Thursday, 26 July 2012

Tukang Masak PAPARICH PENANG Masak Katak??


JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi  sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur  kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.


Baca Selanjutnya 

PAS Kedah Tumbang !!!


KUALA LUMPUR - Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.


Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.


"Malah, 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.



Baca Selanjutnya 

Sunday, 8 July 2012

Mah..Bau Benda Tu Dok Lekat Di Muka Abang....



AIDCNews – 09/09/11 – Satu rakaman bertajuk ‘Skandal Seks Mat Sabu’ yang berdurasi 23:21 minit telah dimuat turunkan oleh channel tvtrimatra dan turut dipromosi melalui blognya, http://1peluru.blogspot.com, sejak semalam, 8 Sept.
Dalam rakaman itu turut dimuatkan sekurang-kurang 6 perbualan telefon di antara Mat Sabu yang ketika itu Ahli Parlimen PAS, Nilam Puri, Kelantan dengan Normah Abdul Halim, pada Disember 1994 untuk membuktikan wujudnya skandal tersebut.
Normah adalah isteri kepada sahabat baik Mat Sabu sendiri iaitu Bukhari Hj Noor.
Hubungan sulit antara Mat Sabu dengan Normah itu tidak diketahui oleh suaminya, namun apabila kes itu mula terbongkar Bukhari mendesak isterinya, Normah, menjunjung Al Quran bagi membuktikan tuduhan itu tidak benar.
Normah yang ketakutan dengan syarat suaminya itu telah menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan pertolongan.
Ikutan rakaman video di atas sepenuhnya dan buat penilaian sendiri.

Saturday, 7 July 2012

Forum Kembara Ke Langit Bersama Abby Abadi


Dulu nyanyi lagu trauma, kini menjadi penceramah di atas pentas politik. Penghijrahan itu digalakkan di dalam Islam. Dari yang tidak berapa baik kepada yang lebih baik. Cuma sekiranya sudah berhijrah, tidak perlulah merelakan diri untuk menjadi tukang karut kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Baca selanjutnya di sini

Thursday, 5 July 2012

Depan Surau Jadi Tempat Pembuangan Sampah Di Puchong


Inilah hasil negeri kebajikan yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Masalah sampah yang kononnya boleh diselesaikan dengan pembelian 50 buah compactor ternyata satu cerita bohong yang cukup melampau.

Gambar yang anda saksikan kali ini adalah bukti bagaimana kononnya masalah sampah di Selangor yang berjaya di selesaikan dengan baik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sampah berlonggok dihadapan sebuah surau di Puchong Selangor.

Mengikut kata penduduk disekitar flat yang berdekatan, ada 2 rumah sampah yang disediakan di kawasan tersebut. Tetapi kontraktor yang melakukan kutipan sampah tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Ada masanya sehingga ulat-ulat sampah berjalan keluar dari rumah sampah yang disediakan.

Inilah masalah yang sinonim dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sampah adalah kesan sampingan yang dihadapi oleh masyarakat Selangor setelah memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan mereka.




Sumber : Ikrar Pemuda