa cerita yang tak syok nak didengar semasa sesi interview ni berlaku. Menurut salah seorang yang datang untuk diinterview, mereka ditanya dengan berbagai soalan sampaikan undi parti mana masa pilihanraya yang lepas pon ditanya sekali. Malah kata 'si interviewer' ini lagi ada yang datang ke situ dengan memakai baju bersih lagi? Benarkah perkara ini berlaku?
Aku harap perkara yang diceritakan kepada aku tu hanyalah satu siri simpati oleh mereka yang kecewa kerana tak dapat permit untuk meniaga di bazaar ramadhan kelolaan MPSJ je lah dan perkara tu tak berlaku pon. Tetapi sekiranya berlaku seperti apa yang dikatakan oleh 'si interviewer' ni, maka pihak MPSJ serta Ahli Majlis mereka haruslah berubah sikap. Professional lah sikit. Takkan nak meniaga pon kene ikut bendera parti? Tolong jangan jadikan bazar ramadhan ni macam medan kempen pilihanraya.
Friday, 1 June 2012
Thursday, 31 May 2012
Wednesday, 30 May 2012
MB ke 10 Perak : Asyik Menipu Dengan Fakta Celaru!!
Nizar cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.
Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1.
Tengku Mahkota Johor di twitternya membidas kenyataan Nizar berhubung isu nombor kenderaan WWW1 tersebut.
“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.”
ps: kepada Nizar dan juga pemimpin pembangkang serta penyokongnya, selidik la dulu sebelum buat kenyataan. jangan la memalukan diri sendiri.
Monday, 28 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




