Friday, 9 December 2011

Nasrudin Hassan Tantawi Memeningkan Kepalanya Sendiri



Membaca blog Episod Sebuah Perjuangan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat banyak mendatangkan persoalan dari pelbagai sudut pemikiran saya. Lantas setelah sel sel neuron otak saya diaktifkan, saya terpanggil untuk membalas apa yang ditulis oleh saudara Nasrudin Hassan Tantawi tentang “Kenapa PAS Tidak Bergabung Dengan UMNO” yang banyak beliau sentuh dengan keperluan dalam melakukan kebaikan dalam bergabung. Lebih tepat lagi pengabungan itu perlulah kearah kebaikan, bersatu padu melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah. Kita juga dilarang berkerjasama dalam hal hal yang mendatangkan kemudaratan atau yang menumbuhkan bibit bibit dosa serta permusuhan sesama umat manusia. Anda boleh membaca lebih lanjut tulisan saudara Nasrudin Hassan Tantawi disini

Setelah membaca, saya terfikir adakah Ketua Pemuda PAS Pusat ini menulis dalam keadaan separa sedar ataupun dia menulis sekadar tangkap muat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa sewaktu Forum di UIAM bersama saudara Fathul Bari Mat Jahya dan Dr. Roslan Mohd Nor. Tidakkah beliau sedar yang PAS selama ini telah bergabung bersama sebuah parti yang chauvinis dan rasis? Tidak sedarkah beliau yang pakatan dimana PAS berada itu adalah satu Pakatan yang semakin lama semakin mengecilkan kekuatan Islam didalamnya? Tidak sedarkah Nasrudin Hassan Tantawi bahawa penglibatan PAS hari ini dalam Pakatan Rakyat hanyalah sekadar pelengkap "brochure" untuk memancing undi orang Islam / Melayu? Tidakkah saudara Ketua Pemuda PAS Pusat ini terdetik dalam pemikiran beliau bahawa gabung PAS,PKR dan DAP ini terjadi hanyalah pada keyakinan yang diterbitkan oleh Anwar Ibrahim semata?


Sedar atau tidak, dengan adanya PAS dalam Pakatan Rakyat hari ini telah lebih mencerminkan yang parti itu sebagai sebuah parti yang memanipulasikan Islam lebih dari memperjuangkan Islam itu sendiri. Ini dijelaskan lagi dengan beberapa siri kritikal antara PAS dan DAP dalam hal penarikan arak di Shah Alam serta kes gereja DUMC. Penutupan mulut dan pandangan kritis dari Dr. Hasan Ali dari menerajui PAS Selangor juga dilihat masyarakat sebagai satu hukuman yang didesak oleh DAP dalam hal kepentingan Islam terhadap PAS melalui Pakatan Rakyat. Sekiranya kita menyusur terus kepada dasar, hala tuju dan strategi parti PAS, PKR dan DAP nescaya kita akan bertemu lebih banyak wayar yang berserabut dicelah celah gabungan wayar yang cuba menjana kekuatan yang bersifat sementara.
Nasrudin Hassan Tantawi juga mengatakan perlunya kematangan dalam berpolitik. Mengelakkan politik adu domba, politik fitnah serta politik membuka aib dan caci maki dalam perjuangan. Tragedi kafir-mengkafir yang berlaku berpuluh tahun dalam arena politik tanah air itu datangnya dari siapa? Adu domba politik versi apa dan dari parti mana? Adakah dengan mengkafirkan sesama Islam dan bergabung dengan parti yang chauvinis itu adalah antara sebab yang PAS tidak perlu bergabung dengan UMNO? Dimanakah dalam pengabungan PAS,PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat itu yang menaikan martabat Islam atau sekurang-kurangnya membuat Islam itu lebih dihormati?

Seawal pengabungan PAS dalam Pakatan Rakyat, Presiden PAS dengan riangnya mengatakan bahawa DAP telah menerima dan memahami Islam, tapi secara umumnya rakyat tahu yang DAP hanya menerima Islam dengan PAS dalam hal untuk membentuk kerajaan, tidak lebih dari itu. Tetapi berapa ramai pemimpin PAS yang sedar dalam hal ini? adakah mereka sedar tetapi tidak mampu berbuat apa-apa atau mereka memang jenis yang rela untuk diperkudakan asal kekuasaan tetap milik mereka?



Bagi saya apa jenis pengabungan parti dalam membentuk pemerintahan di Malaysia haruslah menitik beratkan kepentingan Islam dan Melayu bersama. Gabungan yang liberal sehingga cuba menidakkan kepentingan Melayu dan Raja- Raja Melayu hanyalah satu gabungan parti yang mahu melihat Malaysia menjadi seperti Singapura. Mahu tidak mahu keadaan itu pasti akan mencetuskan huru-hara seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Ketidak puasan hati yang meluap-luap setelah ada segelintir masyarakat cina yang rasis dari parti DAP dan GERAKAN yang mencerca melayu dengan ungkapan seperti “Mati Melayu,Sakai pergi masok hutan!” “Melayu sekarang ta' ada kuasa lagi” “Melayu keluar-apa lagi dudok di-sini” dan “Kita hentam lu,sekarang kita besar” telah  menyebabkan pertumpahan darah berlaku di Malaysia. Kebebasan bersuara yang kononnya cuba ditonjolkan Pakatan Rakyat pada hari ini juga sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat. Mainan politik yang mereka lakukan hari ini dengan memproksikan kebebasan bersuara saling tak tumpah seperti apa yang pernah parti rasis mereka mainkan ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Perhimpunan haram, mencerca polis dan pasukan keselamatan lain adalah bibit bibit awal yang mewarnai peristiwa berdarah 1969 itu.


Apakah dengan begitu banyak rentetan peristiwa yang menghiris hati tiga kaum terbesar di Malaysia ini tidak dapat memaksa saudara Nasrudin Hassan Tantawi berfikir yang pengabungan PAS dengan sebuah parti yang berpaksikan perkauman yang cukup kuat seperti DAP itu salah dan boleh mendatangkan keadaan yang tidak sihat dikalangan masyarakat Malaysia dan umat Islam Malaysia khususnya?

Bila ditanya tentang pengabungan UMNO dan PAS saudara Nasrudin Hassan Tantawi menyuruh kita melihat kepada prinsip dan konsep parti secara jujur dan jelas. Suka saya bertanya apakah konsep dan prinsip yang diperjuangkan UMNO itu salah dari segi syarak? UMNO memperjuangkan MELAYU dan adakah perjuangan Melayu itu salah? Saya tidak nampak yang perjuangan UMNO  dalam membela Melayu itu satu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perjuangan Melayu bukanlah satu perjuangan perkauman yang sempit,sekular atau asobiyah. Sebaliknya,ia menjadi tonggak kekuatan dalam membela Islam di Malaysia. Persoalan mengapa isu perjuangan Melayu ini diputar belitkan oleh PAS sedangkan takrif Melayu itu sendiri merujuk kepada agama Islam?

Takrif Melayu :

Seorang yang beragama Islam, lazim bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu..” - Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa tokoh juga merujuk Melayu itu kepada Islam seperti kenyataan Prof Dr. Aziz Bari dan Datuk Seri Harussani Zakaria berkenaan dengan Melayu.

Defini Melayu oleh perlembagaan yang longgar ini bersifat inklusif yakni merangkum dan Islamik kerana selain meletakkan Islam sebagi tonggak,ia juga tidak menjadikan warna kulit, umpamanya sebagai kriteria keMelayuan  - Prof Dr Abdul Aziz Bari

Tidak ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu diMalaysia,yang mana didalam perlembagaan negaranya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ” - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria

Oleh yang demikian, penyataan Saudara Nasrudin Hassan Tantawi yang menyuruh kita melihat konsep dan prinsip parti secara jujur dalam pengabungan antara UMNO dan PAS adalah sekadar hanya untuk menjawab soalan tanpa cuba mencari titik sentuh antara dua parti Melayu terbesar di Malaysia ini. Sebagai rakyat,saya merasakan jika kita terlalu mencari perbezaan,sudah pasti perbezaan juga yang akan kita jumpa. Semoga kita semua berupaya dan diberikan pemikiran yang rasional serta ilham yang bagus dari illahi dalam melihat dan menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan kemashlahatan Islam di Malaysia.

Lagi Bukti Khalid Ibrahim Menipu Rakyat Selangor!!!


Apa lagi yang boleh diharapkan dengan kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini? semua janji janji mereka sebelum pilhanraya ke 12 itu hanyalah umpama menanam tebu dipinggir bibir. Bila sampai masa menuai tebu,batas batas kering dibiarkan kepada rakyat untuk diabadikan dalam sejarah pemerintahan di Selangor.Perlaksanaan dari janji janji mereka sebelum PRU12 masih ditahap mengecewakan. Mereka hanya akan mengulangkan cerita tentang kebaikan air percuma disetiap ceramah politik mereka dan juga dijadikan modal pamplet dihari jumaat kepada masjid-masjid disekitar Selangor. 

Janji janji yang diterbitkan untuk menyelesaikan masalah tanah yang telah membelenggu rakyat sejak dari zaman pemerintahan BN hanyalah kata kata penyedap jiwa dalam memancing undi rakyat Selangor. Kata mereka,penyelesaian akan berlaku sekiranya mereka dipilih untuk memerintah Negeri Selangor. Kini sudah hampir sepenggal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi masalah tanah di Kampung Sri Aman,Goldfield Ijok masih seperti dahulu. Ada penduduk yang marah dan mengamuk mengatakan kenapa berjanji akan memberikan geran tanah  kalau sudah tahu yang tanah disitu telah dibeli oleh syarikat tertentu?

Tan Sri Khalid Ibrahim dengan selamba mengatakan yang beliau seorang Menteri Besar Selangor dan beliau harus bertindak dengan undang-undang. Tetapi sebelum PRU12 dimanakan undang-undang itu? Adakah undang-undang itu hanya wujud setelah rakyat mendesak kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji dan hilang setelah musim pilihanraya datang kembali?

Saksikan Sendiri bagaimana penduduk Kampung Sri Aman Goldfield yang marah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video dibawah. 

Thursday, 8 December 2011

Hanya Satu Masjid

PAS Kelantan Gagal!!

Sejak mentadbir kerajaan Negeri Kelantan, PAS hanya membina  1 masjid, diulangi 1 masjid dengan menggunakan duit sendiri tanpa meminta bantuan dari kerajaan pusat. Masjid yang dibina itu ialah Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan masjid cina dikalangan orang tempatan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata dengan bangganya "Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat" 



Ini mungkin menjadi kebanggaan ahli PAS kerana dalam masa 20 tahun, mereka telah berjaya membina sebuah masjid yang berharga RM9.5 juta hasil dari ilham Menteri Besar Kelantan yang mana hasil dari ilham itu mendapat jolokan masjid cina di negeri yang penduduk cinanya hanya 3.8%


Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau Masjid Cina

Antara yang menarik lagi, siapa pula yang membina masjid-masjid lain di Kelantan selama PAS memerintah Kelantan? jawapannya sudah tentu KERAJAAN PUSAT atau lebih tepat lagi KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Jelas ini dibuktikan sekali lagi bahawa KERAJAAN BARISAN NASIONAL tidak memilih bulu dalam menterjemahkan slogan Pembela Rakyat.

Inilah hasil dari perjuangan Islam PAS di Kelantan,hanya mampu membina 1 masjid tetapi tokong atau patung buddha begitu pesat membangun disana. Betul juga kata blogger Double Y : Dari Serambi Mekah ke Serambi Tokong

Teresa Kok Hilang Pegi Mane?






Jambatan ni dah tak lama lagi nak melingkop same macam pemerintahan Pakatan Rakyat kat Selangor ni. Orang Kampung Tengah,Puchong Selangor dah meluat dengan si Teresa Kok dan pembantu peribadi dia yang asyik pandai bagi janji nak repair itu nak repair ini. Tapi habuk pon takde...

Apsal lambat? pasal ni kampung Melayu ke? bukan ke salah sorang pembantu peribadi dia pon orang Melayu? apsal tak boleh selesai masalah kat kampung ni? pasal ramai orang kampung ni tak sokong Pakatan Rakyat? pasal pembantu peribadi dia yang Melayu tu memang berbulu dengan orang kampung ni? atau sebenarnya agenda DAP kat  Dun Kinrara ni memang meminggirkan kaum Melayu?


Dah nak dekat sebulan dah orang kampung pegi bagitau kat si Teresa Kok dan P.A dia pasal jambatan ni,tapi apa pon tak jadi. Takkan nak tunggu jambatan ni runtuh sampai dah tak nampak bentuk jambatan lagi baru korang nak repair?

Hudud Takde Dalam Pakatan Rakyat!!!


Apa takde hudud lagi? apa barang beb? pencacai-pencacai bawahan PAS yang berjuang dalam facebook,twitter,blog dan memacam medai sosial lain akan lebih terbakar bile tau yang Presiden PAS kata takde HUDUD dalam manifesto pembangkang untuk PRU yang akan datang.

Hah!! korang yang jadi balaci serta kuda-kuda tungangan tu apa citer? nak jadi ahli PAS lagi ke? sudah-sudah lah tu..PAS ni parti yang penuh dengan auta kayu...

Semoga semua pengikut-pengikut PAS sedar dengan penipuan yang dibuat oleh pemimpin parti mereka yang lebih kerap menjual agama dari memperjuangkan agama. Islam hanyalah dasar PAS yang boleh di muzium kan terus dan digunakan kembali hanya apabila berhadapan dengan pilihanraya.



"Tepat dari Sumber" sudah kena saman!!!


Lidah rasmi PAS nombor wahid dalam penyampaian cerita-cerita songsang atau tahyul versi "memenangi-hati-pengikut-PAS" telah diarahkan mahkamah membayar saman terhadap Ummi Hafilda. Kilang cetak Syarikat Prema diarah membayar RM50,000 bagi ganti rugi am manakala dari PAS, Halim Arshat dan Datuk Mustafa Ali diarah membayar RM100,000 sebagai gnti rugi am. Bagaimanapun semua yang diarahkan membayar saman tersebut tidak mengemukakan rayuan.

Inilah yang dikatakan pengikut PAS sebagai "Tepat Dari Sumber?" sumber yang mana? tepat dari sumber atau "tepat dari FITNAH?



Monday, 7 November 2011

Lim Kit Siang angkat orang yang dia persoal dulu jadi Ketuanya?

Anwar: Ei Papa Lim, sikalang lu jangan tanya lagi mana hilang itu RM9 billiuun tau
Lim Kit Siang: Ok ok..tara hal munya..hihihih..

Bila bercakap pasal hipokrasi, DAP memang lah juara..Dulu Lim Kit Siang pertikai Anwar Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Kewangan, di dalam Parlimen mengenai kerugian wang kerajaan berjumlah RM 9 billion.

Di dalam Parlimen, Lim Kit Siang pernah berkata:
" Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawapan dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam. Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara, “tegas Kit Siang."

Lim Kit Siang juga sedar yang Anwar ni kaki menipu dan kaki pembelit bila membuat kenyataan..
"“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply..... Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau. Kenyataan itu.....hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet.....Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”"

Tapi last-last..sekarang ni Lim Kit Siang juga berketuakan Si Penipu ini di Parlimen..sudah kowtim ka? 
 
sumber : Ikrar Pemuda