Wednesday, 29 August 2012

Cukup Celaka Punya Penyamun





Sesiapa yang melihat clip di atas pasti akan terbakar dan menyumpah. Mungkin ada diantara kita yang akan terus mencarut ketika melihat clip video di atas. Ini lah realiti hari ini. Keberanian penjenayah melakukan kerja mereka sudah sampai ketahap yang sukar digambarkan.

Mereka dengan beraninya menyamun di tempat yang semua tahu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV). Bukan setakat itu, mereka berani menyamun ketika orang masih berurusan dengan stesen minyak tersebut. Malah lebih menyedihkan orang-orang yang berada dikeliling lebih gemar menjadi pemerhati dari menolong mangsa.

Mungkin inilah yang diinginkan oleh barisan lawyer HAPRAK Parti Keadilan Rakyat yang gemar membela penjenayah dalam mencari kelangsungan politik lendir mereka.

Halizan Manaf : Sokong Polis :)



Monday, 27 August 2012

Nasha & PAS


Saya merujuk kepada tulisan seorang ahli PAS Melaka untuk ditujukan khas buat Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau seorang penyokong kuat parti PAS dan merupakan pemimpin di salah satu cawangan di Melaka. Sudah 30 tahun menjadi ahli PAS. Besarnya pengorbanannya dan kesetiaannya.

Beliau menulis menyatakn keresahannya terhadap 2 perkembangan yang berlaku dalam PAS (walaupun banyak perkembangan lain yang melanda PAS). Pertamanya  apabila beliau melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. 


Keduanya merujuk kepada percakapan bohong oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (dituliskan beliau jijik dan tak sanggup beliau nak tulis namanya di sini), di hadapan jutaan umat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Penulis menambah yang Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Tantawi juga berbohong.

Penulis tidak akan merasa terkilan jika yang berbohong itu seorang pencuri atau yang yang kurang berpendidikan agama Islam.

Beberapa hari yang lalu dengan tersiarnya gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah. Ada pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad meroyan dan mengacau. Keluarlah kenyataan seperti `Ustaz Nasha baik keluar PAS’, `Ustaz Nasha tidak dapat jawatan’, `Ustaz Nasha akan masuk UMNO’ dan sebagainya. Begitulah `buruk sangkanya’ pimpinan PAS terhadap Ustaz Nasha.

Sekembalinya dari Mekah tadi beliau mengadakan siding akhbar dan menjelaskan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS. Antaranya beliau menjelaskan:-

`Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam’

Ustaz Nasha juga menafikan khabar angin yang beliau akan masuk UMNO.

Jelas sekali Ustaz Nasha berusaha menyatukan umat Islam di Malaysia dan di dunia Islam antarabangsa. Biarlah Ustaz Nasha memainkan peranan di sana kerana di Malaysia dah terlalu ramai player.

Berbalik kepada penulisan ahli PAS dari Melaka tadi, beliau tidak terjawab satu soalan daripada anak beliau yang menanyakan `benarkah apa yang kita (PAS sebagai parti politik dan ahli PAS) sema ini wahai ayah?’.

Penulis berpendapat ini adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS (Ahli PAS dan penyokong PAS di Kelantan majoritinya masih setia (taksub) dengan pimpinan). Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan ada yang bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah Islam, penjenamaan semula negara Islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penetangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP, pembohongan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah confuse, penyokong PAS akan lebih confuse dan boleh tukar sokongan)dalam semua perkara. Pembohongan begini dilaknati Allah dan berdosa.

Penulis turut berpendapat pimpinan UMNO jangan meneguk di air yang keruh. Jangan tarik Ustaz Nasha ke dalam UMNO kerana Ustaz Nasha berpotensi dan berkeupayaan menyatupadukan umat Islam di Malaysia, jika kita semua menyokong dan mendoakan Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS selepas Tok Guru Haji Hadi. Jika Ustaz Nasha masuk UMNO, beliau dan mungkin pengikutnya 10,000 atau 100,000 ahli dan penyokong PAS (unjuran optimis) atau 1,000 ahli dan penyokong PAS (pesifmis) akan  menjadi ahli UMNO tetapi UMNO gagal dalam penyatuan umat Islam.

Sumber : NasirWise




Sunday, 26 August 2012

Blog Sel13 Di Ceroboh


Blog Sel13.com atau http://sel13.com/ telah diceroboh oleh penceroboh yang menggelarkan diri mereka sebagai Spy VViP .



Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433


Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat muslimin & muslimat . Maaf zahir & batin. Terima kasih kepada semua yang menyokong blog yang tak seberapa ini. 
- Halizan Manaf

Puchong : Betul-betul Hadyai Sekarang nih!!!


Usaha keras yang dilakukan oleh PBT dan kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah membuahkan hasil. Puchong yang dahulunya terkenal dengan perlombongan bijih timah kini telah menjadi seperti pusat kegiatan maksiat terbaik di Selangor.

Pujian juga harus diberikan kepada ahli majlis yang duduk didalam MPSJ (terutamanya yang ISLAM) yang redha dengan keadaan ini. Selain dari menjadi pusta kepada rumah urut, Puchong kini terkenal dengan GEDUNG TODI TERBESAR DI MALAYSIA. 



Monday, 13 August 2012

Blogger DinTurtle Confuse!!


Blogger DinTurtle sedang confuse dalam persoalan siapa penipu dan siapa yang benar diantara YB Kelaboran ,YB Zaki Ibrahim atau Tuan Guru Abdullah Saamah. Ini berikutan tuduhan YB Kelaboran yang mengatakan Tuan Guru Abdullah Saamah sebagi seorang tok guru penipu yang dibayar oleh UMNO supaya mengeluarkan kenyataan bahawa mengundi DAP itu HARAM.

Kepada yang sudi membantu saudara DinTurtle merungkai persoalan siapa penipu dan siapa benar sila ke SINI

Sunday, 12 August 2012

" Seronok, Sesaje , Sesuke "

Seronok , Sesaje , Sesuke
Itulah cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Seronok menipu rakyat, Sesaje menyusahkan rakyat dan sesuke hati menyalahkan orang lain bila berlaku kelemahan dalam pentadbiran mereka.

Semua ciri-ciri yang ada pada pentadbiran mereka telah diadun sesuai dengan logo versi israel mereka bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Free Speech For The Dumb !



You bit more than you need
Now you'll choking on the bad seed

Alhamdulillah, Tiada Majlis Berbuka Puasa Di Gereja Lagi


Alhamdulillah, di Ramadhan 1433 ini kita tidak mendengar lagi majlis-majlis pelik yang dilakukan dibulan yang mulia ini. Pada tahun lepas iaitu 3 Ramadhan 1432 atau 3 ogos tahun 2011, kita didengarkan dengan satu isu yang menjadi salah satu sebab kenapa PesuruhJaya PAS ketika itu dipecat. Majlis Berbuka Puasa didalam Gereja atau dengan nama lain THANKSGIVING.

Pelik kan? Sudahlah kita mengucap panjang apabila mendengar ada orang Islam yang menyertai thanksgiving dibulan Ramadhan, lebih menyayatkan hati tindakan pesuruhjaya PAS atau Exco yang menjaga hal ehwal Islam Selangor yang melakukan serbuan ketika itu juga dipersoal oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lebih memalukan Menteri Besar Selangor terlebih dahulu memohon maaf kepada pihak gereja tanpa perlu mendapatkan dahulu penjelasan dari exco berkenaan. Pelik kan?



Semoga kita semua terhindar dari dakyah yang memesongkan akidah kita dan semoga Allah merahmati kita semua dan melindungi kita dari perkara-perkara yang menyesatkan.



Saturday, 11 August 2012

Baru Akil Baligh, Dah Rompak CC


Anak siapalah yang kecik-kecik dah nak jadi perompak? Aku rase bebudak ni sekolah pun belum abis lagi. 







Kenapa Gula-Gula Clorets Infinity Bersalib?


Kadang-kadang kita ambil ringan dengan apa yang di 'forward' kan melalui email kepada kita. Kadang-kadang cerita yang di 'forward' kan itu lebih kepada untuk menjatuhkan pesaing produk mereka dikalangan pembeli.



Tetapi cerita yang di 'forward' kan kat aku kali ini memang BETUL.Kalau tak percaya boleh beli sendiri kat mana-mana kedai dan bukak sendiri seperti digambar yang aku letak kat bawah ni.


Cerita berkenaan gula-gula berangin yang bernama CLORETS INFINITY yang senang didapati di banyak kedai serbaneka di Malaysia ni. Apa yang memeranjatkan aku ialah lambang salib yang terdapat didalam kotak gula-gula ini. Persoalannya, kenapa perlu ada lambang salib?


Adakah ini satu strategi halus mereka untuk melalaikan umat ISLAM di Malaysia atau memang dibuat secara tidak sengaja?


UNISEL Tidak Bermasalah, Tapi PR Selangor Yang Nak Gila !!


Inilah bukti yang mengatakan UNISEL tidak bermasalah. Ya, Mungkin UNISEL tidak bermasalah tetapi yang bermasalah ialah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin sewel dalam menguruskan negeri termaju di Malaysia ini.






Friday, 10 August 2012

YDP MPSJ Gagal Berfikir Secara Tenang !!


MPSJ semakin gila dan menggila....Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Dato Asmawi Kasbi langsung tidak ada hati perut atau mungkin buta hati kerana menerima bulat bulat cadangan Penasihat Undang-Undang MPSJ, Puan Anita binti Abdul Jalil supaya dikenakan bayaran satu persen terhadap mana mana kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembersihan di MPSJ.

Tak ke gila dan tidak adil....bayaran ini dikenekan setelah mereka berjaya mendapat kontrak sedangkan semasa tander diisi syarat ini langsung tidak dinyatakan....

Dahlah harga yang diberikan sekarang dalam setiap satu projek terlalu rebdah berbanding harga dulu.....kontraktor ditekan sehingga keuntungan yang diperolehi terlalu minima...

Apakah YDP MPSJ Datuk Asmawi Kasbi dan Puan Anita sengaja suka suka mengenakan syarat ini atau "ada udang disebalik batu...." kerana kalau dihitung dari segi jumlah bayaran yang dikenakan pada setiap kontraktor boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit pada setiap bulan....

Selanjutnya :  Selangor 13

Unisel Zalim?


UNISEL Zalim atau kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang zalim? Dulu perkataan ZALIM ni selalu kena kat UMNO dan BN aje. Tapi hari ni puak yang selalu kata UMNO dan BN zalim pulak yang kena. what goes around comes around. Hehehe

OLD TOWN WHITE COFFEE Ada Perisa Jentik- Jentik ?


Perkara ini terjadi kepada saya sendiri hari ini, 7/4/2012, waktu lebih kurang jam 7.40pm di OLD TOWN WHITE COFFEE, Jalan Tunku Abdul Rahman, bersebelahan bangunan CIMB, Kuala Lumpur.



Saya dan teman saya order nasi lemak, mee, 2 gelas air coklat dan 2 gelas air kosong. Setelah minuman dan makanan sampai, perkara pertama yang teman saya buat ialah minum air kosong tersebut. Namun belum sempat menelan air tersebut, beliau terlihat suatu objek asing di dalam gelas yang diminum. Apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat, kami dapati ia adalah kepompong jentik-jentik yang masih baru. Adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kami apabila melihat air minuman yang di-order mengandungi kepompong jentik-jentik.

Kami terus menangkap gambar minuman tersebut dan memanggil salah seorang pelayan untuk membuat aduan. Namun, tanpa rasa bersalah dan tanpa meminta maaf, apa yang dilakukan oleh pelayan tersebut adalah hanya menukar air. Selain itu, kami lihat perihal pelayan tersebut yang bersahaja dan sempat bergurau dengan pekerja lain yang membuat air. Sudahlah cuai, sempat bergurau senda pula. Langsung tiada tindak balas yang sepatutnya diberikan. Apatah lagi ucapan meminta maaf atas kecuaian dalam menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti. Tidak pernah saya membayangkan di dalam minuman akan terkandung kepompong jentik-jentik. Bagaimana mereka sebagai salah satu restoran yang boleh dikatakan terkenal menjaga kebersihan dapur serta barang- barang masakan, minuman yang akn dihidangkan kepada para pelanggan?. Ditambah lagi dengan khidmat pelanggan yang sangat mengecewakan.
Dan setelah itu, sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter, saya memaklumkan kembali perkara tersebut secara baik kepada seorang wanita yang saya percaya manager (uniform kemeja merah) restoran tersebut yang bernama Nora (nametag) sebagai peringatan untuk diambil perhatian dan lebih berhati-hati selepas kejadian itu. Namun, sekali lagi saya kecewa kerana jawapan yang diberi sungguh tidak boleh diterima akal apabila yang saya terima dari mulut Cik Nora itu hanyalah “yeah?” dan dia hanya diam tanpa sebarang reaksi seperti tiada perasaan. Sekali lagi, tiada ucapan meminta maaf.
Sebagai pelanggan, kami rasakan bahawa mereka tiada sifat tanggunggjawab dan tidak langsung peka dan perihatin dengan apa yang diberikan kepada para pelanggan. Bukan hanya produk, malahan kualiti khidmat pelanggan diabaikan. Kami bukan mahukan ganti rugi wang atau makanan percuma, yang kami mahukan adalah rasa tanggungjawab mereka kepada masalah-masalah sebegitu. Mungkin, jentik-jentik di dalam minuman adalah perkara biasa bagi mereka.
Kecewa dengan kebersihan dan keprihatinan kakitangan dan pengurusan Old Town White Coffee Jln TAR membuatkan saya ingin mengetengahkan perkara ini kepada media
By: Hanafi


Thursday, 9 August 2012

14 Tok Guru Kata Nik Aziz Sesat !!


UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyiduk Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

1.) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?- 
Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh - 
Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. -
Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. -
Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. -
Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. -
Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. -
Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.


8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.
Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,-
Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.-
Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. -
Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.-
Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.-
Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.
Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan

Selepas GARDENIA,Kini SAJI plak nak disabotaj


 Lepas satu maka satu lagi usaha dilakukan pihak DAP dalam memboikot produk keluaran bumiputera terutama yang dimiliki oleh orang Islam. Jika dulu kecoh mengenai Brand Gardenia yang emmasarkan produk roti kini serangan terbaru dihalakan pula kepada minyak Masak "SAJI" yang merupakan produk keluaran FELDA.

Emmm Tapi sayang kerana apa yang berlaku ini juga mendapat sokongan dari orang Melayu Islam yang sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agama sendiri. Nilai mereka lebih kepada kehidupan selesa tampa memikirkan apa perjuangan yang bathil dalam hidup ini.

Semoga rakyat Malaysia dapat melihat agenda serangan terhadap produk keluaran Bumiputera Islam ini secara lebih mendalam. Jangan kerana kita marahkan kepada beberapa individu sampai sanggup membunuh ekonomi sesama umat Islam.

Wednesday, 8 August 2012

I Appriciate Malaysia More





Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun. 
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life 

While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.

Zunar Semakin Celaka !!

Karya Kartunis Zunar yang menghina jalur gemilang. Kita masih boleh terima jika perbezaan politik. Tetapi apa bangsat sangat hingga bendera negara dihina sebegitu rupa.

Selanjutnya : Pisau.Net

Tuesday, 7 August 2012

5 Billion Lesap !!



Orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan didakwa antara pelanggan sebuah syarikat pelaburan emas yang setakat ini dikatakan sudah mengumpul lebih RM5 bilion.

Bagaimanapun, syarikat itu, Genneva Malaysia Sdn Bhd disenaraikan entiti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan menjalankan kegiatan pelaburan di bawah undang-undang dan peraturan Bank Negara Malaysia (BNM), kata bank pusat itu dalam kenyataannya, kelmarin.

Awal bulan lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan transaksi pelaburan emas yang dibuat syarikat itu, tidak mematuhi hukum syarak kerana tidak mematuhi garis panduan Pelaburan Emas sebagai mana diperakukan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober tahun lalu.Gagal padamkan maklumat dalam laman web

Semalam, satu laporan polis dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa syarikat itu gagal memadam maklumat dalam laman webnya yang menyatakan pelaburan emas dibuatnya mematuhi hukum syarak.


Pegawai kerja PPIM, Mustafa Hamzah, berkata tindakan itu jelas melanggar ketetapan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bank Negara kerana syarikat berkenaan masih menyatakan pelaburan yang dibuat mematuhi hukum syarak bagi menarik pelanggan.

"PPIM menggesa syarikat itu supaya mengeluarkan perkataan 'produk berlandaskan syariah' yang masih ada dalam laman webnya kerana ia mengelirukan pengguna dan pelabur.

"Laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat syarikat berkenaan bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan skim yang meragukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu namun kes dipindahkan ke IPD Brickfields berikutan syarikat pelaburan berkenaan berpangkalan di Jalan Kuchai Lama.

"Bagaimanapun, polis ingin menasihatkan orang ramai yang mahu membuat pelaburan tidak kira apa juga pelaburan, termasuk emas agar melakukan semakan terlebih dulu sama ada bentuk pelaburan itu sah di sisi undang-undang atau sebaliknya," katanya.

Monday, 6 August 2012

LGBT : do we MALAYSIANS really want this ?


One Chinese Christian gay pastor pushing the limits in Malaysia while another Chinese Malaysian who attended the Chinese Christian Gay Pastor's wedding ( to another African-American man) reception in KL says ... "One guest, Eric Goh, said gay Malaysians “need to come out in bigger numbers and we need to have more straight people support us.”

Read More : APANAMA

Samseng KL dikenal pasti


"..seromok aku dapat potong bena (banner) dan bendera BN nie.. sesuatu perasaan yg tak dapat digambarkan..dan ruju pada yg pakar potong benar puak munafik dpt pahala kena lak bulan ramadhan lagi berganda2 pahalanya.."


Baca selanjutnya : Rezqeen Hill


Kerajaan MALAYSIA Kuat Berhutang!!


Gambar diatas diambil dari web : http://www.economist.com/content/global_debt_clock 

Kononnya pentadbiran Malaysia memang kuat berhutang. Inilah doktrin serta propaganda yang selalu dimainkan oleh balaci,musibat serta troppers kayu Pakatan Rakyat. Mereka sering menyebut budak yang baru lahir je dah menanggung hutang hasil dari pentadbiran kerajaan yang lemah.

Cerita bodoh seperti ini sering bermain di Facebook bagi memperbodohkan pemikiran mereka yang kurang arif tentang ekonomi. Inilah strategi Pakatan Rakyat. Memperbodohkan Rakyat adalah cara mereka. Dengan cara sedemikian mereka berfikiran yang mereka akan kekal memerintah tanpa perlu berbakti kepada rakyat seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Bagi membuktikan balaci Pakatan Rakyat ini jenis yang penipu, Aku 'compare'kan hutang diantara Malaysia, Amerika Syarikat dan Singapura. Korang tengok lah sendiri hasil perbandingan tu kat gambar bawah ni :-



Berhentilah Menipu Wahai Pencacai / Balaci serta Musibat Pakatan Rakyat!!



Sunday, 5 August 2012

Ultra Kiasu Dalam Industri HALAL ?


Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.

Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.
Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.
Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka. Pelbagai strategi digunakan termasuk memperalatkan atau memberi nama berbunyi Melayu (Islam) dan mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia). Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan.
Bagi mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja Muslim hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.
Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak dibeli mereka dan mengekalkan nama berunsur kemelayuan dan keislaman untuk menarik pelanggan.
Sedangkan makanan yang disajikan belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan Orang Asli untuk mendapatkan lesen dan tanah.
Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.
Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadangkala saya berasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat.
Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.
Kebetulan terbaca artikel Dr Mark Hyman (7 Jan 2011), pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.
Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan, kita sedang mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan tidak tahu memasak. Katanya lagi, “I believe the most important and the most powerful tool you have to change your health and the world is your fork”.
Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan cukup bersama keluarga lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan kekeluargaan lebih akrab.
Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk dengan buah tempatan dan makanan segar dan mengurang makanan manis dan berlemak.
Makan di rumah sebenarnya amat dituntut Islam, kerana di situ ada keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat itu.
Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam.
Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was.
Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain.
Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu dan ramuan yang haram. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa melindunginya.
Kita akan menyesal suatu hari nanti. Ingatlah, pengusaha makanan ultra kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang Islam.
Hari ini, ultra kiasu lancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC (disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar memaki pekerja KFC) dan juga kempen memboikot roti Gardenia milik Tan Sri Syed Mokhtar.
Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu (Massimo). Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan.
Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antarabangsa yang berlangsung 16 Jun lalu.
Semua penaja konsert  tersebut terdiri daripada syarikat Islam.
Yang peliknya pihak pengurusan acaranya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam.
Persoalan saya, tidak adakah orang Islam profesional yang boleh menjadi pengurus acara, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu? 
Oleh : RIDHUAN TEE ABDULLAH
Sinar Harian Online



Saturday, 4 August 2012

Jerat Cinta Muka Buku : Rugi RM 1.04 Juta


Kuantan: Bermula dengan perkenalan melalui laman sosial, bercinta dan akhirnya mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan menipu mereka.

Itu modus operasi satu sindiket penipuan yang dikesan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJN) Pahang menerima 22 laporan sejak awal tahun ini hingga bulan lalu, membabitkan kerugian RM1.04 juta. 

Pemangku 
Ketua JSJN Pahang, Deputi Superintendan Mohd Rizal Kamarudin, berkata walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain, ada antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah terbabit. 

Modus operandi sama, cuma dalam kes ini suspek bertindak berkenalan sehingga mangsa jatuh cinta sebelum merancang untuk berkahwin” - Mohd Rizal Kamarudin, Pemangku Ketua JSJN Pahang


Katanya, penipuan berlaku apabila penjenayah terbabit memperdaya mangsa kononnya akan menghantar bungkusan barangan dari luar negara sebagai cenderahati.

Sebaik mangsa mula memasuki jerat, suspek mengatakan barang berkenaan ‘tersangkut’ di Jabatan Imigresen atau Kastam sebelum meminta mangsa menjelaskan sejumlah bayaran bagi menebus hadiah terbabit yang pada hakikatnya tidak wujud.

“Sindiket itu kini turut dikesan menggunakan taktik baru dengan memperdaya mangsa menghantar barang hantaran perkahwinan.

“Modus operandi digunakan sama, cuma dalam kes ini suspek bertindak berkenalan sehingga mangsa jatuh cinta sebelum merancang untuk berkahwin. 
“Bagi menarik minat mangsa, suspek membuat helah menghantar bungkusan mengandungi pelbagai barangan berjenama sebagai hantaran perkahwinan mereka nanti,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, mangsa yang kebanyakannya wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun tanpa banyak soal akan memasukkan sejumlah wang diminta.
Sumber : Berita Harian

LGBT : Apa Agama Ambiga?


Seorang pemimpin Pemuda MIC mempertikai tindakan Pengerusi perhimpunan Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga yang selama ini lantang memperjuang isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedangkan tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.
Ketua Pemuda MIC Bahagian Tebrau, Johor T.Muralitharan berkata tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT, justeru Ambiga harus menyatakan perkara ini terutama dalam aspek pegangan agamanya.
Muralitharan berkata Ambiga sebenarnya telah diperguna oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meraih sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang.
“Kalau dulu Anwar gunakan Hindraf, sekarang beliau gunakan Ambiga dan Bersih untuk raih sokongan masyarakat India.
“Tapi saya tidak fikir kaum India negara ini akan terpedaya dan menyokong Ambiga, terutamanya kerana isu LGBT,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA